Saturday, March 31, 2007

Fikrah Islamiyyah

Firman Allah SWT :

Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke dalam agama Islam [dengan mematuhi] segala hukum-hukumnya; Dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

Sabda Nabi Muhammad SAW :

Maksudnya ; "Siapa yang keluar dari Jamaah Islam walaupun sejengkal, sesungguhnya dia telah melepaskan ikatan islam dari lehernya walaupun ia bersolat dan berpuasa serta menyangka dirinya Islam".

Firman Allah SWT :

"Barangsiapa yang tidak berhukum dengan Hukum Allah, maka mereka itulah merupakan orang-orang kafir".

Sabda Nabi Muhammad SAW :

"Barangsiapa yang redho dengan kekufuran maka ia kafir, barangsiapa yang redho dengan kemaksiatan, maka dia juga berbuat maksiat".

Firman Allah SWT lagi :

"Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu mengubah nasibnya sendiri".

Rabiul Awal `Bulan Keberkatan'

Rabiul Awwal bulan yang mulia
Terkenang kita Rasul pilihan
Nabi Muhammad pemimpin ummat
Membawa rahmat membawa berkat
Ya Rasulallah Ya Habiballah
Lahirnya Nabi membawa cahaya
Hilanglah gelap datanglah suria
Membawa ukhwah ikatan ummah
Nabiulhadi Rasul Mustofa
Rabiul Awwal bulan keramat
Membawa syariat panduan umat
Mengenal Allah kenal akhirat
Tinggikan darjat insan sejagat
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Ya Rasulullah...
Lambang keadilan hilang gelisah
Yang merosakkan hidupnya insan
Ya Rasulallah Ya Habiballah

Selawat Dan Salam Buat Junjungan Besar Muhammad SAW


My_Sarah


Sudah dua bulan saya kembali semula ke bumi para anbiya' selepas bercuti dalam satu tempoh yang agak panjang. Mesir, bumi yang penuh dengan sejarah para nabi alaihimussolatuwassalam. Padanya terkandung seerah perjalanan pahit manis, suka duka perjuangan para nabi. bumi yang penuh barakah dengan mukjizat para rasul. tidak kurang juga keramat para wali Allah. Di dataran ini juga tinggalnya kesan sejarah kaum-kaum terdahulu sebagai pengajaran dan peringatan buat ummat manusia.


Dalam tempoh inilah telah saya tinggalkan anak buah kesayangan demi mengejar cita-cita di bumi yang suatu ketika dahulu terlalu asing bagi saya.


Maisarah. Apa khabar dia sekarang? Dah pandai menuturkan katakah dia? Sudah berlari dan seaktif aku suatu ketika dulu atau masih bertatih lagi? maisarah, walaupun dengan 1001 karenah, namun kasih dan sayang ini tidak terbendung lagi. Biarpun suara tangisnya di malam hari memecah kesunyian, tetapi itulah hiburan.


Hari ini perasaan rindu itu membuak. Terimbas peristiwa sewaktu maisarah menangis, puas paklang memujuk, diacu botol susu, tak mau, dibuai, tak sudi, didendang nasyid, tak endah, kau tetap dengan esakanmu. Akhirnya kau ku dukung dalam pelukan penuh erat. Dengan sekelip mata kau menyepi penuh ketenangan. Rupanya kau mahu didukung. Kalau Ahmad Albab, senyap bila diketuk pintu oleh datuknya, tetapi kau mahu didukung oleh pak lang mu...Paklang berdoa agar dikau membesar dan meningkat dewasa dalam suasana tarbiyah keluarga yang inginkan Islam tertegak kembali di muka bumi. Ameen.

Kekalkan Rasa kehambaan pada Allah SWT

Orang yang tidak merasa bersalah dengan dosa ~ celaka!
Orang yang merasa aman dengan kebaikan ~
binasa!
Orang yang berbangga dengan dosa ~
sejahat-jahat manusia!
Orang yang berbangga dengan ketaatan dianggap derhaka.
Orang binasa dengan dosanya.
Ada orang selamat dengan dosa bila menderita kerananya,
Selalu meminta ampun kepada Rabbnya,
Ada orang binasa dengan amal soleh,
Yang tidak lagi merasa sudah tiada dosa.
Ada orang selamat dengan amal soleh,
Tetapi merasa diriya orag jahat yang tiada berguna.
Apabila setiap amal ibadat yang dibuat,
Tetapi tidak merasa hamba yang hina,
Tiada berguna lagi ibadahnya.
Allah mahu setiap orang merasa hina,
Rasa berdosa selalu, sekalipun tidak melakukannya.
Apatah lagi jika membuatnya!
Tuhan mahu setiap orang melupakan amal ibadahnya.
Justeru amal ibadah belum tentu diterima,
Lebih-lebih lagi amal ibadah itu dengan izin Tuhannya,
Anugerah Tuhan kepada hambaNya.
Yang perlu diingat adalah segala dosa!
Setiap dosa walaupun kecil ~ Allah murka!
Jika tidak diampunkan nerakalah padahnya.
Merendah dirilah kepadaNya,
Sematkan rasa takut di dalam jiwa,
Ia adalah sifat hamba,
Rasa itu kekalkan selalu,
Ia akan memanfaatkan kita...
::[ Kenangan Manis Darul Quran - JAKIM ~ 2000/2004 ]::

Friday, March 30, 2007


بكيت على شباب قد تولى فيا ليت الشباب لنا يعود
لو كان الشباب يباع بيعا لأعطيت المبايع ما يريد
ولكن الشباب اذا تولى على شرف فمطلبه بعيد
************************
Aku menangis atas masa mudaku yang telah berlalu,
Alangkah enaknya kalau masa muda itu dapat kembali lagi kepada kita,
Seandainya masa muda itu boleh diperjualbeli,
nescaya akan ku berikan kepada penjualnya apapun yang ia inginkan,
Akan tetapi jika masa itu sudah berlalu,
Jauh dari kemuliaan maka memintanya untuk kembali lagi adalah sesuatu yang mustahil

Al-Kisah...Islam Hadhari

Pada suatu hari, seorang ulama' telah di kunjungi oleh beberapa kumpulan wartawan akhbar. Tujuan merela adalah untuk menemurah ulama' tersebut tentang Islam Hadhari. Di dalam kumpulan wartawan tersebut, adanya seorang wanita yang bertudung singkat, sekadar menutup aurat. Maka bertanyalah wartawan wanita (WW) tersebut : -

WW : Ustaz, mengapa ustaz menolak perlaksanaan Islam Hadhari?

Ulama' : Sebelum saya menjawab soalan tersebut, saya ingin bertanya kepada saudari, mengapakah saudari memakai tudung? Adakah kerana Islam yang di bawa oleh Nabi Muhammad SAW, ataupun kerana Islam Hadhari?

WW : Eh..eh..tentulah kerana Islam yang di bawa oleh Nabi Muhammad SAW...

Ulama' : Sebab itulah saya menolak Islam Hadhari,...Isteri Nabi kita yang bawa Islam kepada kita semua menutup aurat. Tetapi Isteri-isteri menteri yang membawa konsep Islam Hadhari, majoritinya tidak menutup aurat pun..bahkan ada yang lebih dari itu...Jadi saya ikut Islam cara Nabi, bukan cara Islam Hadhari...


********************************************************

Minggu lalu, Kamal bersama tiga orang rakannya telah bersepakat untuk pergi berkelah di Sungai Tua Hulu Yam, ketika dalam perjalanan mereka singgah di sebuah restauran untuk menikmati makan tgh hari dahulu. Semasa di sana, Kamal terlihat kepada seorang lelaki bangsa hindu yang sedang asyik menikmati hidangan yang ada didepannya. Kamal berasa sungguh hairan, mengapa lelaki tersebut memakan daging, sedangkan setahunya penganut agama hindu tidak makan daging.
Lalu kamal yang merupakan seoarang yang peramah cuba menegur lelaki tersebut :-

Kamal : Hallo ayya,

Lelaki Hindu : Ya, apa hal...mari makan?!

Kamal : takpa-tak pa, ayya kasi makan dulu...saya sudah order sama tauke lah...

Lelaki Hindu : Encik mana mau pergi?

Kamal : Ohh..saya mau ke sungai tua la...mandi-mandi. Hmmm..ayya saya mau tanya satu soalan boleh ka?

Lelaki Hindu : Boleh..boleh berapa banyak pun boleh, takda masalah juga...

Kamal : ayya Apa pasal awak makan itu daging? Setahu saya awak punya agama tak kasi awak makan daging kan?

Lelaki Hindu : Ohhh...saya hindu hadhari punya......

Kamal :@#$!^%$#??? Ahh rosak.....rosak....


#Cerita ini hanyalah rekaan. tiada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Jika terdapat persamaan adalah secara kebetulan (",)

Tuesday, March 27, 2007

Assalamualaikum

Saya cuma nak tanya kepada sesiapa yang tahu laman untuk kita upload file secara free. Sesiapa yang tahu, sila beritahu saya segera. Thanks

Sumbangan Kewangan Diperlukan

` Menyumbanglah untuk Dana Apartment PMRAM`

Monday, March 26, 2007

Mengapa tidak berhijab? Bukankah itu perintah Tuhan? Bukan suruhan Insan, bukan juga paksaan, tetapi perlukan keikhlasan dan keimanan. Berhijablah! Dirimu bukan sahaja selamat bahkan lebih manis bila dipandang...

PAS dan Lorong Haji Taib : Misi Dakwah Penuh Berliku...

TERLEBIH dulu diucapkan setinggi tahniah di atas kejayaan PAS memiliki ibu pejabat barunya yang terletak di No, 318A Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Pejabat setinggi lima tingkat itu dikenali sebagai Pejabat Agung PAS yang mula beroperasi pada 1 Mac lalu. Sekaligus juga ibu pejabat PAS atau lebih dikenali sebagai Markas Tarbiyah PAS, di Taman Melewar, Gombak ditinggalkan dengan seribu satu kenangan setelah lebih 20 tahun beroperasi.

Lama juga rupanya Taman Melewar melakari lanskap politik PAS yang boleh disifatkan sebagai politik kontemporari Malaysia. justeru itu, sebut saja Taman Melewar, automatik dalam minda ter'set' perkataan PAS. Begitulah betapa hebatnya Markas Tarbiyah PAS.

Ibu pejabat PAS 'sepelaung' dari PWTC

Agak menarik juga, dalam diam tak diam ibu pejabat PAS yang baru ini boleh dikatakan berada 'sepelaung' dengan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di mana terletakkan ibu pejabat Umno. Bak kata seorang rakan, senang sikit sama ada PAS atau Umno pasang teropong untuk 'menghidu' rahsia masing-masing.

Itu mengenai pesekitaran hadapan bangunan PAS sekarang yang sebelum ini adalah cawangan RHB Bank. Bagaimanapun bertapaknya pejabat PAS di situ rasanya ada yang perasan dan ada yang tidak bahawa di belakang bangunan itu merupakan 'lubuk maksiat'.
Sebab itu semasa penulis dan beberapa rakan pejabat, Wan Nordin, Saadon dan Wan Zahari ditugas membuat 'assignment' di ibu pejabat baru itu minggu lalu, hati kami terus terdetik..."eh....ini tempat maksiat’!'

Perkataan itu yang tersembur tanpa disedari dari mulut kami berempat sebaik saja memasuki sebuah tempat parking yang tidak jauh dari kawasan berkenaan. Dalam langkahan yang diatur mata kami berempat tercuri-curi memerhati di persekitaran itu. Seram juga silap-silap haribulan terpandang kelibat-kelibat yang menyesakkan mata.
Mulutku bagai terkunci, kerana seingat aku kawasan ini dikenali sebagai Lorong Haji Taib. Satu lembah yang ‘top’ dengan pelbagai cerita, bapa ayam, mak ayam, anak ayam kampung, mak nyah, mat lalok, mat gian dalam kata lain tempat ‘jual orang’.
Ia adalah kawasan Chow Kit yang juga disebut kawasan murahan. Kerana ia cukup sinonim dengan permasalahan sosial dan gejala negatif terutama sekitar lorong ini.
'Anak ayam kampung'

Dalam kejauhan fikiranku melayang. Tiba-tiba nostalgia di zaman aku mula berjinak dengan gelanggang kewartawanan atau pun pemberita kadet sekitar pertengahan 80-an dulu.
Masa itu aku baru bekerja di Majalah Alam Wanita terbitan Pustaka Antara, yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Tidak jauh dari situ.
Aku disapa oleh rakanku yang bernama Ajis yang bekerja sebagai 'Lay-out Artis'.
'Roy kau tak nak cover story kat depan office kita ni ke, tadi aku nampak 'anak ayam kampung' baru sampai, cun dan bergetah habis.’

Aku merenung tajam ke mukanya yang tersengeh dan tidak berkata apa-apa. Sesungguhnya aku kurang mengerti maksudnya.
Dengan tersipu-sipu pintu biliknya ditutup mungkin beliau perasan aku kurang berminat dengan bab yang dicakapnya.

Keesokan paginya baru Ajis bercerita panjang denganku. Barulah aku faham rupanya 'anak ayam kampung itu adalah anak gadis kampung yang jahil dengan selok-belok Kuala Lumpur.
Simpati aku tidak terkata mengenangkan nasib anak gadis yang masih suci, sesuci ibu dan ayahnya membelai dan menjaganya dengan pernah kemuliaan.
Tetapi dalam sekelip mata menjejaki kaki di Lorong Haji Taib, kesuciannya dinoda dan terus ternoda. Setelah terpalit dengan noda hitam itu akhirnya bermastautin sehingga bergelar pelacur tua di situ.

Kini tugas PAS untuk memutihkan kembali Lorong Haji Taib

Di situlah definisi Kuala Lumpur, bukanlah di Sri Hartamas ataupun Bangsar. Bukan juga Mid Valley atau One Utama dan KLCC tetapi Chow Kit. Walaupun berdekatan dengan kawasan 'kurang elok' dan menyimpan banyak rahsia tentang Kuala Lumpur tetapi ‘Lorong Haji Taib’ tidak siapa yang peduli. Malah ia dianggap sebagai tempat keji lagi hina.

Di persekitaran Pejabat baru PAS itu letaknya 'red light district' ibu kota tersayang kita. Satu rahsia yang aku rasa bukan rahsia lagi. Diketahui umum tetapi tidak diperkatakan. Satu hipokrasi yang telah lama sebati di dalam diri kita sebagai warga kota.
Tetapi yang peliknya mengapa dibiarkan maksiat terus bertakung di situ sedangkan lebih dua dekad Umno yang kononnya mempejuangan agama dan bangsa berdiri megah 'sejengkal' dari situ.

Nah! Sekarang ini PAS boleh membuka mata dan terus dengan misinya bahawa pindahnya mereka ke sana bukan setakat Parti Islam Semalaysia tetapi parti untuk semua masyarakat.
Ayuh di tanganmu, PAS yang diterajui Presiden Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, kami rakyat marhain menaruh segunung harapan untuk memutih kawasan yang dipenuhi titik-titik hitam itu. Kami tidak mahu lagi khasya anak Melayu Islam berkubang dan terus bernanah dengan barah yang membusung sehingga tidak lagi menjadi insan yang dikehendaki agama.
Mudah-mudahan dengan hadirnya PAS di situ, Lorong Haji Taib menjadi pusat pentarbiahan dan nur syiar Islam bergelapan di situ.

**Disunting dari Harakahdaily.net

TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN

Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata,
"Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami."
Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."
-H.R. Abu Daud dan Tirmizi-

Keterangan

Hadis di atas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah saw. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu:
Pertama: Hendaklah ia menlazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.

Kedua: Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al Quran dan sunnah Nabi saw dan sunnah-sunnah khulafa Ar Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi saw.
Ketiga: Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para kulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Abu Bakar, 0mar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunnah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti.
Keempat: Menjauhi perkara-perkara bid'ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang baru itu dikatakan bid'ah menurut pengertian syarak (bukan bid'ah dholalah) tetapi hanya dinamakan bid'ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja.

.::OPTIMIS MINDA (",)::.


"Orang Berjuang memang tak akan lari dari masalah. Samada masalah tersebut datang dari dalam diri sendiri atau orang lain. tak perlu sedih kerana itulah sunnah orang berjuang...malah bergembiralah kerana itulah jalan kita orang berjuang!"

Huffaz Alaf Baru

"DIALAH yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang Mukmin supaya keimanan mereka bertambah disamping keimanan mereka yang telah ada, dan kepunyaan Allahlah tentera langit dan bumi, dan adalah Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana”
- Surah Al-Fath : 4 -

Sejarah telah mencatat bahawa AhlulLah, generasi al-Quran yang dipimpin oleh baginda Rasullullah S.A.W telah menerima janji ALLAH dalam penuh keamanan dan ketenangan bagi menukar tampuk pemerintahan kota Mekah. Ia merupakan janji ALLAH setelah mana hambanya menunaikan segala syarat-syarat kemenangan itu. Peristiwa di dalam ayat ini berlaku setelah mana mereka berjaya membuktikan kemampuan ahlul-Quran memerintah Madinah, yang juga sebagai medan praktikal mewujudkan daulah Islamiah. Penyerahan Kota Mekah, keluarnya manusia beramai-ramai, serta turunnya sakinah di hati mereka lantaran mereka bersedia untuk membai'ah ketua dan barisan kepimpinan daripada kalangan ahlul-Quran yang diketuai oleh Baginda S.A.W. Lalu ALLAH menguatkan keimanan mereka yang sedia ada dan mengiktiraf mereka sebagai sebahagian jundullah di muka bumiNya ini.

Cahaya ini telah hilang buat sekian lamanya, akibat terpinggirnya Ahlul-Quran {Generasi yang hidupnya berasaskan Al-Quran}. Itulah agaknya kenapa Baginda S.A.W pernah menyatakan bahawa panji-panjinya akan tumbang, keturunannya akan dipinggir dan dihina, serta manusia lari dari berpandukan kepada Al-Quran dalam mentadbir negara hinggalah bangkit satu generasi dari timur yang akhirnya mereka berjaya mengubah hala tuju pemerintahan dunia yang batil kepada pemerintahan yang berasaskan Al-Quran. Merekalah Jundullah yang bukan sekadar membaca dan menghafaznya, malah berupaya menterjemahkannya dalam kehidupan seharian seterusnya mencorakkan negara dengan apa yang digariskan oleh al-Quran. Tentunya natijah sebegini tercetus hasil penghayatan jitu mengenai keseluruhan makna dan tuntutan al-Quran lantaran kepakaran yang meliputi kesemua wajah bacaan al-Quran yang mutawatir.

Hari–hari berlalu, Islam yang sekian lama dipinggirkan kini semakin hari semakin didekati. Tiada siapa mampu menghalang bilamana manusia kembali membaca dan mentadabbur Al-Quran kerana ia merupakan perlembagaan dan panduan hidup yang tiada bandingan. Di dalamnya mengandungi ketenangan dan menjadi perisai kejayaan kepada sesiapa yang berpandukannya.

Alaf yang begitu mencabar ini menyaksikan penguasaan barat ke atas dunia dalam pelbagai aspek menyebabkan umat Islam semakin terhimpit justeru ketandusan ilmu dan kelemahan jiwa dalam diri mereka. Fatamorgana kesesatan dunia terus menipu umat Islam yang semakin alpa dan tenggelam dalam keseronokan hiburan syaitani sehingga tidak terkesan di lubuk hati mereka melihat umat Islam terus diperangi di merata dunia.

Gerakan ulama’ Islam disekat malah ramai yang dibunuh bagi memastikan tiada kesedaran tercetus di kalangan mereka. Tidak dapat dipastikan berapa ramai ahlul-Quran yang disembelih di Tanjung Periuk, yang dikurung di bawah tanah seterusnya dipenjara dan diseksa yang merupakan rancangan jahat barat bagi menyekat kebangkitan Islam.
Kini umat Islam mula sedar, apa yang mereka kejar hanyalah fatamorgana. Air yang mampu menghilangkan kehausan berada di tangan mereka. Kesempitan, kezaliman dan penindasan banyak mengajar mereka. Kini impian mereka adalah keadilan mutlak yang lahir dari pencipta mereka.

Abad ini banyak menyaksikan perubahan. Umat Islam mula membaca Al- Quran, menghafaz dan mentadabbur maknanya. Yang tua tanpa malu sanggup belajar daripada yang muda. Kelas-kelas tahfiz dan belajar Al-Quran tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Bukan sahaja pelajar yang tidak berpeluang mengenal Al-Quran dihantar ke kuliah Al-Quran bahkan banyak keluarga yang mengadakan program pengajian di rumah mereka.

Umat Islam telah mula mengikis tanggapan bahawa lepasan tahfiz hanya layak menjadi imam. Kini mereka menyedari di dada huffaz terdapat himpunan kalimah-kalimah suci yang menjadi asbab kemuliaan di dunia dan akhirat. Golongan agama yang dahulunya beranggapan bahawa kelompok ini tidak begitu penting semakin menghampiri dan menunjukkan minat dengan ilmu yang agak gharib di kalangan mereka. Mereka menyedari betapa goyahnya mengeluarkan hukum pada masa yang sama tidak mampu menguasai pembacaan Al-Quran. Bagaimana mungkin terhasilnya tadabbur mengenai ma’ani al-Qur’an bilamana tidak pernah merasai dzauq ketika menuturkan kalimah-kalimah Allah dengan sahih..Mereka mula menyedari bahawa golongan ini dimuliakan oleh Allah ‘Azza wa Jalla.

Imamul-muqri’in Ibnu Jazari r.a., pernah berkata “Manusia tidak akan dimuliakan (Allah)melainkan setelah mereka menghafaz
Al-Quran)dan memahami”.

Walaupun tidak menyeluruh sebahagian besar umat Islam keluar memilih kepemimpinan sebagaimana keluarnya penduduk Mekah untuk membaiah ahlul-Quran. Justeru lahirlah cetusan kata-kata harum daripada seorang amir al-mursyidil-faqih “Kita mahu suatu hari nanti kesemua pemimpin dan exco negeri ini terdiri daripada mereka yang hafiz Al-Quran.

Jasa agung al-‘Allamah al–Mufti Tuan Guru Dato’ Hj Mohd Nor bin Hj Ibrahim al-Kalantani yang berperanan dalam mentarbiah sebahagian ahlul-Qur’an di Malaysia, seperti Dato’ Abu Hassan Din dan yang seangkatan dengannya patut diberikan penghargaan yang sewajarnya. Semoga Allah memberkati mereka yang telah merintis kebangkitan generasi Al-Quran dan mereka yang membantunya. Daripada tangan merekalah cahaya kebenaran itu muncul. Mereka ibarat bulan purnama yang datang menerangi Madinah, cahayanya bukanlah sekadar menerangi kota kecil itu bahkan ianya meluas dari satu tempat ke tempat yang lain.

Cahaya itu adalah cahaya Al-Quran. Cahaya yang dibawa oleh ahlulLAH (ahlul-Quran) yang sedang menuju ke alaf baru. Semoga cahaya itu terus menyinari kita. Pastinya penduduk negeri itu telah diturunkan ketenangan di dada mereka serta ditambah keimanan. Patutlah Rasulullah mengatakan sebaik-baik di kalangan umat Islam adalah mereka yang belajar dan mengajar Al-Quran.

Inilah generasi yang bangun memimpin umat Islam, menghadapi segala mehnah dan cabaran zaman menuju alaf baru. Mereka sedar akan tanggungjawab mereka dan mula menguasai ilmu-ilmu baru di zaman ini kerana di bahu mereka ada amanah yang besar. Moga-moga kita menyedari tanggungjawab kita dan berdoa agar kita dimasukkan ke dalam generasi tersebut. Yakinlah! Pertolongan daripada Allah, kemenangan yang hampir dan berita gembira buat orang-orang beriman.

Dua Belas Barisan

SUATU KETIKA, Muaz b. Jabal r.a mengadap Rasulullah SAW. dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT "ketika sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris" (Surah an-Naba':18)

Mendengar pertanyaan itu, Baginda menangis sehingga basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab:"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepadaku perkara yang amat besar, bahawa umatku akan dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri..."
Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut:

Barisan Pertama
Dibangkitkan dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."
Barisan Kedua
Dibangkitkan dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-meringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."
Barisan Ketiga
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."
Barisan Keempat
Mereka dibangkitkan dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka.."
Barisan Kelima
Mereka dibangkitkan dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."
Barisan Keenam
Mereka dibangkitkan dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."
Barisan Ketujuh
Mereka dibangkitkan dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

Barisan Kelapan
Mereka dibangkitkan dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

Barisan Kesembilan
Dibangkitkan dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

Barisan Kesepuluh
Dibangkitkan dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasan dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

Barisan Kesebelas
Dibangkitkan dari kubur dengan keadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."
Barisan Keduabelas
Dibangkitkan dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat spt kilat." Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasihsayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih.."

Dulu, Kini Selamanya...

`Anak-anak ibarat kain putih, kitalah yang akan mencorakkannya`

Salam Muqaddimah

Assalamualaikum, Alhamdulillah akhirnya blog yang diimpikan tercapai jua. Hasil berkat bantuan dan sokongan rakan-rakan seperjuangan yang tak jemu memberi suntikan semangat.

Rupanya, tidaklah begitu sukar menggunakan blogger untuk tujuan dakwah ini. Sebelum ini saya langsung tak reti bagaimana hendak mengubah segala templete yang sedia ada kepada mengikut citarasa dan kehendak sendiri. Buat makluman ini bukanlah laman peribadi pertama saya. Sebelum ini saya pernah menggunakan hosting berdaftar secara percuma, bezanya pada laman hosting tersebut saya tak dapat elak dari banner asas dan iklan-iklan yang tidak berapa sesuai dengan konsep dan prinsip perjuangan saya.

Justeru, saya terus mengkaji sedikit demi sedikit kaedah yang diguna pakai melalui blogger supaya saya dapat menghasilkan sebuah laman yang saya ingini dan tidak mencacatkan pandangan dan pemikiran umun terhadapa usaha dakwah ini.

Harapan dan impian saya semoga semua menyokong dan terus menyuntik semangat kepada saya agar terus thabat dan teguh di atas jalan ini. Segala kritikan dan cadangan juga pandangan terus ke ruangan shoutbox yang terdapat di bahagian kiri laman ini. Jangan malu-malu, semoga ianya bermanfaat. Wallahuta'ala 'alam.

#Amalan Perkasa Jiwa :-

:: Solat Berjamaah ::
:: Baca Al-Quran ::
:: Lazim Ma'thurat ::
:: Qiamullail ::
:: Selawat Atas Nabi & Zikir ::