Tuesday, May 22, 2007

PAS Terus Melangkah Ke Hadapan

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Hrkh)- Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat sebentar tadi merasmikan bangunan Pejabat Agung PAS yang baru di Jalan Raja Laut dekat sini sebagai mercu tanda baru bagi membuktikan komitmen PAS untuk terus unggul di persada politik negara. Majlis yang penuh dengan gilang gemilang tersebut dihadiri oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, wakil-wakil NGO dan kedutaan asing.

Hari ini Bangunan PAS yang terletak di tengah-tengah nadi bandaraya Kuala Lumpur dengan secara rasminya diisytiharkan sebagai asas penggerak Islam dan demokrasi dalam negara.

Sunday, May 20, 2007

:: [ Sejenak Merenung Kalamullah ] ::

Berkata Saidina Umar Al-Khattab r.a
"Besarkanlah Kitabullah (Al-Quran Al-Karim)".

Suatu hari Ibnu Mas'ud didatangi oleh seorang pemuda yang membawa Al-Quran yang dihias dengan emas, maka berkata Ibnu Mas'ud; Sesungguhnya sebaik-baik perhiasan bagi Al-Quran ialah membacanya dengan betul (tajwid yang tepat)".

:: [ Renungan Kalamullah ] ::

Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).

Ali Imram : 144

Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).

Al An'am : 44

Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya; dan Engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan.

Al-Hajj : 2

Aku bersumpah Dengan hari kiamat;
Dan Aku bersumpah Dengan "Nafsul Lawwaamah" (bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!
Patutkah manusia (yang kafir) menyangka Bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?
Bukan sebagaimana Yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya Segala tulang) jarinya, (tulang Yang lebih Halus dari Yang lain).
(kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat).
Dia bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu?"
Maka (Jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),
Dan bulan hilang cahayaNya,
Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,
(maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): "Ke manakah hendak melarikan diri?"
Tak usahlah bertanya demikian! tidak ada lagi tempat perlindungan!
Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan Segala perkara.
Al-Qiyamah : 1-12

Saturday, May 19, 2007

:: | Putera Puteri | ::


Engkau bagaikan mutiara berharga Dalam sepi kau penyeri Dalam duka kau penawar Hadirmu menyinari rumahtangga Mengapa harus derita yang kau cari Maruah kau pertaruhkan Masa depan kau gadaikan Mengalir airmata ayahbonda

Oh remaja harapan keluarga Putera puteri negara Pewaris nusa bangsa dan agama Kembalikanlah nilai harga dirimu Agar sempat kau tahu Sejuk hati ibu yang melahir dan mendidikmu

Bangkitlah oh puteraku Dari lena yang panjang Berjuang bagai perwira yang berjasa Bangunlah oh puteriku Dari mimpi yang palsu Pelihara maruah dan agamamu
PadaMu Tuhan Doa kami panjatkan Teguhkanlah keimanan Tetapkanlah pendirian Putera puteri harapan masa depan

Lagu / Lirik : Amin INTEAM
*Untuk mendengar sila klik play pada pemain yang berada di bahagian kiri laman ini.

Sunday, May 13, 2007

:: [ Selamat Hari Lahir Bonda ] ::

Tiada yang lebih indah selain memiliki ibu semulia mu
Tiada yang menggembirakan melainkan di pelukan mu
Bonda biar ku tabur wang berjuta,
Biar ku petik bulan dan bintang
Tiada dapat aku membalas segala jasa dan pengorbanan suci mu...
Hanya ku panjatkan doa pada Ilahi
Semoga dirimu senantiasa di bawah Petunjuk
dan hidayah dari Tuhan.
Semoga Allah melimpahkan ketenangan dan kebahagiaan buat mu
Bonda...Selamat Hari Lahir Bonda.
`Ya Allah, Kau kasihanilah bondaku, sebagaimana dia mengasihaniku sejak kecilku`
Ameen Ya Rabbal 'Alameen

Friday, May 4, 2007


Sebuah album berkonsep dari inteam yang bertemakan kehidupan sejak lahir hingga ke saat-saat kematian kini telah berada di pasaran. Album yang memuatkan bacaan Al-Quran oleh Inteam, Zikir dan Doa secara acapella, bacaan madah dan sketsa ini turut memuatkan tujuh buah lagu baru dan lama yang dirakam semula. Album ini turut menampilkan saudara Hisyam Ahmad yang pernah menganggotai Inteam suatu masa dahulu dalam empat buah lagu. Album Inteam kali ini lebih memfokuskan kepada konsep muzik tradisional, walaubagaimanapun turut memuatkan nasyid yang berkonsep pop dan ballad. Dapatkan segera album yang unik ini dengan harga yang sangat berpatutan. !!!
p/s = Sesiapa yang dah dengar atau dah sampai pasaran kat mesir ni bagitahu ok...ana nak beli....

MAHASISWA NEGARA: KUMPULAN PENDESAK TERBAIK

Oleh : Mior Isfandy Mior Azizan
Mahasiswa, Usul Fiqh & Sains Politik
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
____________________________

Sebagai sebuah entiti penting dalam komuniti masyarakat di Malaysia, mahasiswa seharusnya memainkan peranan penting dalam membawa agendanya yang tersendiri. Mahasiswa adalah satu bentuk kumpulan pendesak yang mungkin bersifat promotional group atau protective group.

Promotional Group merujuk kepada sebuah kumpulan yang mempromosikan agendanya yang tersendiri untuk mendapatkan respon dari pelbagai pihak supaya bersama-sama dengan mereka untuk memperjuangkan sesuatu isu. Contohnya seperti, Kumpulan Anti Pembiakan Nuklear, Gabungan Pemulihan Demokrasi dan Badan Bertindak Tuntut Biasiswa.

Manakala, Protective Group pula dapat didefinisikan kepada sebuah kumpulan yang ditubuhkan untuk memberikan jaminan atau perlindungan dan menjaga kebajikan ahli-ahlinya disamping menunjukkan satu kesatuan. Contohnya seperti, Kumpulan Mahasiswa Elit, Majlis Perundingan Mahasiswi Nasional dan Persatuan Mahasiswa Generasi Baru. Jika dilihat dari aspek ini, memang jelas bahawa mahasiswa bukanlah satu platform politik yang mempunyai nafsu yang besar untuk menakluk kerajaan tetapi ia sebuah kumpulan pendesak yang mempunyai agenda yang tersusun bagi memastikan ia sentiasa releven dan dirasai kewujudannya oleh rakyat.

Sehubungan dengan itu, ia seharusnya diberikan ruang yang luas untuk bergerak kerana ia dijamin dari aspek demokrasi dan kebebasan. Mahasiswa sepatutnya lebih lantang kerana sifatnya sebagai kumpulan pendesak. Maka, sasaran klimaksnya adalah, kumpulan mahasiswa ini harus menjadi second opinion dalam masyarakat selepas golongan akademik atau parti politik. Kumpulan mahasiswa ini tidak harus selalunya menempel dengan agenda parti politik tetapi terus memacu slogan dan tindakan yang lahir dari vacum akademiknya dan kapasitinya. Ia harus lebih banyak menilai isu daripada menghentam buta sesuatu isu. Oleh sebab itu, mahasiswa harus keluar dari atmosfera yang beku, berkedap dan tertutup. Lantas cuba untuk menerobos satu sempadan, berfikir di luar kotak dan bergerak lebih dinamis.

Mahasiswa harus berbangga sekiranya mereka mampu memberikan model penyelesaian masalah seperti isu kebejatan moral di peringkat pelajar, isu perbezaan jurang ekonomi yang tinggi, isu pemurnian demokrasi, isu pembangunan dunia ketiga dan sebagainya. Mahasiswa tidak harus menumpukan kepada badan-badan rasmi mahasiswa yang seolah-olah mendiamkan diri di puncak kuasa tetapi cuba untuk mencari saluran-saluran lain yang boleh membentuk momentum seterusnya memandu minda dan mobilasi masyarakat.

Kita juga berharap supaya pihak-pihak lain tidak melabelkan dengan mudah sesebuah organisasi pelajar kerana ia boleh menyekat kesuburan intelektual dan daya juang mahasiswa.

Disediakan oleh,
Mior Isfandy Mior Azizan
Mahasiswa,Usul Fiqh dan Sains Politik,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

My Sweet Niece (",) Najwa & My_Sarah

:: [ Siti Maisarah Bt Mohd Azhar ] ::

:: [ Siti Najwa Bt Mohd Azhar ] ::

Salam Imtihan Buat Semua

Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang serta menyusahkan hidupmu...pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia,b ukan Allah tidak tahu deritanya dan retaknya hatimu...akan tetapi mungkin itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab padaNya.... Sempena Imtihan yang bakal tiba ini, hambo ingin memohon jutaan kemaafan jika ada melakukan kesalahan dan kesilapan secara sengaja atau tidak sengaja..Wassalam.. Mudahan Kejayaan milik kita semua.. amin.

Wednesday, May 2, 2007

To All My Friends

"PeRSaHaBaTaN YaNg SeJaTi aKaN MeMBaWa KeRiNDuaN YaNg aBaDi. SeSuNgGuHnYa PeRSaHaBaTaN iTu LeBiH uNgGuL DaRi PeRCiNTaaN, TaNPa PeRSaHaBaTaN PeRCiNTaaN aKaN BeRaKHiR TeTaPi TaNPa PeRCiNTaaN, PeRSaHaBaTaN BoLeH KeKaL. oLeH iTu HaRGaiLaH PeRSaHaBaTaN YaNg TeRJaLiN. HaNTaRLaH PeSaNaN iNi KePaDa oRaNg YaNg aNDa TiDaK aKaN LuPa DaN HaNTaRKaN JuGa KePaDa oRaNg YaNg MeNgHaNTaR PeSaNaN iNi JiKa aNDa MeNgHaRGai PeRSaHaBaTaNNya. iNi aDaLaH PeSaNaN PeNDeK uNTuK MeNyaTaKaN YaNg aNDa SeNTiaSa MeNgiNGaTiNya. KaLaU aNDa TiDaK MeNgHaNTaR PeSaNaN iNi, BeRMaKNa aNDa SuDaH MeLuPaKaN KaWaN-KaWaN aNDa. aMBiLLaH SeDiKiT MaSa uNTuK MeNgiNGaTi KaWaN-KaWaN yG SeNTiaSa MeMBeRi SoKoNgaN uNTuK aNDa"