Monday, July 30, 2007

MURTAD : Ummat Islam Jangan Mudah Lupa!

Fenomena riddah (murtad) sebenarnya bukanlah suatu yang baru dalam perkembangan sejarah Islam. Ia menjadi rancak selepas dari kewafatan Rasulullah s.a.w di bawah seruan dan pimpinan Musailamah Al-Kazzab. Pada hari ini murtad menjadi virus utama kepada umat Islam Malaysia. Kita pernah digemparkan dengan kes menyayat hati keluarga En Bukhari di Perak. Begitu juga dengan kes Hartina Kamaruddin dan banyak lagi. Terbaru (walaupun isu ini telah lama, tetapi dibangkitkan semula) kes Lina Joy yang menggugat ketuanan Islam. Benarlah tangan yang menghayun buaian bias menggegar dunia.

Mungkin ramai yang menganggap isu ini sudah basi justeru selepas keputusan mahkamah menolak rayuan Lina Joy dalam permohonannya untuk membuang perkataan Islam dalam kad pengenalan dan seterusnya keluar dan bebas sebagai seorang yang bukan Islam.

Apakah kita merasa kemenangan tersebut meletakkan Islam dan penganutnya dalam sikon yang selesa dan selamat? Sejarah membuktikan golongan ini tidak akan berdiam diri selepas apa yang mereka alami. Usaha untuk memurtadkan orang Islam tidak pernah berakhir di dalam sejarah panjang umat ini. Di era penjajahan kuasa Barat seperti British, Perancis, Sepanyol, Belanda Italy. German dan Portugal, golongan ini sentiasa memalingkan umat Islam daripada deen yang suci ini. British dengan slogan keangkuhan untuk mewujudkan Pax-Britanica melaungkan "The sun is never set in the British" telah menjajah Tanah Melayu dan beberapa kawasan lain.

Saya tidak bermaksud untuk memanjangkan penulisan ringkas ini. Sekadar ingin meletakan mind set bahawa Islam dan penganutnya di akhir zaman ini akan berhadapan dengan cabaran yang tidak kurang hebatnya. Kuasa-kuasa Barat dan yang sefikrah dengannya akan bersatu membina nisan kubur buat penganut Islam. Justeru, apakah kita bercadang untuk hanya menjadi penonton atau terlibat sama dalam perjuangan yang maha hebat ini?

Firman Allah s.w.t.:

"Wahai orang-orang Yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (Keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?" mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!" (setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang Yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang Yang menang."

[As-Sof – 14]

**Link video di bawah ini amat penting untuk kita tontoni dan fahami apakah impak yang akan dihadapkan ke atas Islam dan umatnya kesan daripada beberapa kes murtad yang berlaku terutamanya kes Azalina Jailani atau Lina Joy. Selamat menonton dan seterusnya menjadi pejuang kepada agama Islam meneruskan kerja dakwah suci Rasulullah s.a.w. TAKBIR!!! Sila Download.

-
Video1 -
Video2 -
Video3 -
Video4 -
Video5 -
Video6 -
Video7 -
Video8 -
Video9

Wednesday, July 25, 2007

Bila Hidayah Menyapa, Tiada Siapa Menyangka...

'Lena Diulit Intan' dan 'Semalam Yang Hangat'. Masihkah anda ingat dengan dua buah lagu ini? Bagi Penggemar muzik rock tempatan, lagu-lagu ini merupakan antara lagu 'berhantu' dan masih diputarkan di corong-corong radio. Peminat kumpulan Wings pasti tidak akan dapat melupakan lagu-lagu ini apatah lagi suara penyanyi yang menyampaikannya...... Tapi itu dulu... sekarang segalanya berubah bila mana hidayah Allah datang menyapa tanpa sesiapa menyangka... YA ALLAH TETAPKAN HATI KAMI TERUS BERADA DI JALAN MU, AMIN.

Bukan Cacat Hatinya

Adik pulang dari sekolah. Baju putihnya berdebu macam semalam. Kasut rabaknya nampak selekeh. Wajahnya membayang lesu. Penatberjalan dua batu pulang dari sekolah. Adik muram macam semalam. "Apa halnya dek?" Tanya Azam pada adiknya.
"Cikgu tanya lagi tentang duit yuran. Adik kena berdiri di luar kelas tadi. Masa senaman, cikgu marah, adik tak ada t-shirt putih yang diminta sejak bulan lepas".
"Abang…adik malulah nak ke sekolah".
"Sudahlah dek. Nanti kita cakap lagi. Pergi mandi, sembahyang, lepas tu makan sama abang di dapur." Adik patuh. Dia melangkah longlai. Kasut rabak macam mulut buaya itu ditinggalkan dengan mudah. Diletaknya baik-baik di clah dinding rumah yang robek. Tak lama kemudian terdengar cebur-cebur air telaga di belakang rumah. Adik mandi. Kemudian adik pakai kain pelekat usang peninggalan ayah dan hampar sejadah daun mengkuang anyaman ibu.
"Allahu Akbar". Suara Adik bertakbir. Adik sembahyang dengan tenang.
Azam ke belakang. Dibukanya periuk nasi yang telh dimasak oleh ibu sebelum turun ke kebun. Tinggal separuh lagi. Hanya dia dan adik yang belum makan. Kak Milah dah makan sama ibu sebelum turun ke kebun.
Mereka empat beranak sajalah yag tinggal di rumah sobek peninggalan arwah ayah. Ayah meninggal sebulan yang lalu setelah dua tahun terlantar sakit dala perut. Sejak itu, ibulah yang mencari nafkah buat mereka. Azam berusia sepuluh tahun. Kak Milah dua belas tahun dan adik baru dalam darjah dua.
"Bang…dah siap."
"Ha…mari makan. Lauk macam biasa dek."
"Bang …adik malulah nak ke sekolah. Malu dengan cikgu, malu dengan kawan-kawan." Adik bersuara menyambung cakapnya tadi.
"Sabarlah dek. Teruskan belajar. Nanti emak dapat duit boleh beli semuanya. Adik mesti terus belajar. Abang cacat, Kak Milah terpaksa tolong emak, adik saja harapan kami."
Mata adik merenung lembut pada mata abangnya. Direnung muka Azam yang cacat. Direnungnya kaki Azam yang pincang dan tangannya yang kudung sebelah. Azam abangnya…abang yang cacat sejak dilahirkan.
"Abang, jangan cakap macam tu. Abang, Kak Milah, emak semua susah. Dik nak tolong…adik nak berhenti sekolah, nak tolong emak di kebun."
"Jangan! Adik ingat tak pesan ayah dulu? Kan ayah minta adik terus belajar. Walau apa pun terjadi adik mesti belajar."
Wajah ayah yang kurus – cengkung menjelang kematiannya kembali tertayang di mata Azam. Masih basah dalam ingatannya bagaimana ayah mengusap mukanya yang cacat. Ayah kuat ibadah. Dalam sakitnya dia tetap sembahyang. Sembahyng wajib dan sunatnya dikerjakan sambil berbaring. Wirid ayah sentiasa di bibir. Badan ayah sakit tapi hatinya tidak. Doanya tetap panjang. Tapi nasib ayah memang malang. Hidup sebatang kara. Ayah tiada saudara mara. Ayah cuma pendatang dari seberang. Harta tiada, saudara mara tiada.
"Azam…jaga adikmu baik-baik. Bila emak kau ke kebun jaga rumah. Tengok-tengokkan makan minum adik kau. Kak Milah Bantu emak. Tinggal kau sorang saja nanti di rumah." Begitu pesan ayah.
"Ayah?"
"Ayah akan pergi Zam…"
Pesan ayah lagi: "Jaga sembahyang adik kau, jaga makan minumya dan tegur salah silapnya…" Azam tunduk. Air mata mengalir dari pipinya yang menggerutu.
"Engkau dengar Zam?"
"Dengar ayah." Sahutnya perlahan.
Wajah adik memang mirip wajah ayah. Azam perhatikan adiknya menyuap nasi. Penuh selera walaupun Cuma berkuah kicap. Berlauk ikan masin. Melihat adik menyuap nasi, Azam teringat ayah…sejak dua tahun sakit menjelang kematiannya ayah tak selera makan lagi. Suapanibu selalu ditolaknya. Kalau dipaksa-paksa ayah akan muntah.
"Bang, kenapa tak makan?
"Makanlh asampai kenyang, nanti abang makan lebihnya." Sahut Azam lebut. Begitulah selalunya. Adik dah faham benar sikap Azam. Azam tetap akan mengalah. Nasi yang sedikt akan didahulukannya buat adik. Biar Azam makan sedikit asal adik kenyang.
Lepas makan Azam dan adik menyapu du laman rumah. Biar rumah kita buruk asal bersih, begitu pesan arwah ayah mereka.
Tak lama kemudian Kak Milah dan ibu pulang dari kebun. Ibu seperti biasa, tetap senyum melihat mereka. Dialah ibu yang sabar. Pewaris derita ayah. (Bersambung...(",)

Kebesaran Ayat Kursi Dalam Kisah Ka'ab

Ka'ab pernah bercerita tentang stor tempat menyimpan buah-buahan yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Setiap hari stor ini dijaga dengan rapi agar tiada barang yang hilang. Namun lain pula hal yang berlaku. Setiap hari ada saja barang yang hilang. Pada suatu malam dia menjaga stor itu dengan teliti. Dia mengelilingi stor itu beberapa kali dan akhirnya menjumpai seekor haiwan kecil dan aneh bentuknya. Lalu bertanya kepada haiwan itu: "Apakah engkau manusia atau jin?" Haiwan itu mengakui bahawa dirinya adalah jin.

Ka'ab betanya lagi kepada jin itu: "Mengapa engkau mencuri harta milikku?" Ia menjawab: "Telah sampai berita kepadaku bahawa engkau adalah orang yang suka bersedekah. Aku ingin sekali mendapat bahagian daripada sedekahmu itu."
Kemudian Ka'ab bertanya lagi: "Apakah yang dapat menyelamatkan kami daripada gangguanmu?" Jawab jin itu: "Ayat Kursi yang terdapat dalam surah Al-Baqarah ayat 255."

Pada pagi hari esoknya Ka'ab pergi ke rumah Rasulullah s.a.w. dan menceritakan kejadian tersebut. Rasulullah s.a.w. mengakui kebenaran apa yang diucapkan oleh jin itu.

(Riwayat Abul Qasim daripada Ubai bin Ka'ab).

Monday, July 16, 2007

Tukar Angin....

Assalamualaikum...

Setelah hampir sebulan saya menggunakan theme ala-ala fair n lovely, hari ini saya berhajat bertukar angin. memang begitulah selalunya, theme kali ini merupakan theme ke-empat saya.

Pada permulaan, saya menggunakan warna hijau pucuk pisang sebagai background blog saya. Seterusnya, warna hitam dan designnya agak lebih menyerlah, namun warna putih pada tulisan membuatkan mata berpinar. Selepas itu saya menggunakan warna merah jambu atau pink membuatkan blog saya seperti ikon untuk produk Fair & Lovely...hehehe...Dan sekarang saya kembali kepada warna hijau putih, namun background nya putih...so jadilah ia HIJAU & PUTIH.

Semoga, antum semua selesa melayari blog saya yang masih kurang lagi dari sudut penulisan ilmiah. Kalau ada yang bermurah hati untuk menyumbangkan artikel, pihak empunya blog amatlah mengalu-alukan. Wallahu'alam.


Salam hormat,
Mohd Bakri Hashim
MAQAZ, Shoubra.

Thursday, July 12, 2007

Kalau Tuhan Di Kenali

Hayatilah video ini. Mudah-mudahan ada manfaat buat kita yang berstatus 'manusia pelupa'...

Wednesday, July 11, 2007


:: [ Renungan Kalamullah ] ::


11. Dan berapa banyak Kami telah pecah-belahkan dan binasakan penduduk negeri Yang melakukan kezaliman, dan Kami telah menjadikan sesudah mereka, kaum Yang lain sebagai gantinya.


12. Maka ketika mereka merasai (kedatangan) azab kami, mereka Dengan serta-merta lari keluar dari negeri itu.


13. (lalu dikatakan kepada mereka): "Janganlah kamu lari, dan sebaliknya kembalilah kepada kemewahan hidup Yang telah diberikan kepada kamu, dan ke tempat-tempat tinggal kamu, supaya kamu dapat ditanya mengenai apa Yang berlaku".


14. (akhirnya) mereka berkata: "Aduhai celakanya kami! Sesungguhnya Kami adalah orang-orang Yang berlaku zalim!"


15. Maka Demikianlah seterusnya jeritan dan keluhan mereka, sehingga Kami jadikan mereka hancur lebur dan sunyi-sepi.

Kursus Pengenalan Adobe Photoshop

Kenangan tahun 2006 kembali. Kalau dulu saya merupakan seorang yang amat sibuk dengan tugasan persatuan, selain tanggungjawab sebagai seorang penuntut ilmu. Namun sejak pulang bercuti lewat September tahun lalu sehingga kini, yang ada hanyalah rasa kosong. Kosong dengan taklifan sebagai ahli persatuan. Sesuai dengan status sebagai Mantan AJKT...Apa ada pada mantan? Mungkin mundar mandir tanpa jawatan...hehehe...pernah seorang AJKT berkata kepada saya "buat kerja sendiri jer..."

Alhamdulillah sehari yang lepas, rasa sibuk itu kembali. Teringat betapa sibuk dan indahnya saya dulu ketika bersama-sama dengan sahabat kepimpinan seperti Ust Amin, Ust Nahi, ust Nuruzaimi dan lain-lainnya. Walaupun hanya untuk dua hari.Ya, dua hari lepas saya dijemput untuk membentangkan kertas kerja berkenaan Aplikasi Adobe Photoshop (Kursus Designer). Kertas kerja bertajuk : Pengenalan Asas Aplikasi Adobe Photosop yang berlangsung selama dua hari tersebut melibatkan beberapa Mahasiswa/wi Selangor - Mesir sempana program cuti Musim Panas di sini.

Kepada semua peserta, saya mengambil kesempatan untuk memohon maaf kiranya terdapat kekurangan dan kelemahan dalam pembentangan kertas kerja tersebut. Apa yang penting dan menjadi harapan supaya antum semua dapat memahami dan mempelajari sesuatu yang baru daripada pembentangan tersebut. Jutaan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi mengundang saya. Wallahua'lam.

P/S : Di sini saya sertakan beberapa laman tutorial untuk antum semua.
Amacam? Ader gaya jadi lecture tak? hehe..balik ni nak keje kat mana ha....

Antara peserta dari kalangan akhawat.

Ape yang dia tunjuk tu....? huhuhu...tu la saper suruh tak datang!

Sunday, July 8, 2007


Selamat Pengantin Baru Buat Sahabatku
Mohd Zaidi Hj Hassan Basri

Renungkanlah....

*Artikel ini saya petik dari sebuah email yang disendkan kepada saya. Suka untuk saya kongsikan bersama semua yang sudi membacanya.
______________________________________________
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

--Kadang2 Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar..Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi

"Berilah hatimu hanya untuk Allah, pasti Allah temukan padamu pemilik terbaik. Hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah, pasti Allah aturkan seluruh kehidupanmu sebaik-baiknya!"