Tuesday, February 26, 2008

Pilihanraya : SPR Malaysia, BertanggungJawab Di Dunia & Akhirat

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

Terkilan..tanpa dapat saya sembunyikan, rasa sakit hati. Mengapa dan sakit hati kepada siapa?
Sebagai rakyat Malaysia, rasa terkilan dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia amat tinggi berbanding biasa. Mengapa?

Banyak sebabnya dan saudara boleh membaca sendiri di web-web yang berkaitan. Namun kali ini saya merasa lebih lagi sakitnya dari biasa kerana salah satu bentuk 'kepelikan' itu telah berlaku kepada ahli keluarga saya.

Ia berlaku kepada isteri saya. Isteri saya sejak awal mendaftar, tempat mengundinya adalah Hulu Bernam, Ulu Selangor, iaitu dikampung kelahirannya. Bukan sekadar itu malah isteri saya juga telah pernah mengundi di Hulu Selangor pada tahun 1999, semasa pilihanraya yang ke 10.

Walaubagaimanapun, pada tahun 2004 kami sekeluarga gagal membuang undi kerana berada di luar negara. Namun sejak sebulan lepas, apabila membuat semakan daftar pemilih, entah bagaimana tempat mengundi isteri saya bertukar ke Demit, Kubang Kerian, Kelantan.

Keperitan Menghubungi SPR

Puas kami menghubungi nombor telefon SPR untuk mengadu hal dan mendapatkan penjelasan bagaimana pertukaran tempat mengundi boleh berlaku, tetapi talian SPR asyik sibuk dan tidak pernah diangkat (iaitu nombor 03-8885 6500) yang kami petik dalam web SPR berikut : http://www.spr. gov.my/index/ hubungi.htm hampir setiap hari dihubungi tetapi setiap hari jugalah tiada jawapan.

Disebabkan kesibukan saya dan isteri, kami mengambil keputusan untuk membuat surat rasmi dan menghantar faks ke (603)-8888 9117, juga nombor faks yang sama dari web di atas tadi. Dalam masa yang sama percubaan menelefon dibuat setiap hari, semuanya gagal.

Sehinggalah hari ini (24 Feb 08), muncul nombor baru di televisyen, iaitu 03-9274 62692, nombor ini muncul 3 saat sahaja, namun bila dihubungi, rupanya tersilap nombor.

Akhirnya, dapat juga kami hubungi nombor SPR yang ada manusia mengangkatnya iaitu 0326810280. Namun hasil aduan itu, kami menghadapi kepelikan, keajaiban jahat dan kekecewaan sahaja.

Kemuncak kepelikan

Pegawai wanita tersebut berkata; menurut rekod mereka, kononnya isteri saya ketika mula-mula mendaftar pada 10 Mac 1998 dahulu, alamat asal adalah di Kampung Demit, Kubang Kerian. Justeru itulah sahaja yang mereka tegaskan, Sedangkan ia tidak benar sama sekali dan isteri saya tiada sebarang urusan dengan negeri Kelantan, juga bukan orang Kelantan.

Namun yang lebih PELIK DAN AJAIB, pada tahun 1999 isteri saya telah pun membuang undinya di Hulu Selangor tanpa sebarang masalah. Bagaimana boleh diundur waktu dan didaftar di Kelantan pula.. kami tiada mesin ajaib masa Doraemon. So apa sebenarnya ini?!!!. Adakah ini penipuan dan penyelewengan yang sering digembar gemburkan oleh pembangkang ?? ! . Jika benar, hampir pastilah ia dilakukan oleh pihak yang tidak ada iman tentang alam barzakh dan neraka!!

Hasilnya, kemungkinan isteri saya tidak sempat mengundi tahun ini, kerana pelbagai kesukaran pengangkutan untuk ke Kelantan dan bayi kami pula yang masih berumur 2 bulan. Saya pula terpaksa membuang undi di Kedah pada hari tersebut. Banyak lagi sebab lain yang tidak memungkinkan saya untuk bertandang ke Kelantan dan Kedah dalam hari yang sama.

Saya masih berusaha mencari muslimah-muslimah Kelantan yang dipercayai untuk menumpangkannya ke Kelantan dan pulang ke KL pada hari yang sama, namun ia amat sukar...

Benar, kami juga ada salahnya kerana tidak membuat semakan lebih awal dan menukar dengan pantas (sebelum 60 hari dari pilihanraya) apabila terdapat kesilapan, tetapi apa yang berlaku mendedahkan "something wrong is happening". Yang penting pihak SPR wajib bertanggung jawab di akhirat kelak, kami akan tuntut semua hak-hak ini tanpa BELAS KASIHAN.

Kesimpulan

Semua kita perlu beringat-ingat selalu, sebarang kemenangan pilihanraya menggunakan penipuan, rasuah dan penyelewengan adalah haram serta dilaknat oleh Allah swt dan RasulNya, tiada keberkatan dalam pemerintahan dan rakyat serta negara, kemenangan sebegitu hanya akan memudahkan sesebuah masyarakat dan negara dipandu ke Neraka sebagaimana huraian 'hilang keberkatan' yang disebut oleh Imam Ibn Hajar Al-Haithami dalam kitabnya Az-Zawajir An Iqtiraf Al-Kabair. Justeru amat perlu dijaga unsur keberkatan dalam pilihanraya, pembelajaran, pekerjaan, pendapatan, perbelanjaan dan kehidupan seluruhnya.

Jangan kerana inginkan kuasa dan kerusi DUN dan Parlimen yang bersifat sementara manfaatnya iaitu sekitar beberapa puluh tahun di dunia, hingga sanggup menggadaikan masa depan di dalam kubur yang sempit itu dan di padang mahsyar yang berkumpulnya trillion trillion manusia dan disemak satu persatu perbuatannya.

Keadaan yang sama juga terpakai kepada pelajar yang meniru dalam peperiksaan, pelajar yang membeli sijil MA dan PhD, guru yang meniru dalam peperiksaan PTK, usahawan yang menipu, ahli politik yang menipu, pekerja yang menipu dalam amanah tugasan mereka dan lain-lain jenis penipuan, semuanya dinafikan oleh Nabi s.a.w dari kelompok ummatnya

Ertinya : "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pernah melalui seorang laki-laki yang sedang menjual makanan (biji-bijian) . Baginda sangat mengaguminya, kemudian memasukkan tangannya ke dalam tempat makanan itu, apabila dilihatnya makanan itu nampak basah, maka bertanyalah beliau: Apa yang dilakukan oleh pemilik makanan ini? Ia menjawab: Kena hujan. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Mengapa tidak kamu letakkan yang basah itu di atas, supaya orang lain mengetahuinya? ! barangsiapa menipu , bukanlah (mereka) dari golongan kami (Islam)" (Riwayat Muslim, 1/99)

Ia juga termasuk dalam umum hadis ini

Ertinya : Barangsiapa yang menipu Arab ( dan manusia lain) , mereka tidak termasuk dalam kalangan yang boleh mendpaat syafaatku, dan tidak layak mendapat belas kasihanku" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3928, 5/724 ; Hadis ghorib)

Imam al-Munawi berkata, salah satu maksud menipu arab adalah menghalang mereka dari menyampaikan kebenaran sehingga menjadikan orang ramai jauh dari Nabi s.a.w (Penjelasan Al-Munawi dipetik dari Tuhfatul Ahwazi, Al-Mubarakfuri, 10/296)

Berhati-hatilah wahai semua pembaca dari jatuh dalam kelompok ini.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin. net

Suasana Penamaan Calon Di Gombak dan Titiwangsa

Barisan Alternatif menamakan Pengarah pilihan raya dan Naib Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai calonnya untuk bertanding di Parlimen Gombak manakala AJK Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr. Lo Lo Datuk Haji Ghazali akan bertanding untuk Parlimen Titiwangsa.

Pemerhati politik negara berpendapat kedua-dua kerusi Parlimen tersebut mampu dimenangi oleh Barisan Alternatif dan berikut ialah video klip suasana penamaan calon bagi kedua-dua kawasan parlimen berkenaan.

SPR Terus Menerus Jadi Barua BN

Mohd Bakri Hashim All About PRU 12

Semalam mungkin adalah hari yang paling menyakitkan hati. Tak tahulah esok lusa bagaimana. Laptop saya mengalami sedikit kerosakan pada log in system. OS (Operating System) tak berfungsi. Nak log in tak boleh. Hampir dua kali saya setup windows baru. Setup pertama kali, windows tak complete. Aduh....letih rasanya. Dah siap install semua program. Tapi windows tetap tak complete. So, try repair windows. Tak jadi guna. Akhirnya dengan tekad yang jitu. Saya setup windows dengan fresh copy sekali lagi. Boleh dikatakan semalam saya hanya mengadap depan desk. Alhamdulillah sihat dah windows xp.

Namun penat lelah merawat windows tentu pasti tidak seletih penat lelah sahabat di Malaysia dua tiga hari ni. Musim pilihanraya kali ini pasti akan menjadi sejarah pilihanraya yang paling tidak telus dan paling jijik. Pembangkang bukan hanya berhadapan dengan kerajaan sementara Pak Lah. Tetapi PAS dan KeAdilan turut berhadapan dengan SPR yang terbukti berpihak kepada UMNO dan Barisan Nasional. Ditambah dengan media prima yang turut menjadi jentera pilihanraya bagi BN.

Isu-isu yang berlaku pada hari penamaan calon, menunjukkan tuntutan BERSIH terhadap SPR supaya pilihanraya berlangsung secara adil dan bersih terbukti bukan sahaja tidak diterima pakai, bahkan seolah-olah mencabar kredibiliti rakyat marhain yang mengharap supaya tuntutan tersebut dijalankan.

Saya katakan di awal tadi. Semalam mungkin adalah hari yang paling menyakit hati. Mana tidaknya, terdapat lim
a kes calon BN di Terengganu gagal untuk menyediakan duti setem semasa menghantar borang di hari penamaan calon. Apa kata SPR? Surat bertarikh 23hb telah membatalkan surat yang sebelum itu. Sedangkan apa yang terjadi di Selangor adalah sebaliknya. Calon KeAdilan yang tidak menyediakan duti setem dinafikan hak untuk menghantar borang dan akhirnya SPR mengumumkan Dato' Rahman Palil menang tanpa bertanding! Banyak lagi isu yang menunjukkan SPR terus menerus menjadi tali barut kepada BN. SPR bukan lagi satu badan yang telus. Yang tidak berpihak kepada mana-mana parti seperti apa yang sepatutnya SPR lakukan.

Namun, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya memastikan pilihan anda adalah tepat! Undilah calon PAS dan KeAdilan bagi memastikan kesejahteraan bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat negeri Abadi tempat kita akan kembali. Walaupun undi adalah rahsia tetapi ingatlah ALLAH mengetahui siapakah yang kita undi itu. Dan ianaya akan ditanya di akhirat kelak ketika kita menghadap Allah swt. Di waktu itu, bagaimanakah kita di hadapan Allah sekiranya kita memilih pemimpin negara seorang kaki judi. Seorang yang tahi rasuah. Seorang yang tidak mahu melaksanakan perintah Allah. Seorang yang baginya boleh buat maksiat dan boleh buat ibadat. Seorang yang menempah tiket ke neraka. bagaimana kita?

p/s : Mungkin maklumat ini terlalu ringkas. dapatkan maklumat anda di Harakahdaily selaku media rasmi pilihanraya 12.

Saturday, February 23, 2008

Pastikan Undi Anda Bukan Be End (BN)

Katakan Tidak Kepada BN


Cari Pasangan

Mohd Bakri Hashim
Layan Jiwang

Baru-baru ini saya melihat banyak di kalangan blogger (sahabat2 saya) membicarakan persoalan perkahwinan. Ada yang membicarakan soal pilih jodoh. Apakah kayu ukurnya? Ada juga yang membicarakan soal siapa yang sepatutnya memulakan urusan peminangan? Lelaki atau perempuan? Dan macam-macam lagi.

Saya tidak bermaksud untuk turut sama membicarakan persoalan ini. Cuma saya teringat kisah seorang ahli ibadah suatu masa dulu yang cukup wara'. Ketaqwaan beliau menatijahkan kebahagiaan yang hakiki. Sehingga anak yang dilahirkan menjadi ulama tersohor. Siapa yang tidak kenal dengan syeikh Abdul Qadir Jailani. Riwayat hidup ibu bapanya menjadi azimat kepada umat kemudian. Riwayat ini turut di adaptasi oleh kumpulan nasyid Rabbani. Sejarah ini di simpulkan dalam lirik yang cukup memberi nasihat juga panduan kepada kita dalam proses mencari jodoh.

Mari-marilah
Dengarlah ini kisah silam oh kawan

Sangatlah berguna

Moga hidup aman bahagia

Di malam pertama jumpa mertua

Tersentak si jejaka diberitakan

Isterinya tidak sempurna rupa

Anggota zahirnya lumpuh semua

Tiada upaya mengurus diri

Terkejut si jejaka penuh persoalan di hatinya

Mungkinkah sudah jodoh itulah isterinya

Hibanya rasa hati

Namun tetap redha pada takdir

Asalkan punya iman itulah paling penting

Saat-sata berjumpa

Terpesona memandang

Benarkah isterinya
Menawan sungguh cantik

Cari-cari... carilah

Pasangan hidup betul-betul oh kawan

Bahagia berseri

Rumah tangga akan harmoni

Terhurai dijawablah oleh mertua

Zahirnya tak sempurna kiasan saja

Memberi makna sucinya diri

Wanita solehah terpelihara

Terharu si jejaka tunduk bersyukur

Jangan mudah percaya harta pangkat dan rupa

Indahnya di mata berawaslah
Rasul sudah bersabda insan punya agama
Akhlaknya mulia fahamilah

Mari Mengenal Ulama' Al-Muqri' Fadhilatus As-Syeikh Masyari Rasyid Al-Afasi.


Mohd Bakri Hashim
Mengenal Ulama Al-Muqri'

Mari Mengenal Ulama' Al-Muqri' Fadhilatus As-Syeikh Masyari Rasyid Al-Afasi.

Pertama kali saya mendengar bacaan Al-Quran oleh Syeikh Masyari ialah ketika saya masih menuntut di sekolah menengah berasrama di Rawang. Setiap kali cuti hujung bulan saya akan jejakkan kaki saya di Hentian Pudu Raya (kebetulan bas yang kami naiki akan berhenti di kaki lima hentian tersebut). Ketika itu masih banyak gerai-gerai yang menjual bahan rujukan agama (buku, kaset, wangian dll). Di sinilah saya mendengar bacaan yang mengasyikkan. Ketika itu saya masih belum mengetahui siapakah beliau.

Suatu hari ketika solat Jumaat di Masjid Kuala Kubu (waktu ini saya sedang menuntut di Kuala Kubu Bharu dalam tingkatan 6 bawah). Suara imam yang mengetuai solat ketika itu persis suara Syeikh Masyari. Lenggoknya, nadanya serupa dengan suara Syeikh Masyari. Kebetulan imam tersebut merupakan lepasan timur tengah yang baru pulang dan berkhidmat dengan masyarakat. Mungkin ketika itu saya menyangka bahawa inilah Syeikh Masyari yang saya dengar bacaannya pertama kali di pudu raya beberapa tahun lalu. Hehe…kelakar lak rasanya,,…

Itulah hakikat kita manusia, kita kalau ditanya siapakah artis ini? Dan siapakah artis itu? Pasti kita menjawab dengan penuh keyakinan. Tetapi bila ditanya siapakah ulama' ini? Tercengang mulut hingga bias lalat tumpang bertenggek.

Jadi siapakah sebenarnya ulama ini?

لاسم: مشاري بن راشد بن غريب بن محمد بن راشد العفاسي

Nama Beliau : Masyari Bin Rasyid Bin Gharib Bin MuhammadBin Rasyid Al-'Afasi

الجنسيه: كويتي .

Warganegara : Kuwait

المواليد: يوم الاحد 11رمضان 1396 هـ / الموافق 5 سبتمبر 1976 م .

Tarikh Lahir : Hari Ahad, 11 Ramadhan 1396 H bersamaan 5 Sep 1976 M

الحاله الاجتماعية: متزوج , وله ابنتان , ويكنى بــ (( أبي نورا ((.

Status : Sudah Berumah Tangga, Mempunyai 2 orang anak, Dipanggil dengan (Abi Nora)

الدراسة: الجامعة الإسلامية بالمدينة النبوية/ كلية القرآن الكريم والدراسات الاسلامية.

Pengajian : Universiti Islam Madinah, Kuliah Al-Quran Al-Karim & Pengajian Islam.

التخصص: القراءات العشر والتفسير .

Pengkhususan : Al-Qiraat Asyir (Qiraat 10) & Tafsir Quran

شيوخه:

Guru Beliau

1-
فضيلة الشيخ المعمر آية الدهر العلامة احمد عبدالعزيز الزيات من مواليد 1325 هجري / 1907 ميلادي قرأ عليه القرآن الكريم كاملاً برواية حفص عن عاصم من طريق الشاطبيه .

1) Al-FAdhilatu As-Syeikh Ahmad Abdul Aziz [Tahun kelahiran : 1325 Hijrah bersamaan 1907 Masihi]. Membaca Al-Quran Al-Karim dengan sempurna dengan riwayat Hafs 'An 'Asim dengan toriq As-Syatibiah.

2-
فـضـيـلة الشيخ العلامة عبدالرافع رضوان علي الشرقاوي مـن مـوالـيد 1351 هــــجري
/1932
ميلادي قرأ عليه القران الكريم كاملا بقراءة عاصم بن ابي النجود بالروايتين من طريق الشاطبية .

2) Al-Fadhilatu As-Syeikh Al-'Alamah Abdul Rafi' Ridhwan 'Ali Syarqawi [Tahun Kelahiran : 1351 Hijriah bersamaan 1932 Masihi]. Membaca Al-Quran dengan sempurna dengan Qiraat 'Asim Bin Abi Najud dengan toriq As-Syatibi (dua riwayat).

Monday, February 18, 2008

Kenal Allah Dengan Jalan Fikir & Zikir


Kenal Allah Dengan Jalan Fikir & Zikir
Mohd Bakri Hashim

Kalau kita ingin mengenal kehebatan seorang arkitek, cara terbaik adalah dengan melihat bangunan yang dirancangnya. Kalau kita ingin mengenalpasti kehebatan seorang pelukis, maka kita boleh melihat kepada kualiti lukisannya.

Begitu pula bila ingin mengenal kebesaran Allah, maka kita perlu melihat kehebatan ciptaannya. Apa ciptaan Allah tersebut? Itulah alam semesta yang tercipta dan Al Quran yang tertulis.

Terdapat dua cara untuk mengenal kebesaran Allah, iaitu melalui fikir dan zikir. Pertama, fikir. Ianya lebih berkaitan dengan aspek penilaian. Semakin seseorang memahami
ciptaan Allah, maka akan semakin sedar pula akan kebesaran Allah. Oleh sebab itu, Al Quran berulangkali merangsang manusia untuk terus memikirkan semua itu. Beberapa ungkapan ayat yang menujukkan hal tersebut, la'llakum tattaqun, la'allakum tadzkurun. afala ta'qilun dan lain-lain. Maksudnya Allah menyuruh manusia untuk melihat, merenungkan, dan mengkaji semua ciptaan-Nya. Bahkan Prof Ahmad Salaby menyebutkan bahwa seperlima kandungan Al Quran berisi petunjuk agar manusia bisa mengkaji alam ini.

Kedua, manusia tidak cukup hanya dengan berfikir. Manusia pun perlu kepada zikir. Tanpa zikir manusia boleh memiliki, tapi ia tidak akan menikmati dan menghayati. Manusia mungkin akan berjaya, tapi ia tak akan bahagia. Maka, Al Quran pun mendorong kita untuk memperbanyakkan zikir. Zikir boleh dilakukan dengan jalan merenungkan dan menyebut kebesaran Allah.

Bila kita mampu menyeimbangkan dua hal ini dengan baik, maka kita layak disebut ulil albab. Sebagaimana firaman Allah swt dalam al- Quran Surah Ali Imran: 190-191 disebutkan karektor-karektor ulil albab:

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahm
at Allah) bagi orang-orang Yang berakal;(Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka."


Taubat Lelaki yang Sibuk

Taubat Seorang Lelaki Yang Sibuk
Mohd Bakri Hashim

Diceritakan bahawa ada seseorang menceritakan kepada Hasan Al-Basri:


"Wahai Abu Said! Di sini ada seorang lelaki yang tidak mahu berkumpul dengan orang ramai. Dia sentiasa duduk sendirian saja."

Hasan pergi kepada orang yang dimaksudkan itu dan berkata:

"Wahai hamba Allah! Aku melihat engkau suka duduk menyendiri saja. Mengapa engkau tidak suka bergaul dengan orang ramai?"

"Ada suatuperkara yang telah menyibukkan aku dari berkumpul dengan manusia."

Sekurang-kurangnya engkau pergi kepada lelaki yang dipanggil sebagai Hasan Al-Basri dan duduk di majlis ilmunya." kata Hasan lagi.

"Ada satu perkara yang mencegah aku dari berkumpul dengan manusia termasuk Hasan Al-Basri." Kata lelaki itu. "Semoga Allah merahmatimu.

Apakah gerangan yang sentiasa menyibukkan engkau?"

"Aku setiap hari tersepit di antara nikmat dan dosa. Maka setiap hari diriku sibuk mensyukuri nikmat-nikmat Allah dan sibuk bertaubat atas dosa-dosa tersebut." Jawab lelaki itu.

"Wahai hamba Allah! Kalau begitu engkau lebih alim dari Hasan Al-Basri. Maka kekalkanlah amalan yang telah engkau lakukan." Kata Hasan Al-Basri


<< [Renungkan] >>

Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya....

Thursday, February 14, 2008

Haron Din beri panduan pilih pemimpin untuk pilihan raya ke-12

Azamin Amin
Thu Feb 14, 08 9:49:48 am MYT

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Hrkh) -"Taatilah kepada aku selagi aku taat kepada Allah. Sekiranya aku menyeleweng atau melanggar perintah Allah jangan taat kepada aku. Tentanglah aku sehingga aku kembali kepada hukum Allah."


Demikianlah ucapan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq ketika dilantik menjadi khalifah, selepas wafatnya baginda Rasulllah s.a.w yang dinukilkan semula oleh Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Haron Din sewaktu diminta untuk memberi panduan kepada umat Islam memilih pemimpin pada pilihan raya umum akan datang.

"Pemerintah,pemimpin atau individu yang terdiri daripada pembodek-pembodek, perasuah, guna harta dan tercalar akhlak wajib ditentang dan ditolak sama sekali berpandukan syarak dan ucapan Abu Bakar as-Siddiq itu," katanya ketika hubungi Harakah.

Kata Haron Din umat Islam berkewajipan memilih pemimpin mengikut tuntutan syarak yang berpandukan al-Quran dan Sunnah di samping pemerintah juga wajib mendapat restu rakyat dan salah satu contoh yang boleh dijadikan panduan ialah ketika Rasullullah mendirikan kerajaan Islam Madinah termasuk ketika melantik Abu Bkar menjadi khalifah selepas wafatnya Nabi Muhammad.

"Kini giliran kita memilih pemimpin berpandukan kepada kaedah syarak untuk mewakili rakyat untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen pada pilihan raya akan datang," katanya ketika dihubungi Harakah.

Syarak katanya menentukan rakyat memilih pemimpin sepertimana melantik imam di dalam solat jemaaah iaitu yang terbaik di kalangan yang sedia ada.

"Maksud terbaik ialah bersih dan kuat imannya, lebih bertaqwa, lebih pandai hukum Islam dan lebih komited kepada agama Allah," katanya

Beliau turut memberi contoh bagaimana Bani Israel pada zaman dahulu menghendaki pemimpin dan meminta Allah memilih, namun pilihan tersebut iaitu Taalut dibantah mereka kerana calon tersebut tidak berharta.

Lalu Nabi ketika itu menjelaskan bahawa walaupun Taalut tidak berharta tetapi mempunyai ilmu yang tinggi dan akhlak mulia serta berani, katanya.

"Umat Islam boleh merujuk ayat 247 surah al-Baqarah sebagai panduan dan tips untuk memilih pemimiin dalam pilihan raya akan datang," katanya

Dalam pada itu beliau melarang para pengundi memilih individu yang menggunakan hartanya untuk membeli undi dan tercalar akhlaknya.

"Taatilah pemerintah bukan bermaksud membuta tuli kepada sesiapa atau mana-mana sahaja pemimpin tetapi yang terbaik di kalangan kamu seperti yang disebut dalam al-Quran," katanya.

Nikmat Mu



Lagu : Kamal Halim
Lirik : Monaz
Solo : Hasnul Jamal
Hakcipta : Marzuq Prod.



NIKMAT-MU [Zikraa]

Tiada kata secantik bahasa
Untukku tutur tanda syukur
Kering lautan menjadi dakwat pena
Namun tak sudah tak terhingga
Tapi ianya mesti dizahirkan
Sebagai tanda terima kasih
Dengan ucapan dengan perbuatan
Hati bersyukur dan berserah
Ucapan di bibir Alhamdulillah
Perbuatanmu di jalan Allah
Nikmat diterima kau pulang untuknya
Mengabdi diri berbakti dengan manusia
Sungguh-Mu Tuhan tiada tandingannya
Pemurah-Mu tak kira siapa
Hatta mereka yang menderhaka
Yang bertaqwa nikmat tidak terhingga
Malunya daku pada-Mu Rabbi
Nikmat kau beri tidak terperi
Amal diriku cuai dan lalai
Namun harapku tetap tinggi

Renungan Kalamullah


Al-Quranul Kareem
Surah Ali Imran
Ayat 200



Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi Segala kesukaran Dalam mengerjakan perkara-perkara Yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

12 Feb 1949...

Tanggal 12 Februari telah menyaksikan seorang insan soleh menghembuskan nafas terakhirnya...Kisah pahit maung perjuangan yang akhirnya dihiasi dengan titisan-titisan darah syahid... "Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan Rasul-Nya,kemudian tak ragu-ragu,dan mereka berjuang di jalan Allah dengan harta dan jiwa mereka.Itulah orang-orang yang benar" Al-Hujuraat(49:15)


Hujan rahmat buat jiwa Imam Hasan Al-Banna, guru mujaddid pemimpin mujahid... Syahid terbunuh di hening 12 Februari 1949... ( 14 0ct 1906 - 12 Feb 1949 )...Al-Fatihah

Friday, February 8, 2008

Assalamualaikum

Assalamualaikum wbt...

Rasanya sudah terlalu lama tidak melembutkan jari jemari ini untuk menitip sepatah dua kata di laman ini. Tiada idea. Tiada modal. Aku - Sudah hampir dua bulan kembali ke Mesir. Apa khabar orang di Malaysia? Apa khabar ayah bonda? Apa khabar sanak saudara? Apa cerita sahabat semua? Sihatkah jasmani kita? Sihatkah iman kita?

2008 M - 1429 H; aku telah bertambah tua. Aku bukan anak-anak lagi. Zaman untuk bersuka-ria sudah sampai ke penghujungnya. Aku bukan lagi abang senior tingkatan lima. Aku sekarang seorang hamba yang telah dilatih untuk menegakkan Kalimah Tuhan dibumi pinjamanNya. Selagi mana aku diberi kesempatan menghirup saki baki nafas segarNya - Bermakna saat dan detik kematianku sudah tidak begitu lama. Akan hadir pada bila-bila masa. Perjanjian telah dimeteri. Cuma pelaksanaanya aku tidak tahu bila. Kerana telah termaktub padanya hanya DIA yang mengetahui detik dan waktunya.

Pendek cerita...doakan ana dikurniakan Iman yang hakiki...Iman yang sejati. Menjadi pejuang di jalan Ilahi. Ameen Ya Rabbal Alameen.

Kalau aku tak mampu jadi sepertinya...cukuplah aku berada di jalan sepertinya : (",)




Salam ukhuwah,
Mohd Bakri Hashim
5:32 pm, egypt.

Syahidnya anak pemimpin tertinggi Hamas


Dr Syed Azman Syed Ahmad

Thu Jan 31, 08 7:56:58 pm MYT



Ketika kesibukan menghadapi pilihan raya umum ke-12, kami dikejutkan dengan berita syahidnya Houssam Al-Zahar putera kedua Dr Mahmoud Al-Zahar, pimpinan tertinggi Hamas di tangan tentera Zionis Israel. Houssam, 22, adalah komandan tentera Briged al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas di Tebing Gaza.



Takziah buat Dr Zahar! Sedih dan pilu apabila kami mendapat pesanan SMS daripada teman-teman di Gaza memaklumkan syahidnya Hossam Al-Zahar. Semoga diberikan kekuatan kepada beliau serta keluarga di dalam menghadapi cabaran besar ini.


Dr Zahar berjaya menghantar anak kedua ke kedudukan mulia selepas anak sulungnya Muaz Al-Zahar syahid di tangan rejim Zionis Israel beberapa tahun lalu. Semoga titisan darah syuhada di bumi suci Palestin akan menjadi kekuatan untuk menyatukan penduduk Palestin menentang kekejaman Zionis Israel.


Siri serangan serta pembunuhan beramai-ramai di Gaza tidak lama selepas Presiden Amerika Syarikat, George W Bush menamatkan lawatannya ke Israel serta negara-negara Teluk - Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Bahrain serta UAE. Amat jelas, keganasan rejim Zionis di Gaza adalah 'terjemahan praktikal' disepakati Washington-Tel Aviv.
Namun perkembangan di bumi Gaza amat membimbangkan. Tentera Zionis Israel dengan sokongan Amerika terus mengepung bumi dengan 1.4 juta penduduk itu tanpa perikemanusiaan. Mereka telah memutuskan bekalan elektrik dan air serta menyekat sebarang bentuk bantuan makanan dan perubatan daripada sampai kepada penduduk di Gaza.


Rintihan serta tangisan penduduk Gaza ini amat memilukan bagi kita semua. Pencerobohan tentera Zionis ke atas bumi suci ini yang menggunakan segala kelengkapan kereta kebal, helikopter Apache buatan Amerika serta jet-jet pejuang telah melanggar batasan undang-undang antarabangsa, melanggar hak asasi kemanusiaan serta merupakan satu jenayah perang yang besar.


Apa yang lebih menyedihkan lagi sebahagian besar daripada masyarakat kita yang tidak peka untuk berbicara tentang masalah di bumi Palestin. Tambahan pula boleh dikatakan semua badan-badan antarabangsa seperti Kesatuan Eropah (EU), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) membisu seribu bahasa terhadap jenayah perang tentera Zionis ini.


Dr Mahmoud yang juga mantan Menteri Luar kerajaan Hamas pernah mengadakan lawatan ke Malaysia awal tahun lalu. Walaupun lawatan beliau amat singkat, ia amat bermakna kepada kami semua pimpinan PAS yang sempat bertemu serta bertukar fikiran dengan beliau semasa singgah di Kuala Lumpur. Berikut adalah antara intipati perbualan serta pesanan beliau untuk renungan kita bersama.


“Saudara-saudara dari Malaysia, saya tahu terdapat masalah dalam pengumpulan dana bagi membantu kami di Palestin. Saya ingin nyatakan bahawa, terus kumpulkan dana untuk membantu kami. Kita mempunyai banyak sumber dan bank, kecuali yang diboikot. Kita tetap dapat menyampaikan bantuan itu kepada rakyat Palestin melalui bank, secara langsung atau cara yang lain.


“Saya amat berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah membantu kami dan bantuan telah sampai kepada kami. Ini adalah sebahagian daripada tuntutan dan kewajipan kita bersama bagi membantu saudara-saudara kita terutamanya yang sedang terkepung di Gaza sekarang ini.


“Saya ingin memyampaikan tiga pesanan buat rakyat Malaysia. Pertama, hendaknya mereka terus mendukung perjuangan rakyat Palestin dan sentiasa mendoakan mereka walaupun jauh dari segi geografi. Hendaknya mereka terus menyakini bahawa kami tidak akan berundur walaupun setapak daripada memperjuangkan hak kami di Palestin khususnya kami sebagai pemerintah yang baru dipilih oleh rakyat Palesin secara demokrasi dan bersih.


“Kami tidak akan berundur daripada memperjuangkan hak kami untuk kembali. Kami tidak akan berundur dalam mempertahankan tanah kami yang telah di rampas dan hak semua tahanan termasuk wanita dan kanak-kanak untuk dibebaskan daripada penjara Zionis Israel. Ini adalah janji kami. Kerana itu teruskan dukungan, demonstrasi dan bantuan dana mahupun moral kepada kami di Palestin.


“Kedua, hendaknya berusaha keras menyampaikan berita dan maklumat kepada masyarakat umum terhadap masalah konflik Zionis Israel–Palestin. Ini boleh disampai melalui surat, media massa, perhimpunan dan pernyataan pendapat. Ingatlah bahawa isu ini bukan konflik antara Israel–Palestin semata-mata. Tetapi ini adalah konflik perancangan Barat yang didukung oleh Amerika Syarikat dan Zionis bagi menentang Islam dan gerakan Islam yang sedang bangkit.


“Atas dasar inilah kami amat mengharapkan seluruh rakyat Malaysia, parti-parti politik, NGO dan media massa berusaha menyampaikan maklumat yang sebenarnya apa yang sedang berlaku di bumi Gaza Palestin. Ini adalah jenayah perang tentera Zionis Israel dengan dukungan Amerika dan sekutunya.


“Ketiga, hendaknya seluruh rakyat Malaysia dan setiap mereka yang ikhlas memahami bahawa ‘kesatuan nasional’ adalah matlamat kami. Secara mutlak, kami tidak akan sekali-kali terjebak dalam perang saudara dan tidak akan mengangkat senjata menghadapi saudara sesama kami.


“Adapun orang-orang yang melakukan kekacauan dengan menggunakan senjata, itu adalah unsur-unsur yang jahat dan mereka menjadi agen yang ditugaskan untuk menimbulkan masalah dan konflik di antara rakyat Palestin. Mereka ingin menunjukkan bahawa gerakan Hamas berlumuran dengan darah bangsa Palestin sendiri. Kami berjanji sesungguhnya kami daripada Hamas tidak akan terjebak dalam hal ini dan tetap berpegang pada kesatuan nasional. Musuh kami adalah Zionis Israel yang akan kami perangi hingga titisan darah yang terakhir.


“Dan kami ingin menyampai berita bahawa seluruh rakyat Palestin kini sedang berada di belakang Hamas. Walaupun kamu sedang dikepung oleh tentera Zionis Israel di segenap sudut dan menghadapi ujian yang amat getir, kami amat yakin dengan janji-janji Allah SWT terhadap mereka yang berjuang serta membela bumi suci Palestin dan Masjid Al-Aqsa. “Inilah pesanan yang di sampaikan kepada kita semua di Malaysia. Sama-sama kita mengambil renungan dan berdoa agar kejahatan Zionis Israel akan hancur jua dan saudara-saudara kita di bumi suci Palestin di lindungi oleh Allah SWT, insya-Allah.


* Penulis adalah Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa PAS.

Malaysia Negara Polis.


Apakah salah saya sebagai seorang rakyat dan warganegara Malaysia , menghantar memorundum kepada Speaker Dewan Rakyat ? , sehingga saya dan beberapa pimpinan yang lain seperti Dr. Hatta Ramli , Dr. Lo' Lo' , Ustazah Nuridah Salleh dan ramai lagi rakan - rakan seperjuangan yang lain ditangkap sebelum sempat kami menyerahkan memorundum tersebut .
Semalam kami dihadapkan ke mahkamah dan ditahan dalam lokap malah digari bagaikan seorang penjenayah .
Apakah ini sebagai tekanan psikologi ke atas saya untuk melemahkan semangat daya juang saya dan rakan - rakan ? Demi Allah , Jeriji besi lokap dan gari ini tidak akan melemahkan semangat para pejuang Islam Insyaallah.