Sunday, March 30, 2008

BAIKI YANG ROSAK, KEKALKAN DASARNYA-Tg NIK AZIZ

Nilai Keberkatan Dalam Kehidupan

Bismillahirrahmaanirrahiim

Sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka barokah dari langit dan bumi, tapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.
(Q.S. Al-A'raaf : 96)

Mengapa ringgit yang banyak, rumah yang besar, isteri yang jelita atau suami yang tampan, ilmu yang luas tidak mengangkat darjat pemiliknya? Malah menghinakannya? Bukan kebahagiaan atau ketenangan yang diperoleh melainkan masalah demi masalah menghimpit. Apa sebabnya? Penyebabnya adalah kerana semua itu tidak berkat.

Kita tidak boleh cukup senang dengan memiliki sesuatu yang kita kehendaki. Tetapi yang harus lebih kita senangi adalah keberkatan atas segala yang kita miliki. Jadi bukan takut tidak memiliki sesuatu tetapi harus lebih takut sesuatu yang sudah dimiliki tidak membawa berkat dalam kehidupan.

Kita lihat, misalnya sebuah rumah tangga yang penuh dengan kekayaan tetapi tiada ketenangan. Anak-anak tidak lagi homat kepada orang tua, suami isteri hilang kasih sayang antara satu sama lainnya. Dan macam-macam lagi kepincangan institusi keluarga yang melanda hidup mewah yang tiada keberkatan daipada Allah.

Sewajarnya kita harus sangat bimbang dengan hidup yang tidak berkat, iaitu yang tidak bermanfaat bagi dunia juga tidak bermanfaat bagi akhirat.

Suatu kisah, Khalifah Umar bin Abdul Aziz -semoga Allah meredhainya-, ketika beliau sedang mengerjakan tugas negara malam hari di rumahnya, tiba-tiba anaknya mengetuk pintu kamar. Kemudian beliau membuka pintu dan lampu di kamar tersebut dimatikannya. Si anak lalu bertanya, "Kenapa lampu engkau matikan , ya Abi?" lalu beliau menjawab, "Kerana minyak pada lampu ini milik negara. Tidak layak kita membicarakan urusan keluarga dengan menggunakan harta negara", begitulah Umar, sangat hati-hatinya karena mengharapkan hidupnya mendapat redha dan berkat dari Allah swt.

Dari cerita yang dikisahkan di atas mengandung berbagai hikmah yang dapat kita teladani.
Apa guna hidup dikelilingi kemewahan, sedang berapa ramai umat Islam yang lainnya masih ada yang tidak berupaya mengisi perut sekali sahari pun...Apatah lagi jika kita adalah pemimpin masyarakat yang hanya mementingkan nasib sendiri tanpa memikirkan nasib umat lainnya.
Sama-sama kita mengejar keberkatan dalam hidup! Kerana nilainya amat tinggi di sisi Tuhan.

Thursday, March 13, 2008

Mari Meraikan Bulan Kelahiran Al-Mustafa


“Apa-apa yang diberikan Rasul kepadamu, hendaklah kamu ambil dan apa-apa yang dilarangnya, hendaklah kamu hentikan.” (al-Hasyr : 7)

Wallpaper [ Wide Screen ]

Klik pada gambar | Klik kanan save target as

Sunday, March 9, 2008

Rai Kemenangan Ikut Cara Al-Quran


Ketika mana Rasulullah saw bersama deligasi para sahabat berjaya menawan semula Kota Mekah dari cengkaman kuffar. Baginda bersama masyarakat Mukmin tidak jemu melafazkan Tasbih (Subahanallah), Tahmid (Alhamdulillah) serta memohon keampunan kepada Allah swt.

Kisah ini boleh kita baca dalam banyak siri karangan ulama'-ulama' tafsir
terdahulu.
Firman Allah swt dalam Surah An-Nashr (ayat 1-3) yang bermaksud :

1. Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa Engkau Wahai Muhammad berjaya Menguasai negeri Makkah), -


2. Dan Engkau melihat manusia masuk Dalam ugama Allah beramai-ramai, -

3. Maka Ucapkanlah tasbih Dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, Sesungguhnya Dia amat menerima taubat.


Surah pendek yang diturunkan di Mekah ini membawa berita gembira kepada Rasulullah SAW iaitu berita ketibaan pertolongan daripada Allah dan kemenangan menakluk negeri Makkah dan sambutan manusia yang berduyun-duyun memeluk agama Allah, di samping memberi arahan kepada Rasulullah SAW supaya bertawajjuh kepada Allah dengan tasbih, tahmid dan istighfar ketika terlaksana berita-berita yang menggembirakan itu. Di samping itu surah ini juga sekaligus mendedahkan tabi'at dan hakikat agama Islam dan sejauh mana cita-cita perjuangannya mahu membawa manusia kepada ketinggian, kemuliaan, keikhlasan, kebebasan dan kemerdekaan iaitu kemuncak matlamat yang tidak dapat dicapai manusia melainkan di bawah naungan Islam.


Jangan Jadikan Sepenggal Sebagai Tempoh Percubaan

Bagi pendukung dan penyokong PAS - KeADILan, kemenangan adalah satu anugerah dan amanah yang sebenarnya bukan sahaja dipikulkan oleh rakyat bahkan sebenarnya oleh Allah swt bagi memastikan Islam ditegakkan di muka bumi Allah.

Namun, perlu kita sedari bahawa tugas dan amanah ini bukanlah mampu dilaksanakan dalam tempoh yang singkat. Sebagaimana Rasulullah saw menyampaikan dakwah melalui tempoh panjang yang amat menggetirkan sehinggalah tibanya pertolongan dan kemenangan ke atas umat Islam.


UMNO – Barisan Nasional telah menjatuhkan maruah Islam dalam tempoh 50 tahun pemerintahannya. Suatu tempoh yang amat panjang. Parut luka yang dihadapi selama tempoh 50 tahun ini mustahil untuk diubati dalam tempoh yang singkat. Untuk merawat sakit jiwa masyarakat yang selama 50 tahun dihidangkan dengan hiburan melalaikan, bahan-bahan berunsur porno dan lain-lain perlukan suatu tempoh yang amat panjang.


Justeru, apakah kita merasa tempoh sepenggal (4-5 tahun) sudah cukup bagi kita untuk melihat segala janji-janji calon sebelum ini terlaksana? Berilah kesempatan dan komitmen untuk PAS dan KeADILan melaksanakan janji-janji mereka. Bukan hanya sepenggal. Tetapi untuk suatu tempoh yang ditentukan. Sebagaimana Rasulullah saw berjuang, berdakwah sehinggalah Allah memberikan kesempurnaan ke atas agama Islam. Dan di situlah kebenaran dan kemenangan akan tiba!


"Allahumma Thabbit Qulubana 'Ala Dinika Wa 'Ala To'atik

Friday, March 7, 2008

Islam Bukan Pada Individu


Salam ....
Nak buat sikit pembetulan.. ..

"UNDILAH BERDASARKAN CALON BUKAN PARTI"

Betul ke macam tu?
Macam mana kalau calon tu dari BN, tapi dia (calon ) boleh diikatakan ok la...
boleh undi ker? sebab calon tu ok...yang tak ok tu parti dia : Be End. Boleh ker?

Camner? so kita kena bijak politik sikit la...saya tak niat nak kondem ustaz asri...maybe statement dia rujuk pada shahidan kassim yang kini alhamdulillah beperwatakan baik.(sekadar analogi)...

Apepun saya nak ingatkan pada semua, walaupun calon tu ok, tp dari parti komponen BN (UMNO, MCA, MIC dll) tetap jangan undi. Coz katakan lah mereka menang, mereka tetap tidak boleh bawa perubahan yang baik (ke arah Islam) sebab UMNO atau BN sendiri dasarnya bukan Islam....tetapi bangsa - Melayu (konon2nya) lihat apa jadi melayu sekrang langsung tak terbela...


So undilah PAS, berilah kesempatan untuk PAS buktikan keindahan ISLAM....

p/s : setakat ini pun calon2 yang PAS dan KeAdilan naikkan bukan kaki rasuah, judi, bankrup man,...setakat nih nampaknya calon2 PAS dan Adil selain dari kalangan ulama, dan ramai tenaga profesional yang bersungguh2 dan komited dengan perjuangan!

sekali lagi!!! berilah kesempatan kepada PAS dan keAdilan...
undi kita walaupun rahsia tetapi tetap akan dihitung di mahsyar kelak! kalau undi kita kepada tahi judi maka kita akan turut sama menanggungnya!

wslm....selamat mengundi! Maaf kalau ader yang terasa...
kebenaran itu walaupun pahit wajib diterima....

Tuesday, March 4, 2008

Tetaplah Dengan Islam

Renungan Kalamullah
Surah Ali Imran : Ayat 144 & 200

Islam bukan bersandar pada induvidu


144. Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul Yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? dan (ingatlah), sesiapa Yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang Yang bersyukur (akan nikmat Islam Yang tidak ada bandingannya itu).

+++++++++++++++++++++++++++++++++

200. Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi Segala kesukaran Dalam mengerjakan perkara-perkara Yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).


Surah Muhammad : Ayat 38
Jangan bersifat bakhil terhadap Allah

38. (ingatlah), kamu ini adalah orang-orang Yang bertabiat demikian - kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu Yang berlaku bakhil, padahal sesiapa Yang berlaku bakhil maka Sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadanya Dalam Segala hal). dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) ia akan menggantikan kamu Dengan kaum Yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.

Permataku [Ayah Bonda]


PERMATAKU [Ayah Bonda]
Lagu by : Mirwana




Sepi selubungi malam
Mengusik minda
Yang terlontar jauh
Masih hangat terasa
Tangan yang membelai
Yang mengusik manja
Daku damba kasihmu
Biar jadi pedoman
Buat penyuluh jalan
Ku gapai impian
Angin kau nyayikan lagu
Untuk permata
ku tenang selalu
Bayu sampaikan berita
Daku kini ceria, aman dan bahagia
Selimutk
an rinduku bersama malammu
Hadirlah dalam mimpiku
Agar kau selalu ada di sisiku
Rindu belaian kasihmu
Rindu senyumanmu penawar lukaku
Dengarkan laguku had
iah untukmu
Jasad dan batinmu kukenang selamanya
Angin kau nyayikan lagu
Untuk permataku tenang selalu
Bayu sampaikan berita
Daku kini ceria, aman dan bahagia
Selimutkan rinduku bersama malammu
Dikaulah cahaya tika malam men
jelma
Kasihmu membawa ke syurga
Angin kau nyayikan lagu
Untuk permataku tenang selalu
Bayu sampaikan berita
Daku kini ceria, aman dan bahagia
Selimutkan rinduku bersama malammu