Thursday, November 4, 2010

Jemputan Walimatul Urus | Bakri ♥ Syaidah






:: Click on picture to full view ::

Dari satu pertemuan,
Abadilah dua hati yang saling menyayangi,
Salam dihulur pembuka bicara,
Sepenuh hormat dan sejambak harapan kami

HASHIM BIN HAMID
ZAINAB BINTI ABD RANI
& Keluarga

Dengan penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi
menjemput dan mempersilakan
Dato’ / Datin / Tuan / Puan / Ustaz / Ustazah

suami isteri serta seisi keluarga ke
Majlis Perkahwinan Putera kami yang dikasihi

MOHD BAKRI BIN HASHIM
dengan pasangannya
NOR SYAIDAH BINTI HJ SALIM

pada hari Ahad, 28 November 2010
bersamaan 21 Zulhijjah 1431H
di kediaman kami beralamat

No. 23 PJS 2C/11F Taman Sri Medan 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Semoga dengan kehadiran para hadirin
akan menyerikan lagi majlis serta diberkati
Allah Rabbul Izzati ~ Amin

Friday, October 22, 2010

Titisan berterusan yang meninggalkan kesan

“Dosa-dosa kecil boleh bertukar menjadi dosa-dosa besar dengan beberapa sebab,” dedah Hujjatul Islam, Al Imam Ghazali Rahimahullah. Kenyataan ini tentu saja mencemaskan emosi orang yang beriman yang sentiasa memantau, menghalusi dan mengemaskini hubungannya dengan Allah Rabbul ‘Alamin.

Ada pun orang Fajir, hatinya tidak pernah tersentuh ataupun tersentak dalam hal dosa pahala ini lantaran hatinya yang telah karat dimamah dosa.

Imam Ghazali menyambung bicara: “Antara sebab dosa kecil menjadi dosa besar ialah bilamana ia terus dan selalu dilakukan.” Sebagaimana satu ungkapan menyebutkan: Tidak ada dosa kecil bilamana dilakukan terus menerus dan tidak ada dosa besar bilaman disusuli dengan Istighfar.

Sekalipun terjebak ke dalam dosa besar namun tiada dosa besar lain yang disusuli selepas itu adalah lebih diharapkan mendapatkan keampunan jika dibandingkan dengan beberapa dosa kecil yang dilakukan serta ditekuni secara berterusan tanpa rasa berdosa.

Aduhhh...dosa mata adalah antara dosa-dosa kecil yang sering kita remehkan tanpa sekelumit rasa takut dan bimbang. Anak mata terus meratah aurat wanita-wanita yang bukan milik kita samada yang jalan melenggok liuk di kotaraya, maupun yang termuat di dalam pelbagai media. Kerana rasa tidak ada apa-apa, maka dosa mata saban hari terus-menerus dilakukan dengan sebuah pegangan sesat, “ah, tak mengapa, dosa kecil sahaja.” Ya Tuhan, BERANINYA KITA!

Saksikanlah. Air yang terus menerus menitik di atas batu pejal, lama kelamaan melekuk ia. Manakala air setempayan dalam jumlah yang sama, bilamana dicurahkan sekaligus ke atasnya nyata tidak berkesan dan membekas apa-apa.

Sifir yang sama dalam memahami erti kebaikan dan kebajikan yang kecil (minor). Kebaikan yang kecil namun berterusan itulah yang hebat dan dahsyatnya.

Sabda Nabi SAW: “Sebaik-baik amalan itu ialah yang berkekalan sekalipun (dalam jumlah) yang sedikit (kecil).” Kita sering di didik untuk melihat dan mengenali sesuatu secara kebalikannya. Seperti Semua Rasul itu nabi, tapi tidak semua nabi itu rasul. Yang tenang itu senang namun tidak semua senang itu tenang. Demikian juga, ada perkara yang kita suka tapi tidak baik untuk kita manakala perkara yang kita tidak suka bertukar menjadi baik untuk kita.

Jesteru, amalan yang bermanfaat untuk membersihkan hati adalah amalan yang terus menerus dilakukan walaupun dalam jumlah yang kecil (sedikit) sebaliknya amalan yang berkapasiti (berskala) besar namun sering terputus dan tidak konsisten tiada gunanya dan kurang manfaatnya dalam rangka usaha penyucian jiwa.

Demikianlah kita harus melihat bahawa kejahatan dan keburukan kecil dan sedikit yang kita gomoli secara berterusan atau sering dilakukan, maka efeknya terlalu besar. Risiko bahayanya berganda. Keberkesanan tranformasinya dalam mengotori dan menggelapkan jiwa begitu terasa.

Sumber : sahabatamal.com

Thursday, September 30, 2010

PERBEZAAN GANJARAN KELETIHAN UMMAT ISLAM & KAFIR

Firman ALLAH SWT bermaksud : “Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".

( Surah An Nisa’ : 104 )

ULASAN AYAT :

1. Sesungguhnya orang-orang kafir sentiasa bekerja keras menegakkan kebatilan, namun mereka tidak akan mendapat pahala di akhirat. Keletihan dan kepayahan yang mereka rasakan sama dengan keletihan dan kepayahan yang dirasakan oleh kita ummat Islam dalam memperjuangkan kebenaran.

2. Mereka d ikalangan kafir tidak ada motivasi berbentuk rohani, yang mereka usahakan adalah kekayaan dan pangkat yang bakal dimiliki jika berjaya menegakkan kebatilan, apabila mati tidak ada apa-apa jaminan, malah mereka sangat takut untuk menghadapi kematiaan.

3. Manakala kekuatan dan semangat ummat Islam ialah kemenangan atau syahid. Kita merasakan susah dan letih di dalam memartabatkan Islam serta berdakwah adalah kerana kita masih di dunia, sedangkan kenikmatannya dan kerehatan akan diraih setelah kita berpindah ke alam akhirat.

4. Sedarilah bahawa musuh-musuh Islam juga sedang penat dan lelah sama seperti kita namun kita dan mereka tetap berbeza, ummat islam memperjuangkan setiap urusan yang di bawa oleh Nabi SAW akan mendapat redha, kasih sayang dan ganjaran pahala daripada ALLAH sedangkan orang kafir dan kuncu-kuncunya berkerja hanya mendapat kenikmatan dunia semata dan kekal di akhirat sebagai manusia yang rugi.

5. Saat ini boleh dikatakan bahawa Ummat Islam sangat sabar sekali menerima ujian berbentuk penghinaan dan penindasan, oleh itu kita hendaklah bersatu dalam setiap urusan Ummat Islam serta kuat bergantung dengan kekuatan ALLAH SWT. Moga Islam dan ummat seluruhnya mendapat kemenangan dan syahid. WALLAHU’ALAM.

Wednesday, August 25, 2010

Manisnya jihad an-Nafsi

Tit..Tit…

Handphone jenama myiman kesayangan Khairunnisa’ berbunyi sebaik sahaja kakinya melangkah keluar dari bilik mesyuarat di blok pengurusan. Mesyuarat yang diadakan pada waktu malam memang sungguh memenatkan, namun demi tanggungjawab dan amanah yang digalas, dia redha…

Segera tangannya mencapai handphone di poket jubah birunya dan menekan butang read.

Assalamualaikum akak.. saya nak tumpang tanya sikit boleh?

Terukir senyuman di bibir gadis solehah itu sebaik sahaja melihat mesej daripada seorang insan yang sudah dianggap seperti adiknya sendiri. Hidayah – namanya seindah tuannya, tidak pernah jemu mencari walau secebis cahaya Ilahi. Terkenang kembali detik-detik pertemuan mereka. Pada waktu itu Khairunnisa’ menyertai program wawasan desa anjuran kolejnya dan menginap di rumah Hidayah selama 4 hari. Di situlah ukhwah bermula, semuanya kerana Allah..

Waalaikumsalam adikku sayang… untuk adik, boleh je.. nak tanya apa ye?

Segera dia membalas. Sementara menunggu balasan, kaki terus dihayun menuju ke asrama. Bagaikan terbayang-bayang katil yang empuk di hadapan mata khairunnisa’. Segera dia beristighfar, mengelakkan diri dari mengeluh..

“Macam penat aje?” Sahabat karibnya, Aliyah menegur.

“Takpe. Sikit-sikit je.. awak pun penat juga kan?”

“Hm, lepas habis projek ni.. lega rasanya”

“InsyaAllah… ni baru kat kolej, dah kerja nanti mesti lagi banyak tanggungjawab kan? Amanah itu kan ringan di dunia tapi berat di akhirat”

Suasana senyap. Masing-masing cuba menilai prestasi diri… Kaki dihayun, hati berzikir…

* * *

Khairunnisa’ terduduk kepenatan. Rasa kasihan melimpah ruah melihat Aliyah terbaring kelesuan, apatah lagi tugas sebagai setiausaha yang disandang oleh Aliyah memang benar-benar menguji kredibilitinya. Khairunnisa’ yang hanya memegang tugas sebagai bendahari sudah terasa bahang kepenatan, ini kan pula sahabat yang dikasihinya itu..

“Bersabarlah sahabatku… Allah bersamamu”

Terasa ingin dikucup penuh kasih pipi milik sahabatnya itu, namun memikirkan kemungkinan dia akan terbangun, Khairunnisa’ membatalkan hasratnya…

Tit.. Tit…

Handphone myiman berbunyi nyaring. Khairunnisa’ bangun mendapatkan handphonenya.

New Message From Hidayah.

Tertera ayat itu pada skrin handphonenya. Butang read ditekan..

Macam ni akak, tadi saya pergi pasar malam… kat situ ramai lelaki-lelaki handsome, kalau tak ada iman memang dah lama dah habis saya ni… masalahnya kak, kalau saya jeling-jeling je lelaki tu boleh ke?

Khairunnisa’ termenung jauh. Mesej itu mengingatkannya pada firmanNya dalam surah An-Nur ayat 30 yang bermaksud :

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.”

Sejenak, dia teringat peristiwa pada petang tadi….

* * *

“Nisa, teman Aliyah kejap pergi pejabat ye… Aliyah nak serahkan proposal projek ni”

“Ye… Tapi Nisa tunggu kat luar aje lah ye”

“Ok”

Sementelah Aliyah masuk ke pejabat, Khairunnisa’ menghampiri Syafiqah yang duduk keseorangan di kerusi hadapan pejabat. Asyik mereka berbual sehinggalah datang dua orang muslimin sekelas-Ilyas dan Saiful menghampiri mereka. Khairunnisa’ kelihatan gelisah. Muslimin itulah yang kerap benar mengganggu hidupnya. Lama mereka berdiri di situ. Khairunnisa’ menundukkan pandangan sebaik mungkin.

“Tak balik Johor ke?”

Berderau darah Khairunnisa’. Dia tahu soalan itu ditujukan khas buatnya namun sengaja dia berpura-pura tidak mendengar. Kepala ditolehkan ke arah lain.

“Khairunnisa’ ”

Tegas suara itu memanggil. Tiada pilihan, khairunnisa’ menoleh sekilas.

“Tak kot” Lemah dia menjawab, kepala kembali ditundukkan.

“Johor kat mana?” Saiful pula mencelah. Khairunnisa’ diam.

“Kat Larkin kan?” Ilyas pula yang menjawab. Khairunnisa’ hanya mampu mengangguk lemah. Malunya tidak terkata. Apatah lagi melihat senyuman asing yang terukir di wajah syafiqah. Terasa seperti maruah diri dirobek-robek.. mahalnya sebuah harga diri!

Mujur, kelibat Aliyah kelihatan baru keluar dari pejabat. Cepat-cepat Khairunnisa’ mengatur langkah pergi dari situ.

* * *


Adikku sayang.. wanita yang solehah itu tidak suka memandang dan tidak suka dipandang.

Setitis demi setitis air mata Khairunnisa’ gugur mengiringi mesej itu… Terkenang kembali kelemahan diri yang masih menjadi perhatian kaum Adam.

“Ya Allah, moga kau ampuni dosaku… Kau berilah hidayah kepada sesiapa sahaja yang berada di sekelilingku”

Khairunnisa’ tertidur dalam sendu yang masih belum berhenti…

* * *

“Alhamdulillah.. semuanya telah selesai.. proposal sudah pun diluluskan. Sekarang ni tinggal nak pergi je ke destinasi” ceria suara Aliyah menyampaikan berita gembira menghiasi pagi Khairunnisa’.

“Syukur ya Allah… berbaloi juga hasil kerja keras kita selama ini… tak sia-sia kita korban kan masa dan tenaga demi mendapatkan hasil yang terbaik… Allah sentiasa menolong hambaNya yang bertaqwa kan Aliyah?”

Aliyah tersenyum senang. Orang mukmin itu tidak akan mudah mengalah kerana orang mukmin itu sentiasa mahu kan yang terbaik, bukan untuk dirinya tapi untuk Islam tercinta…

“Lepas ni. Bolehlah kita relaks ye Aliyah”

“Nisa! Tak boleh… kan kita dah nak final exam… Nisa ingat tak ustazah pesan apa?”

“Maaf Aliyah, Nisa terlupa…”

“Hm, takpe, itulah gunanya sahabat… saling melengkapi… ustazah kan pesan jangan sampai diri kita ni jadi fitnah kepada Islam, jangan kerana kita sibuk berpersatuan pelajaran terabai… nanti mengundang fitnah”

“Astarghfirullah… terima kasih Aliyah…”

Perjuangan menuntut ilmu tidak pernah mengundang lega tetapi lelah semata kerana perjuangan menuntut ilmu itu dikira sebagai Ibadat di sisi Allah, yang menjadi bekalan kita di sana nanti. Perjuangan itu mengundang air mata yang tidak pernah kan berhenti. Bila ditanya mengapa berjuang itu pahit? Simpan jawapan ini kemas-kemas dalam hati… kerana syurga itu manis!

Bagai terngiang-ngiang suara ustazah memberi pesan seperti seorang ibu kepada Khairunnisa’. Khairunnisa’ tersenyum lega… segera dia teringat kepada hidayah.

Handphone dicapai dan dia mula menaip..

Adikku sayang fillah… Gadis yang solehah malunya mengatasi perawan, beraninya mengatasi pahlawan, cinta bukan pada gambaran, rindunya bukan pada pertemuan tapi hatinya tersirat takwa keimanan… moga adik beroleh hidayahNya yang amat berharga…

Message sent!

Sumber asal : http://www.masturamohdyusof.blogspot.com

Tuesday, August 3, 2010

Ahlan Ya Ramadhan

Hari berganti hari, siang berganti malam tanpa kita sedari Ramadan sekali lagi menemui kita. Ahlan wasahlan ya Ramadan, kami merindui kehadiranmu. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) telah datang kepada kamu, dalamnya ada malam yang amalan ibadat yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia telah kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang telah diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Marilah kita sama-sama merafa’kan kesyukuran kerana dengan rahmat dan kasih sayangnya kita masih diberi peluang untuk bertemu dengan bulan yang penuh dengan rahmat keampunan dan pelepasan dari azab api neraka, bulan yang tinggi dan kedudukannya di sisi Allah dan RasulNya.

Bagi melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga ini, penghayatan yang lebih baik perlu dipertingkatkan bagi mengisi bulan yang barakah ini. Puasa yang dilaksanakan biarlah lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Sebenarnya Ramadan yang kita cintai ini tersirat satu azam yang perlu kita tunaikan, iaitu azam untuk menjadikan amal ibadah atau pekerjaan harian kita pada tahun ini lebih bermutu. Tetapi sayangnya masyarakat kita tidak memandang apa yang tersirat ini, sebaliknya azam atau niat yang baru hanya difokuskan pada awal tahun Masihi sebagai titik permulaan untuk memulakan azam baru.

Ramadan memberikan ruang perancangan yang luas untuk kita menetapkan matlamat, memperincikan amal ibadah yang ingin kita laksanakan agar ibadah dan tugasan harian yang dilakukan dalam bulan ini lebih tersusun dan konsisten dalam pelaksanaannya. Bukan sekadar melaksanakannya tanpa perancangan. Ramadan yang diberkati ini hanyalah sekali sahaja dalam setahun. Maka sudah tentu pengisiannya perlu dihayati dari pelbagai aspek supaya ibadah puasa, solat terawih, membaca al-Quran akan lebih baik dan sempurna.

Satu perkara yang diingatkan oleh Rasulullah s.a.w kepada umatnya agar berhati-hati supaya tidak dikategorikan di kalangan orang yang ditolak puasa mereka sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Berapa ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga” (Hadis riwayat An-Nasai)

Golongan yang ditolak puasa mereka ini ialah golongan yang tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakan ibadah ini. Mereka hanya beranggapan Ramadan hanya bulan yang biasa dan puasa yang dilakukan hanyalah sebagai menutup malu kepada masyarakat sekeliling. Ada juga di kalangan kita yang hanya menghayati puasa dengan menjadikannya pesta untuk merasa pelbagai jenis juadah di bazar Ramadan dan membeli belah semata. Semua ini bukanlah salah tetapi janganlah aktiviti-aktiviti ini mencuri masa kita beribadah kepada Allah lebih-lebih lagi dalam bulan yang mulia ini.

Lantaran itulah pengisian Ramadan perlu dirancang, agar amal ibadah yang dilakukan adalah ibadah yang berkualiti dan diberikan ganjaran yang besar di sisi Allah. Semoga Ramadan kali ini mampu membawa perubahan yang positif kepada kehidupan kita.

Wednesday, July 28, 2010

Ayam sembelih halal atau tidak - WAJIB TAHU!

Kuala Lumpur, 21 Julai 2010, (Jam 1.00 pagi):

Seramai 16 orang kakitangan JAWI, JAIS, Kementerian Pengguna, JAKIM dan PUM (aktivis LANDAS) telah membuat Operasi HALAL HUB di rumah-rumah/premis penyembelihan Halal sekitar Wilayah Persekutuan K.L. Antara lokasi yang kami pergi ialah kawasan Beringin Jinjang, Bandar Sri Damansara dan berakhir sekitar jam 4 pagi.


Peagawai JAKIM sedang memberi taklimat sebelum kami berangkat ke lokasi jam 1.00 pgi.


Lokasi pertama kami di Bandar Sri Damansara (KL Supreme Processing Sdn Bhd.)

Dalam suasana yang dingin (dalam bilik sejuk) kami menjelajahi dari tempat ke suatu tempat, segenap penjuru di premis tersebut. Segala dokumen dan operasi sembelihan kami teliti bagi menentukan ayam-ayam yang di pasarkan HALAL untuk dimakan oleh umat Islam sekitar KL dan Selangor.


Kami cek setiap ayam disembelih mengikut syara’ atau tidak. Urat yang wajib diputuskan ialah Urat Halkum dan Urat Marikh’, sementara urat darah kiri kana leher adalah sunat (hadis Nabi saw).


Keratan 4 urat pada leher ayam perlu diputuskan

Yang menjadi tandatanya tanpa nuqtah kepada kami, mana-mana operasi di rumah-rumah sembelihan ada sahaja yang tak kena walau pun penyembelihnya ada tauliah. Kebanyakan Tokeh adalah orang Cina dan perkerja banyak orang Bangladesh, Indonesia dan orang Kashmir. Hanya segelintir orang Melayu. Maka banyaklah penyelewengan berlaku. Adakalanya ayam tak sempat mati telah bertindih dan mati sebab bertindih bukan mati kerana sembelihan.

Ada pula ayam yang uratnya tak putus habis, maka jadilah BANGKAI, namun ramai yang orang tak prihatin di mana mereka beli ayam, maka mereka makan bangkailah.

Lihat urat marikh’ contoh ayam yang tak putus habis ini

Ini pulak ayam cucuk, tapi pelanggannya restoran Melayu dan pembuat sate

Ayam ini kami dapat kat Beringin Jinjang (premis sembelih Kim Foog Trading) pagi tadi. Kat belakang premis ini tempat sembelih Babipulak. Kami sedang pantau satu kes sebelah dalam berhampiran premis ini ada satu lagi premis sembelih ayam, tapi ayam tak sembelihpun mereka campur untuk dipasarkan kepada orang Melayu Islam. Kelilingnya tempat sembelih Babi dan sebelahnya mereka tanam sayur togeh, yang kita campur dengan mie atau goring dengan tahu. Tengoklah siapa pelanggannya (melalui resit beliannya di bawah).

Dilanggani oleh Restoran Pappa Rish pada setiap hari bulan Jun lalu. Inilah tempat orang kita makan. Saya nak pesan kat semua orang Islam di Malaysia dan seluruh dunia, prihatinlah sikit tentang apa yang kita makan terutama ayam. Firman Allah swt;

Al Baqarah 168. Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu.

Ini pula tempat yang sama, penyembelih Islam dari Indonesia, dia cucuk tengok ayam macam Cina, terus campak ayam yang masih hidup dalam air supaya cepat mati ada yang tak cucuk langsug, hidup-hidup dia masukkan dalam air supaya mati cepat dan diprosesnya.



Nampak tak yang putih itu ayam hidup dan itik (hidup2 dibenam dalam tangki ini) Kemudian dia celur dan proses

Bila kami Tanya kenapa buat gitu, katanya Cina (Tokeh) suruh buat dan cepat sikit. Nilah yang kita dok makan hari-hari mungkin. Dia keluarkan (tengkok ayam tiada bekas sembelihpun)




Ini yang sepatutnya dilakukan di premis sembelihan ayam.

(KL Supreme Processing Sdn Bhd.)

Syarikat Ini ada sijil Halal JAKIM, namun perlu kita pantau operasinya dari masa ke semasa bagi memastikan mereka menjalankan operasi menurut syara’.


Ayam hidup digantung pada mesin yang bergerak sebelum dipengsankan (Stunning process), sebelum dimbelih.


Muncung ayam disentuhkan ke dalam air berarus elektrik (Ayam 0.25-0.5, tempoh 3.0-5.0 saat). Baru disembelih dan pisaunya sentiasa bersih daripada darah, kerana terdapat air dari atas yang mengalir untuk mencuci pisau sembelih semasa operasi sembelihan.



PROSES SELEPAS SEMBELIH





TERSEDIA UNTUK DIPASARKAN


Laporan dari Ustaz Abdul Halim Zakaria
Aktivis UNGGAS/LANDAS PUMWP


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Friday, July 16, 2010

Imam Muda Pun Tak Solat Berjemaah

Saya terpanggil untuk menjawab tulisan Ustaz Zainudin Hashim dalam kolum Harakah keluaran Isnin 12 julai 2010 yang bertajuk ‘Masjid ikut nama sahabat Nabi tapi tak seaktif sahabat’. Sekali imbas apabila dibaca tajuk kolum ini ada benarnya akan tetapi apabila diamati isinya saya dapat faham bahawa Ustaz Zainudin ini jenis ustaz yang berfikiran orang kebanyakan atau orang awam bukan dari golongan tok guru yang banyak mengajar dan beramal dengan apa yang diajar, ustaz ini hanya setaraf dengan ustaz-ustaz yang berforum di rancangan TV untuk mendapat populariti.

Banyak pandangan umum mengatakan masjid bukan tempat ibadat khusus sahaja, sebaliknya untuk ibadat lain juga. Pandangan ini sangat sinonim dengan jenis manusia yang liat datang berjamaah, mereka hanya datang ke masjid ketika untuk bernikah, ketika ada kematian dalam keluarganya dan ketika ada kelahiran cahaya mata.

Kita tidak boleh membuta tuli dan lurus bendol membandingkan masjid di zaman Rasulullah dengan zaman sekarang. Walaupun dari satu segi kita mesti menjadikan sirah Rasulullah itu sebagai panduan, sepatutnya seorang yang mengaku sebagai ustaz ada fikiran, pandangan dan hujjah yang mantap dan boleh digunapakai oleh semua lapisan masyarakat. Masjid di zaman Rasulullah itulah segala-galanya sebagai Pejabat Presiden, Pejabat Ketua Turus Angkatan Tentera, Parlimen, Pusat Perdagangan dan bermacam- macam lagi yang tak perlu Ustaz Zainudin jelaskan kerana pelajar sekolah rendah agama pun tahu.

Pada zaman sekarang perkara-perkara yang Ustaz Zainudin sebut tidak boleh dilakukan di masjid kerana manusai telah ramai dan masyarakat berkembang perlu kepada pentadbiran yang tersusun rapi untuk kemaslahatan umat dan keselamatan negara segalanya perlu diasingkan. Perlu diambil kira dari pelbagai sudut dan sekiranya Rasulullah hidup di zaman sekarang, saya percaya dan yakin Rasulullah akan membina pusat pentadbiran yang lebih hebat dari Putrajaya.

Saya pernah dijemput dalam bengkel perancangan pembangunan masjid untuk 10 tahun akan datang di sebuah hotel. Pelbagai program dan cadangan yang dikemukakan oleh peserta bengkel, di antaranya perlu dibina kedai-kedai, gelanggang sukan, bank-bank, hotel dan bermacam-macam lagi kemudahan awam dengan tujuan supaya orang awam boleh membeli belah dan datang berjamaah.

Saya terasa terpinga-pinga dan gelihati melihat peserta bengkel, dalam hati kecil saya berkata “kenapa bengkel ini tidak dibuat di masjid sahaja bukankah kita nak memakmurkan masjid, keduanya kenapa kita nak memakmurkan masjid tidak dirujuk kepada al-Quran dalam surah at-Taubah ayat 18”. Cuba kita lihat di Masjid India Kuala Lumpur, apa yang tidak ada di sekelilingnya. Adakah peniaga dan pengunjung datang berjamaah apabila masuk waktu solat?

Di Masjid Wilayah Persekutuan sekarang sedang berlangsung proses penggambaraan Imam Muda oleh Astro Oasis. Apa yang sangat malang, apabila masuk waktu solat tidak seorangpun Imam Muda atau kru Astro yang solat berjemaah bersama dan yang lebih malang lagi Pengetua Imam Muda, Ustaz Hasan Mahmud Al-Hafiz dan Ustaz Zulkarnaian Al-Hafiz pun tidak turun sembahyang bersama. Dan kerap kali saya perhatikan sudah lewat waktu Asar walaupun jam telah menunjukkan pukul 6.00 petang sedangkan kedua mereka adalah menjadi idola orang PAS selalu dijemput berceramah di merata tempat.

Segala kecacatan dan kepincangan masyarakat kebiasaannya disalahkan kepada imam. Imam dilempar dengan berbagai tuduhan di antaranya imam hanya bertugas ketika bertugas sahaja, imam tidak mesra masyarakat, imam tidak pandai menarik remaja datang ke masjid dan lain-lain lagi tuduhan yang tidak masuk akal sedangkan imam tidak mempunyai apa-apa kuasa, bahkan pos jawatan khusus untuk imam pun tidak ada dalam senarai perjawatan JPA.

Berbalik kepada muslimah yang bermasalah dengan suaminya, sepatutnya muslimah itu berjumpa bahagian nikah kahwin di pejabat agama atau mahkamah syariah dan yang lebih baik Ustaz Zainudin sendiri yang tahu perkara itu berlaku tolong menyelesaikan, bukan menuduh yang bukan-bukan kepada imam, sampai bila Islam nak maju kalau kita asyik menuding jari kepada orang lain.

Pada suatu hari dalam bulan Februari 2010, saya berurusan di Pejabat Tanah dan Galian Teluk Intan, kerana ada urusan pusaka arwah abang. Setelah selesai pegawai di pejabat tanah mencadangkan saya pergi ke mahkamah majistret yang bersebelahan dengan pejabat tanah untuk mendapatkan cop dan tandatangan hakim atau pesuruhjaya. Semasa saya sampai di mahkamah jam baru menunjukkan pukul 12.15 tengahari. Apa yang mendukacitakan salah seorang pegawai di mahkamah tersebut mencadangkan supaya saya datang pada pukul 2.00 petang.

Walaupun hati saya terasa sakit dengan perbuatan pegawai tersebut tapi saya tetap sabarkan, dan saya terkenang sekiranya perkara seperti ini berlaku di pejabat saya pasti masyarakat akan riuh rendah menuduh imam tak berhati perut dan macam-macam lagi, akan tetapi oleh kerana berlaku di mahkamah tak seorang pun yang membuat tuduhan hakim tak berhati perut. Ketua Hakim Negara sendiri pun tak pernah ambil peduli.

Moghni Asrori,
Penolong Pengarah Kanan,
Masjid Wilayah Persekutuan,
Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Wednesday, June 2, 2010

Ulama Umno bakar kapal

Saya bukan orang politik. Bukan aktivis mana-mana parti. Saya seorang rakyat yang memerhati perkembangan pemikiran Islam dalam negara ini.

Artikel ini akan menyebut istilah ulama Umno atau ulama pro-Umno. Walaupun istilah ini umum, namun saya mengecualikan mereka yang ikhlas dan tidak bersikap seperti yang disebutkan nanti.

Saya tidak faham mengapakah Umno kebelakangan ini suka berkeras mengambil pandangan-pandangan agama yang bersifat perkauman dan amat konservatif.

Dulu mereka lebelkan PAS demikian. Namun hari ini apabila PAS mula membuka ufuknya, melihat Islam dalam kerangka yang lebih luas, Umno pula yang cuba kembali ke zaman ortodoks tersebut.

Ya, memang masih ada dalam PAS sendiri kelompok yang 'ala ulama Umno' hari ini, yang juga mengurung diri dengan pandangan-pandangan yang agak konservatif dan menolak keluasan ijtihad.

Namun suara pembaharuan dan keterbukaan jelas kedengaran dalam PAS. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak lagi bersendirian dengan pandangan-pandangan pembaharuannya.

Pelik, sebagai pemerintah mengapa Umno menerima pandangan-pandangan yang sempit itu. Padahal pandangan-pandangan itu hanyalah tafsiran 'kurang luas' golongan konservatif agama, atau satu ijtihad yang boleh untuk dilihat atau dibandingkan dengan ijtihad yang lain.

Apakah kerana Umno merasakan bahawa mereka hanya mampu bernafas dalam iklim yang kurang 'oksigen keluasan ijtihad' atau hanya gas perkauman dan fahaman 'sempit' agama sahaja yang mampu menghidupkan Umno.

Keserasian wajah 1Malaysia

Atau, apakah ulama-ulama pro-Umno hanya mampu bernafas selagi parti itu dikurangkan oksigen keluasan berfikir? Atau, apakah Umno melihat rupa paras Islam dalamnya hanya mampu dilihat jika ia bersifat keras dan sokongan Melayu pun akan datang kepadanya dengan membakar isu-isu tersebut?

Di
manakah keserasian wajah 1 Malaysia Perdana Menteri dengan pendekatan Islam Umno hari ini?

Sebagai pemerintah bagi sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama, oksigen keluasan ijtihad diperlukan oleh Umno. Mengapakah Umno menerima pendapat-pendapat yang menajamkan salah faham terhadap Islam di negara ini.

Dulu Umno menolak pihak yang membangkitkan tuduhan 300 ribu orang Melayu murtad serta menuduh individu dan institusi itu dan ini sebagai pusat Kristian.

Hari ini pendapat pihak seperti tersebut diterima pakai. Bahkan beliau dijadikan perlambangan ulama pro-Umno. Atau memang Umno kini berminat dengan perdekatan yang sifatkan media antarabangsa sebagai 'ala-ala Taliban'?

Segala tudingan Umno dahulu kepada PAS sebagai pembawa Islam sempit dan jumud, hari ini PAS hampir dapat membebaskan diri dan imejnya seumpama itu sedangkan sebaliknya Umno pula yang memakai seragam kejumudan dan kesempitan tersebut.

Peguam bukan Islam

Lihat, isu peguam bukan Islam di Mahkamah Syariah. Media-media Umno membesar-besarkan isu ini seakan ia akan memusnah orang Islam.

Diambil pendapat pihak yang menyatakan bahawa itu akan mengelirukan umat Islam dan mengancam Islam. Saya ditanya oleh Utusan Malaysia, namun apabila saya beri pendapat yang berbeza, ia tidak disiarkan.

Isu itu boleh memberikan gambaran salah kepada bukan Islam, dan juga generasi baru Muslim mengenai Islam.

Bagaimanakah mungkin, universiti rasmi kerajaan UIAM memberikan sijil yang sah dalam bidang tersebut kepada peguam berkenaan, tetapi kerajaan yang sama menyatakan ia tidak boleh digunapakai?

Apakah ini secocok dengan keadilan Islam?

Kedua, bayangkan dalam sebuah negara Islam sepenuhnya yang hanya bertunjangkan Mahkamah Ssyariah, tiba-tiba kita beritahu bukan Islam tidak boleh menjadi peguam!

Apakah dalam negara yang berbilang agama ini, mereka akan pandang tinggi tentang konsep keadilan di mahkamah yang bersifat Islam seperti itu?

Peguam ialah pembela. Sesiapa sahaja boleh membela tertuduh di mahkamah Islam. Yahudi pernah menang kes menentang Saidina 'Ali dalam pertikaian baju besi.

Pada zaman Nabi SAW dan al-Khulafa al-Rasyidin, tiada sistem guaman secara rasmi. Seseorang boleh menuntut keadilan dengan hujah-hujahnya di hadapan hakim. Untuk membela atau berhujah, sesiapa pun boleh berhujah.

Penentunya, sistem kehakiman itu sendiri, bukan peguam. Di zaman kini lebih jelas. Undang-undang telah dienakmenkan. Ia bertulis dan setiap pihak terikat dengan undang-undang bertulis itu.

Sesiapa sahaja yang berhujah, sama ada Islam atau bukan Islam, mereka terikat dengan hal tersebut. Hakim akan menentukannya secara adil. Keadilan sebenar dapat diperolehi jika hakim adil.

Setiap pihak berhak membela diri, dan berhak meminta sesiapa sahaja yang mampu membelanya. Keadilan itu buta warna kulit dan jenis agama.

Islam yang seperti itulah patut digambarkan jika kita ingin menuju kepada Islamisasi negara yang sebenar. Jika ada beberapa peruntukan undang-undang yang kurang sesuai dalam masyarakat yang rencam ini maka ia perlu diubah.

Cara Umno mengendalikan isu tersebut, mengelirukan bukan Islam!

Jika tidak mahu benarkan, mengapa dia diizinkan melalui pengajian dan menghabiskan masa untuk itu, kemudian dimaklumkan 'sijil awak tidak laku'.

Ulama pro-Umno bising. Menariknya, apabila ada orang yang ditahan tanpa diberikan hak perbicaraan, mereka diam! Tidakkah ini mengelirukan Islam dan bukan Islam?

Jika ini tidak diubah, Islam di negara ini terus menjadi defensive, takut pada bayang-bayang sendiri dan gagal memahamkan bukan Islam tentang keindahan Islam.

Lebih 50 tahun Umno memerintah, generasi baru bukan Islam bertambah prejudis dengan Islam yang dibawa oleh Umno. Golongan muda Islam juga demikian.

Agama dijadikan senjata permusuhan, bukan lagi rahmat yang menimbulkan kedamaian dan keyakinan rakyat kepada keindahan Islam.

Jika tanpa pendakwah-pendakwah dan tokoh-tokoh yang ikhlas menjelaskan tentang hakikat Islam sebenar, tentu bukan Islam bertambah prejudis kepada Islam.

Generasi Islam yang terpelajar juga akan mula mempersoalkan Islam seperti ini.

Isu kalimah Allah

Isu kalimah Allah juga demikian. Ulama pro-Umno, termasuk 'ala Umno' yang berada dalam PAS membakar rakyat awam dengan isu ini.

Sehingga ada ulama pro-Umno yang cuba mengkafirkan orang lain dalam isu nama Allah tersebut. Tidak cukup dengan 300 ribu yang dimurtadkan dulu, ditambah pula ahli politik yang cuba dijadikan murtad baru.

Semuanya kerana tafsiran yang sempit. Padahal, isu itu boleh diselesaikan dengan adil dan saksama. Diraikan hak agama lain dan dibuat beberapa peraturan untuk ketenteraman awam. Saya sendiri telah menggaris panduan dalam media. Bukan Islam ramai yang setuju.

Namun, ada yang cuba bermain sentimen rakyat yang kurang faham.

Media Umno pula hanya menerang pendapat sebelah pihak. Namun sekarang apabila melihat kekalahan di Sibu yang membabitkan penduduk Kristian, Umno mula gelisah. Apakah Umno akan meminta fatwa baru dari 'mufti' yang setia berkhidmat itu?

Isu masuk masjid

Isu bukan Islam tidak boleh masuk ke dalam masjid juga dipopularkan oleh media Umno. Padahal larangan bukan Islam masuk masjid hanya salah satu pendapat dalam kalangan ulama.

Ulama hadis ramai berpendapat sebaliknya. Ini disebabkan hadis-hadis menunjukkan bukan Islam pada zaman Nabi SAW masuk ke dalam masjid dan mempelajari Islam.

Jsuteru, di zaman kini yang banyak salahfaham terhadap Islam, mereka lebih patut dibenarkan masuk.

Cumanya, letakkan beberapa peraturan atas asas siyasah syar'iyyah (islamic administration). Namun, jika apabila dikemukakan pendapat bahawa bukan Islam boleh masuk ke masjid, bangkitlah ulama-ulama pro-Umno dengan fatwa-fatwa ketat dan seakan hendak berjihad mempertahankannya.

Malang sekali, apabila timbul isu judi bolasepak, tidak pula mereka berani lantang dan tegas. Tidakkah ini mengelirukan? Apa tidaknya, apabila bukan Islam hendak masuk masjid dihalang, tapi apabila diberikan keizinan berjudi didiamkan!

Isu Sebat

Isu sebat tiba-tiba muncul. Dulu Umno sensitif dengan hudud. Dalam persekitaran yang ada, saya juga fikir PAS tidak perlu menegaskan isu hudud. PAS sejak dulu patut angkat isu keadilan seperti mereka lakukan sekarang.

Keadilan itulah objektif. Hudud adalah mekanisma yang boleh diselaraskan apabila keadaan wajar.

Hukum yang baik untuk tempat yang sesuai. Sama seperti wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Jika wanita yang baik dikahwinkan dengan lelaki yang jahat, kepincangan akan berlaku.

Demikianlah hudud. Saya telah beri pandangan dalam masalah ini.

Tapi kini, tidak semena-mena tanpa mukadimah yang jelas agar rakyat faham, Umno mencanangkan isu sebat Kartika dan tiga wanita di Wilayah Persekutuan.

Menurut laporan media, mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria kata sesiapa hina hukum sebat murtad kerana ia hukum Allah. Namun, apabila Sultan Pahang batalkan hukuman, beliau berkata itu hak Sultan.

Saya telah beri pandangan dalam kes ini, boleh rujuk laman web saya. Keajaiban ulama dalam media Umno!

Perarakan Maulid

Apabila Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat kata perarakan maulid bukan galakan agama, media Umno dan ulama pro-Umno membuat ulasan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diserang. Walaupun saya ketika itu menulis dalam Mingguan Malaysia, saya memberikan pandangan yang berbeza.

Artikel saya 'Melayu dan Mamak Penang' boleh dirujuk. Media Umno jadikan seakan isu itu benteng Melayu-Islam di Malaysia.

Di Kelantan, lebai entah dari mana datangnya, pun menulis di Mingguan Malaysia kononnya Nik Aziz - Wahabi disebabkan isu-isu seperti ini.

Bisinglah mereka. Malangnya, media dan ulama pro-Umno tidak pula bising keruntuhan moral muda-muda Melayu-Islam saban tahun disebabkan perhimpunan pesta sambutan tahun baru yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin politik!

Inilah ulama yang pro-Umno sekarang. Apakah mereka ini dapat menarik perhatian generasi baharu Islam dan bukan Islam kepada Islam?

Barah

Banyak lagi isu lain jika hendak disebutkan yang membabitkan ulama dalam Umno.

Saya bukan anti-Umno tetapi inilah realitinya. Saya ramai sahabat dalam Umno. Kepimpinan Umno bermula dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga ke lapisan bawah, ramai yang baik dengan saya. Tapi ini realiti. Kritikan saya untuk semua. Kali ini khas untuk Umno.

1 Malaysia yang dicanangkan oleh Najib akan tenggelam dibakar oleh pemikiran sempit dan berkepentingan oleh sesetengah ulama Umno ini.

Malang sekali, di kala rakyat Malaysia mula bersikap terbuka, memahami Islam dari kerangkanya yang luas, menelaah ijtihad yang berbagai dan bersedia untuk berhujah secara matang, Umno memilih fatwa atau pandangan yang kian sempit dan berkepentingan.

Dunia sudah terbuka disebabkan media baru, Umno cuba kembali ke zaman selepas kemerdekaan.

PAS yang dahulunya dilihat kolot, mula dipenuhi dengan tokoh-tokoh politik Islam yang kian matang dan mampu mengadaptasi Islam dalam lakarannya yang luas. Pada masa yang sama Umno sedang kerumuni oleh sesetengah mereka yang 'narrow-minded' dan melihat Islam dalam kerangka perkauman.

Bolehkah 1 Malaysia tajaan Perdana Menteri berjaya jika ini terus berlaku. Generasi muda Islam dan bukan Islam telah jauh ke hadapan meninggalkan kesempitan ini. Islam dalam kerangkanya yang lebih universal akan mengambil tempat.

Ulama Umno sebenarnya sedang membakar kapal sendiri dan menenggelamkannya. Perdana Menteri, patut menilai semula agenda 1 Malaysia!
Penulis adalah pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia sebelum dilantik menjadi mufti Perlis bermula 1 Nov 2006 – 30 Nov 2008. Beliau mendapat ijazah Ph.D dalam Islamic Revealed Knowledge And Haritage (Al-Quran And Sunnah Studies), UIA (2003) dan lulusan Ijazah Hadith dengan mendapat 5 ijazah sanad menerusi jalur ulama India (2001).

Beliau telah menghasilkan tidak kurang 20 buku, khususnya berkaitana dengan keagamaan dan membentangkan lebih 40 kertas kerja di peringkat tempatan mahupun luar negara.

Sumber Malaysia Kini.

4 siswa dihalang serah injunksi kepada UKM

BANGI, 2 Jun: Empat mahasiswa yang didakwa di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) terpaksa merempuh benteng pengawal keselamatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) demi menyerahkan injunksi kepada naib canselor universiti itu, Prof Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.

Mereka yang terbabit bagaimana pun hanya dibenarkan menyerahkan surat injunksi masing-masing kepada setiausaha sulit naib canselor, Puan Norlelawati pada sekitar jam 10 pagi, iaitu lewat sejam dari waktu yang dirancang.

Menurut Hilman Idham, salah seorang yang didakwa, sepatutnya universiti boleh menghormati keempat-empat mahasiswa yang mahu menyerahkan surat injunksi yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ekoran insiden itu, beliau mempersoal kredibiliti kelima-lima pegawai terbabit serta Noorlelawati kerana enggan memberi layanan profesional kepada mahasiswa.

"Kenapa pegawai keselamatan universiti perlu halang kami. Injunksi ini mahkamah yang keluarkan, kenapa pula Puan Noorlelawati awalnya enggan menerima surat injunksi kami dengan mengarahkan keselamatan menghalang kami," katanya.

Tambahnya lagi, layanan universiti itu seakan tidak menghormati keputusan mahkamah terhadap kaedah universiti menggunakan Auku ke atas mahasiswa.

Ditanya tentang motif perhimpunan aman lebih 100 mahasiswa di Dataran Canselori, beliau berkata, perhimpunan tersebut adalah isyarat kepada universiti bahawa dakwaan yang dikenakan ke atas mahasiswa menggunakan Auku adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan hak asasi manusia.

Bercakap pada satu sidang media yang lain, Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching (DAP) berjanji untuk mengetengahkan dakwaan tidak munasabah itu pada sidang Dewan Rakyat kelak.

Baginya, Hilman bersama tiga mahasiswa yang lain, Wong King Chai, Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina berhak untuk berpartisipasi dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor memandangkan mereka masing-masing adalah calon sarjana muda Sains Politik.

Di perkarangan Dataran Canselori, menyaksikan lebih 100 mahasiswa serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) berhimpun secara aman menuntut UKM supaya bersikap lebih profesional dan matang dalam menghadapi aktivitisme mahasiswa.

Semalam, selain mengeluarkan injunksi interim secara ex-parte yang menghalang pihak berkuasa tatatertib universiti memulakan proses perbicaraan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur turut memutuskan untuk mendengar semula kes tersebut secara inter-prates pada 17 Jun ini.

Sumber | harakahdaily

Tuesday, May 4, 2010

Infaq dan Keutamaannya


Dari Abu Hurairah ra. sesungguhnya Rasulullah saw. bersabda : Allah berfirman : "Wahai anak Adam belanjakanlah, maka Aku akan memberi belanja kepadamu". (Hadits ditakhrij oleh Bukhari)

Wednesday, April 28, 2010

Ibu anggap Aminul anak soleh, kaki surau, cadang saman polis

SHAH ALAM, 27 Apr – Aminulrashid Amzah, remaja berusia 15 tahun yang mati ditembak polis di sini awal pagi semalam, dianggap sebagai anak yang soleh, kerap mengunjungi surau berdekatan, kata ibunya, Norsiah Mohamad.

Beliau langsung tidak percaya dengan dakwaan polis bahawa anak bongsu dari lapan beradik itu terlibat dalam kegiatan jenayah dan bercadang mengambil tindakan undang-undang.

Sehubungan itu, beliau meminta siasatan telus dibuat dan meminta media arus perdana membuat laporan adil serta tidak melaporkan ‘yang bukan-bukan’ kerana dia ‘tidak sanggup membacanya’.

Norsiah pada satu sidang media di rumahnya hari ini melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan melulu anggota polis yang menembak anaknya tanpa mengikut prosedur.

“Saya tahu siapa anak saya, bukan seperti disebarkan di dalam surat khabar. Saya tahu anak saya, jadi saya minta polis siasat perkara ini, yang salah tetap perlu dihukum,” katanya.

Dalam kejadian itu, Aminulrashid Amzah ditembak mati anggota peronda polis kira-kira jam 2 pagi di Jalan Tarian 11/2 Shah Alam, sekitar 100 meter dari rumah mangsa.

Mangsa yang sepatutnya menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) tahun ini dikatakan memandu Proton Iswara sebelum ditembak berikutan polis mendakwa, Allahyarham disyaki sebahagian anggota kumpulan penjenayah.

“Beliau seorang anak yang taat kepada mak, saya berharap polis menjalankan siasatan lebih adil untuk saya dan arwah merupakan seorang yang aktif, sangat aktif dalam sukan dan ko-kurikulum di sekolahnya. Anak saya selalu ke surau,” katanya.

Berharap insiden berkenaan diselesaikan secara baik, Norsiah meminta satu siasatan telus dibuat oleh pihak berkuasa dalam memastikan keadilan dan kebenarannya untuk anaknya segera ditegakkan.

Dalam pada itu, kakak mangsa, Tuty Shalninza mengecam media arus perdana kerana mengaitkan adiknya dengan kegiatan samun termasuk kononnya ada parang di dalam kereta yang dinaiki Aminul.

“Bukan parang tetapi hanya payung,” katanya.

Pada masa ini, ahli keluarga mangsa belum membuat keputusan untuk melantik peguam bagi memastikan keadilan untuk mangsa walaupun menerima tawaran daripada pemimpin Pakatan Rakyat dan UMNO.

Sunday, April 25, 2010

Neraca Diri - Hijjaz

Di jasad tiap insan
Diciptkan hati membendungi perasaan
Di situlah bermula
Satu pertimbangan penentuan arah

Tiada apapun jua
Diciptakan sia-sia
Tiada apapun jua
Yang terjadi tiba-tiba

Hati menjadi neraca diri
Tiap langkah harus diimbangi

Diberikan pilihan
Akal dan fikiran, hati dengan perasaan
Usahalah mencari
Kekuatan diri saat kau diuji

Umpama cermin dihinggapi debu
Demikian hatimu
Seandainya dibiarkan begitu
Pasti akan kelabu pandanganmu
Kehidupan akan jadi tak menentu

Dianugerahkan Tuhan
Pada tiap insan ada keistimewaan
Di hatilah bermula
Tiap pertimbangan tiap langkah...

Lagu : Ariffin Hijjaz Lirik : Habsah Hassan

Thursday, April 22, 2010

Jika Terakhir Buatku

Oh Tuhan
Hambamu ini kekeliruan
Sukar mencari jalan yang benar
Kerna dipaut hasut dunia
Mencintai yang lain lebih dariMu

Oh Tuhan...
HidayahMu pernah hadir
Hingga kering airmataku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerna mengejar nikmat dunia sementara

Hari ini kubimbangi
Jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok
Untukku bernafas dan sujud mengabdi
PadaMu oh...Tuhan

Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakanMu
Hadirkan damai sebelum di hujung nafasku..

Hanya padaMu Tuhan...

Oh Tuhan...
Berikan daku petunjukMu
Untukku meniti ke jalan redhoMu
Izinkan daku mengulangi
Janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untukMu
Oh Tuhan...

[ adaptasi album Nota Cinta - Saujana ]

Wednesday, April 21, 2010

Mencari Keberkatan Rezeki

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Seseorang yang terbiasa dengan meminta-minta, dia akan datang pada hari kiamat tanpa secebis daging pun di wajahnya.” Riwayat Bukhari dan Muslim

Islam menuntut umatnya supaya bekerja dan berusaha sehingga bebas daripada belenggu kemiskinan.Kemiskinan boleh menggelincirkan iman kerana seseorang yang lemah imannya akan sanggup menggadaikan aqidahnya dengan melakukan pekerjaan yang terlarang serta menuturkan kata-kata yang menolak kebesaran Allah seperti menafikan keadilan Allah dan sebagainya.

Setiap pekerjaan yang dilakukan oleh manusia untuk meneruskan kelangsungan hidup di dunia merupakan ibadat iaitu selagi ia dilakukan dengan niat yang baik dan tidak melanggar hukum-Nya.Rezeki yang berkat adalah rezeki yang dicari dengan titik peluh sendiri, bukan dengan cara menunggu pemberian daripada orang lain seperti meminta sedekah, derma dan sebagainya padahal tubuh badan masih lagi kuat dan sihat. Hal ini amat dilarang keras oleh Islam kerana ia merupakan perbuatan yang memalukan dan menghinakan.

Tuesday, April 20, 2010

Majlis Khatam Hafazan Al-Quran

KUALA KUBU BHARU 17 APRIL 2010 – Bertempat di Dewan Muktamar, Darul Quran Jakim telah berlangsung Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Program Persijilan Tahfiz Al-Quran 2010.

Majlis yang merupakan agenda tahunan itu diadakan bagi merai seramai 123 orang pelajar yang telah berjaya menamatkan hafazan al-Quran 30 juzuk dalam tempoh 18 bulan di Darul Quran.

Majlis khatam yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ust Shuib Abu Al-Hafiz itu telah dirasmikan dengan jayanya oleh Y.Bhg Datuk Haji Wan Mohammad Nor Bin Haji Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah JAKIM.

Di dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa bangga dengan lahirnya para huffaz di bumi Darul Quran ini dan beliau juga mengingatkan para pelajar supaya sentiasa meningkatkan keazaman untuk melanjutkan pelajaran selepas menamatkan pengajian di Darul Quran.

“Peranan para pensyarah amat besar dalam melahirkan para huffaz yang cemerlang. Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pensyarah yang komited terhadap pencapaian akademik pelajar” tambah beliau lagi.

Dalam pada itu, Darul Quran turut menganugerahkan kepada 2 orang pelajar Anugerah Pelajar Cemerlang. Kedua-duanya merupakan pelajar cemerlang dengan PNGK 4.0.

Turut hadir pada majlis tersebut Hj. Abd Kodir Sallah, Timb. Pengarah (Pendaftar), Hajjah Zawanah Mohammad, Timb. Pengarah (Akademik), Hj Razali Shahabuddin, Mantan Pengarah Darul Quran, pegawai dan kakitangan Darul Quran serta ibu bapa pelajar.

  • photos will be published later... :)

Berani Mengaku Kesalahan Diri

Assalamualaikum wbt.

Dari Imran bin Husain r.a. katanya: “Seorang perempuan dari suku Juhainah datang menghadap kepada Nabi saw. padahal dia sedang hamil akibat melakukan zina. Lalu katanya, “Ya, Nabiyallah! Aku telah melanggar hukum; maka tegakkanlah hukum itu atas diriku!” Kerana itu Rasulullah saw memanggil wali perempuan itu, lalu beliau bersabda kepadanya, “Rawatlah perempuan ini sebaik-baiknya. Apabila dia telah melahirkan, bawalah dia ke hadapanku!” Perintah Nabi saw. Itu dijalankan oleh walinya sesuai dengan yang diperintahkan beliau. Setelah perempuan itu melahirkan, maka dia dihadapkan kepada Rasulullah saw. Lalu dikenakan pakaiannya dengan erat. Kemudian Nabi saw. memerintahkan supaya dia dihukum rajam, lalu ia dirajam. Setelah dia tewas, Nabi saw. melakukan solat jenazah baginya. Maka bertanya ‘Umar kepada beliau, “Perlukah dia disolatkan, ya Nabiyallah? Bukankah dia berzina?” Jawab beliau, “Dia telah taubat sebenar-benarnya taubat. Andaikata taubatnya itu dibagi kepada tujuh puluh orang penduduk Madinah, pasti cukup bagi mereka. Manakah lagi taubat yang lebih utama daripada menyerahkan nyawa kepada Allah Ta’ala secara ikhlas?” [HR Muslim]

Berdasarkan hadis ini pengajaran yang paling penting ialah kita berani mengaku kesalahan yang kita lakukan walaupun mungkin impak buruk dari pengakuan itu mungkin akan memakan diri kita dan menerima penghinaan di sisi manusia. Kita sebagai manusia sememangnya tidak lepas dari kesalahan dan kelalaian. Namun mengapa kita tidak mampu mengaku kesalahan kita?

Pengajaran dari hadis ini juga bahawa Allah SWT telah menurunkan agama yang sangat menyayangi umatnya kerana perbuatan zina yang buruk di sisi agama tetap mendapat tempat yang tinggi di akhirat sekiranya dia benar-benar bertaubat dan menyesal di atas apa yang telah lakukannya.
Dan agama Islam tidak mendiskriminasikan mereka yang melakukan kesalahan dan dosa asalkan mereka bertaubat. Rasulullah s.a.w dan para sahabat tetap menyembahyangkan jenazah perempuan dari suku Juhainah yang melakukan zina ini.

Thursday, February 18, 2010

Usah diturutkan perasaan!


Mutakhir ini suhu politik Malaysia boleh dikatakan agak panas dengan isu-isu global. Saya tidak mahu menyentuh masalah wakil-wakil rakyat (PKR) yang melompat-lompat tak tahu hendak ke mana.

Saya suka mengajak sahabat-sahabat mengintai politik PAS yang dilihat mampu memimpin Pakatan Rakyat untuk tempoh masa akan datang. Sejak PRU ke 12 yang lalu, PAS terus diteropong oleh rakyat yang ingin melihat tahap kemampuan PAS memimpin kawasan, negeri dan negara.

Bagi saya, walaupun PAS dilihat goyah sedikit dengan beberapa isu dalaman parti. namun PAS sebenarnya mampu menyelesaikannya dengan matang dan berani. Isu keputusan JK Disiplin PAS baru-baru ini tidak sedikitpun menggoyah PAS di mata masyarakat. Cuma terdapat segelintir ahli yang 'tersasul' kata akibat terlalu mengikut perasaan.

Mungkin kurang tarbiyah. Mungkin juga tak mahu ditarbiyah. Saya suka membaca artikel Ust Idris Ahmad bertajuk Jangan Robohkan Doktrin wala dan taat Dalam PAS

Jadi, janganlah diikutkan perasaan. Taatlah pimpinan kita. Keputusan yang diambil bukanlah keputusan peribadi semata-mata. tetapi keputusan jamaah yang kita sayangi. Jika benar kita sayang jamaah dan ISLAM, usah lagi di adu domba, fitnah mempfitnah, kata mengata sesama ahli. APatah lagi kita ahli kecil di bawah. terimalah dan akui setiap inci amanah, taklifan dan keputusan serta arahan pimpinan. Selamat berjuang kerana kefahaman bukan kerana perasaan.

Tuesday, January 19, 2010

Sentuhanmu - istimewa buat Abah.

Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu

Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu

Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..
-------------------------------------------------------------------------------

Terima kasih abah kerana mengajarkan aku ilmu,
Terima kasih abah kerana tak jemu membimbingku,
Terima kasih abah kerana memberikan aku kebahagiaan...
Dunia dan akhirat.

Tuesday, January 5, 2010