Friday, January 27, 2012

Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Tahun 2012


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Darul Quran Jakim akan menganjurkan Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Pelajar Program Diploma Tahun 2012/1433 seperti butiran berikut :
  • Tarikh        : 11 Februari 2012 bersamaan 18 Rabiul Awal 1433
  • Tempat      : Dewan Muktamar, Darul Quran Jakim
  • Masa         : 9.30 pagi - 12.15 tengahari
Majlis ini akan dirasmikan oleh Y.Bhg Dato' Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Para pensyarah, Ibu Bapa pelajar adalah dengan segala hormatnya dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

Serang Azizan Tindakan Tidak Bijak

Saya tidak mengikuti isu membabitkan MB Kedah Azizan Razak yang dikatakan menyokong Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang sudah kesekian lama diperjuang untuk dihapuskan. Saya tidak tahu apakah 'konsekuens' isu itu di sebaliknya. Sebesar manakah atau sejauh manakah Azizan telah menyokong akta yang kini dibenci kerana dikatakan telah menyekang mahasiswa itu.

Khabarnya sampai ada protes besar-besaran dalam media massa, menerusi blog, muka buku dan sebagainya.

Ada sebab kenapa saya tidak mengikuti atau mempedulikan isu berkenaan. Kerana isu itu berlegar dalam lingkungan sesama sendiri, maka tidak wajar saya kira ia diperbesarkan. Isu itu seharusnya diselesaikan secara baik dengan diam tanpa gemercingan ke luar.

Dalam saat pilihan raya menjelma sepatutnya semua pihak mengelakkan dari bertembung sesama sendiri dan bersikap mendiamkan apa-apa yang masing-masing tidak berkenaan di antara satu sama lain. Jangan membuka banyak lubang intip untuk mengintip musuh nanti musuh akan mencuri peluang menerobos melalui lubang itu. Pembangkitan isu berkenaan boleh diibaratkan sebagai membuka lubang untuk musuh.

Mulut sesama sendiri perlu diam saat hendak melakukan serangan ke atas musuh. Kalau saat hendak ambush musuh tetapi sesama sendiri masih bercakap dan bercakaran bukan saja musuh terlepas tetapi diri sendiri akan menjadi mangsa kelak.

Thursday, January 26, 2012

Sombong Bukan Akhlak Ahli Pas

Sombong, bongkak, angkuh, atau takbur mempunyai satu pengertian yang sama iaitu tergolong dari sifat mazmumah (sifat-sifat tercela atau keji). Sifat ini, walaupun sedikit, menjadi kebencian dan kemurkaan Allah. Dan boleh menghalang kita mendapat Syurga. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba-Ku, mereka akan masuk neraka jahanam sebagai makhluk yang hina-dina.” – (Al-Mukmin: 60).