Thursday, April 12, 2012

Pra Tsunami : Ancaman dan Peringatan Dari Allah

Semalam dunia dikejutkan dengan tragedi bencana alam yang melanda Indonesia. Malaysia tidak terkecuali dari tempias yang melanda negara jiran tersebut. Bagi yang beriman, tragedi 11 April 2012 jam 4.50 petang itu tidak lain adalah ancaman dan peringatan Allah SWT kepada hambaNya yang sering leka. Yang sering kali mencabar Kekuasaan Allah. Nah! Ini baru sedikit. Semua pihak berwajib telah mengeluarkan amaran Tsunami bakal melanda. Penduduk di Kuala Muda dan persisir pantai di minta menjauhkan diri dari kawasan pantai dan laut.

Andai sekiranya kehendak Allah berlakunya Tsunami, maka ia akan berlaku..semuanya akan binasa!

`Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah.`
[ Surah Al-Qasas : 88 ]

 

Ya Allah Wahai Tuhan kami, sungguh kami tidak  berdaya menahan azabMu atas segala kelemahan kami, ampunilah kami wahai Tuhan yang Maha Pengampun. Kasihanilah kami.