Wednesday, June 5, 2013

Surah Al-Ikhlas : Pahalanya bersamaan membaca satu pertiga al-Quran

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Surah Al-Ikhlas mengandungi 4 ayat. Merupakan surah Makkiyah (merujuk kepada tempoh sebelum penghijrahan Nabi s.a.w). Dinamakan juga sebagai Surah At-Tafrid, Al-Tajrid, Al-Tauhid, Al-Najah dan juga Al-Asas kerana merangkumi asas-asas dan prinsip Tauhid kepada Allah.

Antara kelebihan membacanya adalah merujuk kepada sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Tirmizi dan Nasa'i daripada Abu Ayub Al-Ansari daripada Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud :

"Adakah di kalangan kamu ini orang tidak mampu membaca SATU PERTIGA al-Quran pada satu malam? Sesungguhnya sesiapa yang membaca SURAH Al-IKHLAS pada satu malam, maka dia telah membaca pada malam tersebut SATU PERTIGA al-Quran"

Sebab turun Surah Al-Ikhlas, adalah kerana orang-orang musyrikin telah berkata kepada Rasulullah s.a.w : "Wahai Muhammad! Sifatkan kepada kami Tuhan anda!" Maka Allah menurunkan surah Al-Ikhlas.

Secara umumnya Surah ini mengandungi dua perkara iaitu penafian dan pengisbatan sekaligus.

Penafian kepada dakwaan golongan musyrikin dan akidah batil bahawa Isa itu anak Allah, dakwaan golongan Thanawiyyah yang mengiktiraf kewujudan dua tuhan alam iaitu tuhan cahaya dan tuhan kegelapan dan lain-lain dakwaan yang mengatakan Allah itu bersifat sama seperti makhluk ciptaanNya.

Adapun isbat adalah penegasan terhadap akidah Islam yang tertegak di atas asas tauhid, tanzih dan penyucian.

Surah ini juga menjelaskan hak-hak Allah yang bersifat Esa, Tunggal, tidak beranak dan diperanakkan. Sifat ini juga ditegaskan dalam Firman Allah yang bermaksud :

"Pencipta Langit dan Bumi, bagaimana mungkin Dia memiliki anak sedangkan tiada bagiNya teman, Dan Dia Pencipta segala sesuatu" ~ Surah Al-An'am ayat 101.

Pernah suatu hari Nabi s.a.w terlihat sekumpulan lelaki berkumpul di suatu tempat. Lalu baginda bertanya : "Apakah yang sedang kamu lakukan? jawab mereka : "Kami sedang berbincang tentang keadaan Allah" baginda bersabda lagi "Berfikirlah tentang makhluk ciptaan Allah, dan janganlah kamu memikirkan zat Allah, kamu akan binasa".

Dengan melihat dan memikirkan ciptaan Allah seperti Langit, Awan, Gunung, Laut dan lain-lain akan menzahirkan kehebatan penciptanya iaitu Allah.

Wallahu Ta'ala 'Alam.

Tuesday, March 5, 2013

Kenyataan Media Pimpinan Pakatan Rakyat

DATO’ SERI NAJIB RAZAK SEWAJARNYA MENUMPUKAN USAHA MEMASTIKAN KEDAULATAN WILAYAH NEGARA, KESELAMATAN RAKYAT SABAH DAN ANGGOTA PASUKAN KESELAMATAN

Setiap pimpinan mana-mana negara sekalipun bertanggungjawab mempertahan kedaulatan wilayah negara, keselamatan rakyat dan anggota pasukan keselamatan.

Kegagalan mempertahankan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat merupakan satu pengkhianatan serta menodai amanah rakyat. Justeru Pakatan Rakyat berhasrat mengingatkan pimpinan negara agar tegas mempertahankan kedaulatan wilayah negara dan tidak alpa memastikan keselamatan setiap rakyat Malaysia, terutamanya di Sabah ekoran dari insiden pencerobohan sekumpulan bersenjata warga asing di sekitar Lahad Datu serta Semporna. Setiap inci tanah Sabah dan keselamatan rakyatnya wajib dipertahankan.

Pencerobohan di Lahad Datu telah mengorbankan dua nyawa perwira negara manakala insiden terbaru di Semporna pula mengorbankan enam nyawa perwira negara. Kita merakamkan ucapan takziah buat keluarga mereka dan rakyat Sabah serta berdoa moga roh mereka dicucuri rahmat.

Tanpa Tarbiyah Pasti Rebah

Ucapan Presiden dlm Ijtimak Tarbawi Pilihanraya Selangor
3 Mac 2013, Dewan Jubli Perak, SUK.


Antara yang sempat dicatat. Mohon pembetulan jika ada kesilapan. 

1. Pilihan Allah
وعد الله الذين امنوا منكم وعملوا الصالحات....سورة النور
Sebahagian drp org Islam dipilih oleh Allah utk melakukan amalan soleh dalam ayat di atas. Amal soleh yang dimaksudkan ialah jihad. Kalimah jihad sangat luas. Tidak boleh diterjemah kepada bahasa lain secara tepat. Pilihanraya adalah satu jenis jihad yang diceburi oleh PAS. 

2. Islam adalah agama rahmat. Apabila berusaha dan menang maka kemenangan itu perlu diisi dengan rahmat. Bukan kebencian atau balas dendam.
Rujukan: Hadis peristiwa Khaibar yg terkenal. Nabi serahkan bendera kpd Ali. اقاتلهم ليكونوا مثلنا؟
Pesan Rasulullah saw kpd Ali antaranya: Jangan gopoh membunuh bila kamu tiba di medan mereka. Jalankan peranan dakwah. 

3. Jihad di negeri yang kita menang lebih payah. Lebih sukar mempertahankan kemenangan. Jihad dlm negeri demokrasi ialah jihad ilmu. Mengajak manusia kpd Islam dengan hujah dan fakta. Dua cabaran dihadapi, mengajak Muslimin yg tidak faham dan menjelaskan Islam kepada kelompok bukan Islam

Wednesday, February 20, 2013

Kembali Kepada Allah


Hasbunallah Wani'mal wakil
Ni'mal Maula Wa Ni'man Nashir

Bila hati gelisah
Tak tenang, tak tentram
Bila hatimu goyah
Gelisah, merana

Jauhkah hati ini dari Tuhan, dari Allah?
Hilangkah dalam hati dzikirku, imanku?

Hanya dengan Allah
Hatimu akan menjadi tenang
Dengan mengingat Allah
Hilangkah semua kegelisahan
Cukuplah hanya Allah
Hati bergantung, berserah diri
 
Album : Istighfar
Munsyid : Opick

Thursday, January 3, 2013

Kafirkan orang yang sememangnya Kafir...


Berdentum dentam mereka mengatakan golongan itu kafir yang sememangnya mereka bukanlah seorang Muslim. Gemuruh langit mendengar teriakan mereka, bahawa golongan itu tidak mahukan Islam...Mereka itu Kafir Harbi!

Akan Tetapi mereka sendiri yang mengaku Islam, mengaku Ummat Nabi Muhammad, merekalah yang beria-ria menentang perlaksanaan Hudud, merekalah yang tidak mahu menutup aurat, merekalah yang meluluskan lesen judi, lesen arak, mereka jugalah yang menganjurkan konsert2 hiburan... Sedang kuasa dan amanah di tangan mereka...

Renungilah sabdaan Nabi SAW tentang peristiwa akhir zaman yang sedang melanda kita.. mohon kita ditetapkan iman di jalan Allah...

Anas ibn Malik berkata, "Nabi s.a.w. bersabda: "Zaman Dajjal adalah zaman kekeliruan. Manusia akan percaya pendusta dan tidak percaya orang yang berkata benar. Manusia tidak percaya orang yang amanah dan mempercayai orang yang khianat. Dan Ruwaibidhah akan diberi perhatian." Sahabat bertanya "Siapakah Ruwaibidhah itu?" Sabda Baginda, "Orang-orang yang menentang Allah yang diberi penghargaan untuk berucap kepada masyarakat.";- [Musnad Ahmad, 3/220].





Meyakini Masa Depan Adalah Milik Islam


Kerana apa saya amat meyakini bahawa masa depan adalah milik Islam? Kerana : -

1) Allah SWT lah yang menciptakan seluruh makhluk di atas muka bumi ini. Langit, Udara, Darat, Lautan, Tumbuhan, Haiwan, dan Manusia. Justeru Allah lebih mengetahui perjalanan seluruh makhluk2 Nya. Firman Allah Swt bermaksud :

"Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Dia Maha Halus urusan Pentadbiran-Nya, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya!"

(Surah Al-Mulk, Ayat: 14)

2) Manhaj Islam yang bersifat Rabbani (elemen Qudus dan penyucian), Universal (Global), Anjal (fleksibel), Syumul dan Menyeluruh ini mampu menguruskan sistem hidup manusia berbanding sistem Kapitalis, Nasionalis, Komunis dan lain-lain.

3) Kegagalan sistem2 ciptaan manusia yang akhirnya berlaku peperangan, pembunuhan dan penindasan sesama sendiri.

4) Manual Book (al-Quran) yang diberikan oleh Allah adalah yang terbaik, berbanding rekaan akal manusia. Oleh kerana itu mengikut acuan yang terbaik adalah dari Allah SWT.

FirmanNya lagi yang bermaksud : "(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam) dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat."

(Surah Al-Baqarah, Ayat: 138).

Justeru itu, meyakini masa depan Islam dan bersama dengan Islam adalah tanggungjawab dan kewajipan seorang yang mengaku Muslim.

Apa maknanya mengaku Islam, tetapi masih bergantung harap dengan acuan manusia...? Renung-renungkan bersama yer...