Friday, February 8, 2008

Assalamualaikum

Assalamualaikum wbt...

Rasanya sudah terlalu lama tidak melembutkan jari jemari ini untuk menitip sepatah dua kata di laman ini. Tiada idea. Tiada modal. Aku - Sudah hampir dua bulan kembali ke Mesir. Apa khabar orang di Malaysia? Apa khabar ayah bonda? Apa khabar sanak saudara? Apa cerita sahabat semua? Sihatkah jasmani kita? Sihatkah iman kita?

2008 M - 1429 H; aku telah bertambah tua. Aku bukan anak-anak lagi. Zaman untuk bersuka-ria sudah sampai ke penghujungnya. Aku bukan lagi abang senior tingkatan lima. Aku sekarang seorang hamba yang telah dilatih untuk menegakkan Kalimah Tuhan dibumi pinjamanNya. Selagi mana aku diberi kesempatan menghirup saki baki nafas segarNya - Bermakna saat dan detik kematianku sudah tidak begitu lama. Akan hadir pada bila-bila masa. Perjanjian telah dimeteri. Cuma pelaksanaanya aku tidak tahu bila. Kerana telah termaktub padanya hanya DIA yang mengetahui detik dan waktunya.

Pendek cerita...doakan ana dikurniakan Iman yang hakiki...Iman yang sejati. Menjadi pejuang di jalan Ilahi. Ameen Ya Rabbal Alameen.

Kalau aku tak mampu jadi sepertinya...cukuplah aku berada di jalan sepertinya : (",)




Salam ukhuwah,
Mohd Bakri Hashim
5:32 pm, egypt.

Syahidnya anak pemimpin tertinggi Hamas


Dr Syed Azman Syed Ahmad

Thu Jan 31, 08 7:56:58 pm MYT



Ketika kesibukan menghadapi pilihan raya umum ke-12, kami dikejutkan dengan berita syahidnya Houssam Al-Zahar putera kedua Dr Mahmoud Al-Zahar, pimpinan tertinggi Hamas di tangan tentera Zionis Israel. Houssam, 22, adalah komandan tentera Briged al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas di Tebing Gaza.



Takziah buat Dr Zahar! Sedih dan pilu apabila kami mendapat pesanan SMS daripada teman-teman di Gaza memaklumkan syahidnya Hossam Al-Zahar. Semoga diberikan kekuatan kepada beliau serta keluarga di dalam menghadapi cabaran besar ini.


Dr Zahar berjaya menghantar anak kedua ke kedudukan mulia selepas anak sulungnya Muaz Al-Zahar syahid di tangan rejim Zionis Israel beberapa tahun lalu. Semoga titisan darah syuhada di bumi suci Palestin akan menjadi kekuatan untuk menyatukan penduduk Palestin menentang kekejaman Zionis Israel.


Siri serangan serta pembunuhan beramai-ramai di Gaza tidak lama selepas Presiden Amerika Syarikat, George W Bush menamatkan lawatannya ke Israel serta negara-negara Teluk - Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Bahrain serta UAE. Amat jelas, keganasan rejim Zionis di Gaza adalah 'terjemahan praktikal' disepakati Washington-Tel Aviv.
Namun perkembangan di bumi Gaza amat membimbangkan. Tentera Zionis Israel dengan sokongan Amerika terus mengepung bumi dengan 1.4 juta penduduk itu tanpa perikemanusiaan. Mereka telah memutuskan bekalan elektrik dan air serta menyekat sebarang bentuk bantuan makanan dan perubatan daripada sampai kepada penduduk di Gaza.


Rintihan serta tangisan penduduk Gaza ini amat memilukan bagi kita semua. Pencerobohan tentera Zionis ke atas bumi suci ini yang menggunakan segala kelengkapan kereta kebal, helikopter Apache buatan Amerika serta jet-jet pejuang telah melanggar batasan undang-undang antarabangsa, melanggar hak asasi kemanusiaan serta merupakan satu jenayah perang yang besar.


Apa yang lebih menyedihkan lagi sebahagian besar daripada masyarakat kita yang tidak peka untuk berbicara tentang masalah di bumi Palestin. Tambahan pula boleh dikatakan semua badan-badan antarabangsa seperti Kesatuan Eropah (EU), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) membisu seribu bahasa terhadap jenayah perang tentera Zionis ini.


Dr Mahmoud yang juga mantan Menteri Luar kerajaan Hamas pernah mengadakan lawatan ke Malaysia awal tahun lalu. Walaupun lawatan beliau amat singkat, ia amat bermakna kepada kami semua pimpinan PAS yang sempat bertemu serta bertukar fikiran dengan beliau semasa singgah di Kuala Lumpur. Berikut adalah antara intipati perbualan serta pesanan beliau untuk renungan kita bersama.


“Saudara-saudara dari Malaysia, saya tahu terdapat masalah dalam pengumpulan dana bagi membantu kami di Palestin. Saya ingin nyatakan bahawa, terus kumpulkan dana untuk membantu kami. Kita mempunyai banyak sumber dan bank, kecuali yang diboikot. Kita tetap dapat menyampaikan bantuan itu kepada rakyat Palestin melalui bank, secara langsung atau cara yang lain.


“Saya amat berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah membantu kami dan bantuan telah sampai kepada kami. Ini adalah sebahagian daripada tuntutan dan kewajipan kita bersama bagi membantu saudara-saudara kita terutamanya yang sedang terkepung di Gaza sekarang ini.


“Saya ingin memyampaikan tiga pesanan buat rakyat Malaysia. Pertama, hendaknya mereka terus mendukung perjuangan rakyat Palestin dan sentiasa mendoakan mereka walaupun jauh dari segi geografi. Hendaknya mereka terus menyakini bahawa kami tidak akan berundur walaupun setapak daripada memperjuangkan hak kami di Palestin khususnya kami sebagai pemerintah yang baru dipilih oleh rakyat Palesin secara demokrasi dan bersih.


“Kami tidak akan berundur daripada memperjuangkan hak kami untuk kembali. Kami tidak akan berundur dalam mempertahankan tanah kami yang telah di rampas dan hak semua tahanan termasuk wanita dan kanak-kanak untuk dibebaskan daripada penjara Zionis Israel. Ini adalah janji kami. Kerana itu teruskan dukungan, demonstrasi dan bantuan dana mahupun moral kepada kami di Palestin.


“Kedua, hendaknya berusaha keras menyampaikan berita dan maklumat kepada masyarakat umum terhadap masalah konflik Zionis Israel–Palestin. Ini boleh disampai melalui surat, media massa, perhimpunan dan pernyataan pendapat. Ingatlah bahawa isu ini bukan konflik antara Israel–Palestin semata-mata. Tetapi ini adalah konflik perancangan Barat yang didukung oleh Amerika Syarikat dan Zionis bagi menentang Islam dan gerakan Islam yang sedang bangkit.


“Atas dasar inilah kami amat mengharapkan seluruh rakyat Malaysia, parti-parti politik, NGO dan media massa berusaha menyampaikan maklumat yang sebenarnya apa yang sedang berlaku di bumi Gaza Palestin. Ini adalah jenayah perang tentera Zionis Israel dengan dukungan Amerika dan sekutunya.


“Ketiga, hendaknya seluruh rakyat Malaysia dan setiap mereka yang ikhlas memahami bahawa ‘kesatuan nasional’ adalah matlamat kami. Secara mutlak, kami tidak akan sekali-kali terjebak dalam perang saudara dan tidak akan mengangkat senjata menghadapi saudara sesama kami.


“Adapun orang-orang yang melakukan kekacauan dengan menggunakan senjata, itu adalah unsur-unsur yang jahat dan mereka menjadi agen yang ditugaskan untuk menimbulkan masalah dan konflik di antara rakyat Palestin. Mereka ingin menunjukkan bahawa gerakan Hamas berlumuran dengan darah bangsa Palestin sendiri. Kami berjanji sesungguhnya kami daripada Hamas tidak akan terjebak dalam hal ini dan tetap berpegang pada kesatuan nasional. Musuh kami adalah Zionis Israel yang akan kami perangi hingga titisan darah yang terakhir.


“Dan kami ingin menyampai berita bahawa seluruh rakyat Palestin kini sedang berada di belakang Hamas. Walaupun kamu sedang dikepung oleh tentera Zionis Israel di segenap sudut dan menghadapi ujian yang amat getir, kami amat yakin dengan janji-janji Allah SWT terhadap mereka yang berjuang serta membela bumi suci Palestin dan Masjid Al-Aqsa. “Inilah pesanan yang di sampaikan kepada kita semua di Malaysia. Sama-sama kita mengambil renungan dan berdoa agar kejahatan Zionis Israel akan hancur jua dan saudara-saudara kita di bumi suci Palestin di lindungi oleh Allah SWT, insya-Allah.


* Penulis adalah Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa PAS.

Malaysia Negara Polis.


Apakah salah saya sebagai seorang rakyat dan warganegara Malaysia , menghantar memorundum kepada Speaker Dewan Rakyat ? , sehingga saya dan beberapa pimpinan yang lain seperti Dr. Hatta Ramli , Dr. Lo' Lo' , Ustazah Nuridah Salleh dan ramai lagi rakan - rakan seperjuangan yang lain ditangkap sebelum sempat kami menyerahkan memorundum tersebut .
Semalam kami dihadapkan ke mahkamah dan ditahan dalam lokap malah digari bagaikan seorang penjenayah .
Apakah ini sebagai tekanan psikologi ke atas saya untuk melemahkan semangat daya juang saya dan rakan - rakan ? Demi Allah , Jeriji besi lokap dan gari ini tidak akan melemahkan semangat para pejuang Islam Insyaallah.