Wednesday, April 23, 2008

KISAH BINATANG YANG BERNAMA HURAISY

Dikisahkan dalam sebuah kitab bahawa apabila tiba hari kiamat nanti maka akan keluar seekor binatang dari neraka Jahannam yang digelar Huraisy, yang mana panjangnya ialah jarak antara langit dan bumi dan lebarnya pula dari timur hingga ke barat.

Apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s berkata, "Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?"
Lalu berkata Huraisy : "Aku mencari lima jenis orang ."

1. Orang yang tidak mengerjakan solat.
2. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
3. Orang yang mendurhakai kedua orang tuanya.
4. Orang yang suka minum arak.
5. Orang yang sangat suka bercakap-cakap dalam masjid hal dunia.

# Nilai-nilai diri kita, apakah kita termasuk dalam 5 golongan di atas? Na'uzubillahi min zalik.

Thursday, April 10, 2008

Siapa Kata Kelantan Mundur?

Siapa kata Kelantan di bawah kepimpinan ulama' mundur? Kemajuan bukanlah semata-mata diukur dari sudut pembangunan material, tetapi apa yang lebih penting adalah pembangunan rohani yang akan membawa hala tuju kemajuan sesebuah negara.