Wednesday, October 22, 2008

Muhasabah

Muhasabah - Setiap manusia perlu dimuhasabah. Perlukan kritikan membina. Tak kiralah siapa dia. Pemimpin, rakyat, ibu bapa, anak-anak, guru atau murid. Pendek kata. Semua dari kita wajib dimuhasabah dan bermuhasabah - guna memperelok hari-hari mendatang.

Nak ceritanya. Semenjak dua menjak kebelakangan ini, saya sering dimuhasabah. Samada dari sudut gerak kerja berpesatuan atau pyang lainnya. Hari ini saya terima lima belas (15) muhasabah untuk satu taklifan dalam gerak kerja. Perghhh...15! Agak seronok. Saya tersenyum. Sekurang-kurangnya saya sedar di mana silap dan kurangnya saya. Sedar diri sebagai hamba, tentu pasti tak sunyi dari sifat kekurangan.

Bila tersentak seketika dengan kritikan dan muhasabah ( thanks my friends) hari ini, teringat sebuah cerekarama yang pernah saya tonton - Malang Hari Kerana Hati. Drama yang mengisahkan seorang suami yang terleka. Hubungan dengan Allah kurang. Segala tindak tanduknya lalai - sebuah drama yang boleh diambil kebaikan dariinya. Semoga saya nanti menjadi suami yang soleh!

Akhirnya, marilah kita sama-sama bermuhasabah. Nilai semula tahap ibadah kita di Syawal ini dengan sebelumnya - Ramadhan. Atau nilai semula taqarrub kita semasa fatrah imtihan yang lalu dengan nilai atau tingkat iman kita pada hari, saat dan ketika ini.

Terima Kasih Allah kerana Kau tidak biar aku pergi jauh dariMU.

Jom hayati nasyid yang menitiskan air mata. Nyanyian Raihan. (Esok show Nazrey di Mesir - sempena konvokesyen x16 PMRAM)

Kita HAMBA ( Hayati dan renungilah)

Kita adalah insan yang dihidupkan buat sementara
Kita adalah insan yang hakikatnya adalah hamba
Tapi mengapa sering kita tangguhkan perintah waktu untuk menyembahNya
Tapi mengapa kita selalu lengah dengan kewajiban sebagai hamba
Kita adalah insan yang dihidupkan buat sementara
Kita adalah insan yang hakikatnya adalah hamba
Tapi mengapa kita selalu lengah dengan kewajiban sebagai hamba
Sedang Tuhan tak pernah lupa
Untuk mencurahkan segala nikmatNya
Bahkan Tuhan Maha Pengampun
Di atas segala dosa yang dilakukan
Bagi mereka yang insyaf dan mau bertaubat
Bagi mereka yang insyaf dan mau bertaubat


Friday, October 17, 2008

Asas Dakwah Menurut Acuan Wahyu

Tugas dakwah merupakan satu amanah besar yang diwariskan oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada seluruh umat yang mengucap dua kalimah syahadah. Suatu pengakuan ikhlas seorang hamba mengabdi diri kepada Tuhannya. Dengan pengakuan ini juga, secara langsungnya seseorang itu ditaklifkan dengan tugasan dakwah.

Tugas menyampaikan dakwah merupakan suatu tuntutan syar’ie yang tertanggung tidak kira samada terhadap golongan tua atau muda, lelaki atau wanita, pemerintah atau yang diperintah. Sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam surah At-Taubah :

Maksudnya : "Dan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi Penolong bagi setengahnya Yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

Uslub Dakwah Di Dalam Al-Quran

Firman Allah s.w.t di dalam surah An-Nahl ayat 125 :


Maksudnya : "Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk".

Secara umumnya ayat di atas menjelaskan kepada kita bahawa terdapat tiga asas utama dalam menyampaikan da
kwah, iaitu :

1 - Hikmah Kebijaksanaan

2 – Pengajaran yang baik

3 – Berbahas dengan cara terbaik


Dakwah dengan hikmah kebijaksanaan

Firman Allah s.w.t yang berbunyi:

Maksudnya : "Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: "Apakah hakikatnya patung-patung ini Yang kamu bersungguh-sungguh memujanya. Mereka menjawab: "Kami dapati datuk nenek Kami selalu menyembahnya. Ia berkata: "Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu adalah Dalam kesesatan Yang nyata".

Perbuatan nabi Ibrahim a.s bertanya kepada bapanya yang dikisahkan dalam ayat di atas mengajar kepada pendakwah bahawa walaupun kita tahu akan kebatilan sesuatu perbuatan dan menyakini ke
benaran ajaran kita tetapi kita hendaklah memberi peluang kepada sasaran dakwah kita untuk menjelaskan perbuatan dan kepercayaannya. Inilah contoh yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim a.s mengenai dakwah dengan hikmah.

Firman Allah s.w.t lagi dalam ayat 269 Surah Al-Baqarah:


Maksudnya : "Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu Yang berguna) kepada sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut aturan Yang ditentukanNya). dan sesiapa Yang diberikan hikmat itu maka Sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan Yang banyak. dan tiadalah Yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang Yang menggunakan akal fikirannya."

Pandangan Ulama Mengenai Ayat 125 Surah An-Nahl

1 - Syeikh Muhammad Abdul telah menyimpulkan dari ayat 125 dari surah An-Nahl di atas dengan menyatakan bahawa, umat yang dihadapi oleh para da’ie dapat dibahagi kepada tiga golongan yang masing-masingnya harus dihadapi dengan cara yang berbeza-beza pula:

a) Golongan cendikiawan – golongan ini merupakan golongan cerdik pandai yang cintakan kebenaran serta mampu berfikir secara kritis, cepat dan mampu memahami erti sebenar pokok persoalan. Justeru mereka ini perlu dipanggil dengan hujah, dalil-dalil yang setaraf dengan tahap pemikiran mereka.

b) Golongan awam – golongan ini pula lahir dari orang kebanyakan yang belum mampu berfikir secara kritis dan mendalam. Mereka ini harus disemai dengan ‘mau’izah hasanah’ melalui anjuran dan didikan yang baik-baik, mudah di fahami dan santai.

c) Golongan antara keduanya - Golongan yang tingkat kecerdasannya terletak di antara dua golongan di atas, belum dapat dicapai dengan hikmah, akan tetapi tidak sesuai pula bila dilayani seperti golongan awam, mereka suka membahas sesuatu, tetapi dalam keadaan tertentu tidak sanggup mendalami benar-benar sesuatu perkara. Mereka ini dipanggil dengan “mujadalah billati hiya ahsan” iaitu dengan bertukar fikiran, guna mendorong supaya berfikir secara sihat.

2 - Imam Ibnu Jarir Attabari pula menyebut bahawa apa yang dimaksudkan dengan perintah Allah s.w.t supaya Nabi Muhammad s.a.w berdakwah dengan al-Hikmah ialah dengan apa yang diturunkan kepadanya daripada wahyu Al-Quran dan Sunnah.

3 - Manakala Imam Qurthubi dalam tafsirnya menyatakan apa yang dimaksudkan dengan hikmah ialah dakwah yang disampaikan dengan lembut, kebijaksanaan tanpa perlu mengangkat pedang melainkan berlaku halangan dan penentangan terhadap agama Islam oleh golongan kafir daripada terus berkembang.


Penutup

Di akhir ayat ini Allah s.w.t menegaskan bahawa Dia Maha mengetahui sesiapa sahaja yang tersasar jauh dari ajaran agama bahkan Allah s.w.t juga mengetahui kalangan hamba-hambaNya yang diberi petunjuk. Justeru Allah s.w.t memerintahkan kepada kita agar istiqamah dengan tugas dakwah. Hasil dan natijah daripada dakwah itu adalah atas keizinanNya.
Sebagaimana firmanNya yang bermaksud :

"Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa Yang Engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah Yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)”. (Al=-Qasas 56)


Sebagai kesimpulannya dakwah boleh dilakukan dengan kaedah – kaedah yang banyak terkandung di dalam Al-Quran selain mengambil contoh berguna dari sirah para Nabi dan Rasul. Memahami peranan dakwah yang dimainkan oleh Nabi Muhammad s.a.w serta para sahabat seharusnya memberi kesedaran yang tinggi terhadap golongan Azhari. Kesempatan masa sepanjang keberadaan di bumi Al-Azhar seharusnya digunakan sebaiknya. Seterusnya tenaga juga buah fikiran dari Azhari harus digembleng guna menyebarluas ajaran agama yang suci ini.

Rujukan

Al-Quran Al-Kareem dan terjemahan
Tafsir Qurtubi – Jilid 5
Tafsir Munir – Jilid 7,
Persediaan Para Da’ie
Fiqh Ad-Dakwah Di dalam Al-Quran

Nota : Artikel ini telah diterbitkan dalam Majalah Suara Kampus Edisi Selangor (SUKSES) keluaran pertama Oktober 2008. Dapatkan dipasaran.

Hari Raya Untuk Semua

Allah Allahhu akbar
Hari raya hari untuk semua hari yang bahagia
Di hari raya mari kita semua bersyukur pada Yang Esa

Bermaaf - maafan di hari mulia
Kunjung - mengunjung sanak saudara
Sebulan puasa di bulan Ramadhan
Kini tiba masanya berhari raya

Hari raya hari untuk semua hari yang bahagia
Di hari raya mari kita semua bersyukur pada Yang Esa

Allah Allahhu akbar

Bersalam salaman dihari lebaran
Sahabat dan taulan kita raikan
Sebulan puasa di bulan Ramadhan
Kini Syawal tiba berhari raya

Hari raya hari untuk semua hari yang bahagia
Di hari raya mari kita semua bersyukur pada Yang Esa
Dihari raya (Allah)
Bersyukurlah (Allahhu akbar)

Dihari raya (Allah)
Bersyukurlah (Allahhu akbar)