Wednesday, December 3, 2008

Ratusan banjiri Markas PAS PJ Selatan

Khusyuk mendengar...

Gerai jualan  cd-cd dan pakaian muslim

Penyokong veteran PAS...turut memasarkan produk parti (Harakah, Jus, Kurma dan lain-lain..)

Selasa, 2 Disember 2008 - Sejarah berulang kembali. Mungkin itulah ungkapan yang sesuai dilafazkan apabila ratusan masyarakat Dun Taman Medan membanjiri laman Markaz PAS kawasan PJ Selatan semalam.

Markaz PAS yang terletak berhampiran tapak pasar malam itu, kembali mengimbau sejarah 5 tahun dahulu. Jika di zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN), permit untuk menganjurkan ceramah perdana amat sukar diperolehi. Berbanding hari ini bilamana negeri Selangor diperintah oleh Pakatan Rakyat yang terdiri daripada parti komponen PAS, PKR dan DAP.

Ceramah Perdana anjuran Pemuda PAS Kawasan PJ Selatan semalam mendapat sambutan memberangsangkan dengan kehadiran ratusan masyarakat tempatan termasuk kaum india dan china.

Program yang bermula pada jam 9.15 malam itu telah menampilkan Al-Fadhil Ustaz Haji Abdul Ghani Abdul Rahman, Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka sebagai panel yang pertama. Dalam ceramah tersebut, beliau telah menyatakan bahawa sejak 50 tahun pemerintahan BN, UMNO telah menanamkan aqidah kepada rakyat bahawa wajib meletakkan kepercayaan 200% kepada BN.

"UMNO - BN sejak 50 pemerintahannya, telah menanamkan kepercayaan sekiranya tiada BN, jalan raya tak berturap. Kalau BN tiada, kita nak makan apa. Kalau BN tiada, anak- anak tak boleh ke sekolah...itulah UMNO" katanya pada sidang ceramah semalam.

Panel kedua pula ialah Tuan Haji Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS Pusat. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Abang Mat telah memukau hadirin dengan pidato beliau yang sememangnya diiktiraf masyarakat pelbagai.

Antara isu utama yang dibawa oleh Abang Mat ialah berkenaan Akta Kezaliman ISA. Beliau yang juga merupakan Pengerusi Penggerak Demokrasi & Mobilisasi menyeru semua lapisan masyarakat agar berganding bahu, bersatu hati membantah Akta Kezaliman ISA.

Sejurus laungan TAKBIR dilaungkan bagi mengakhiri program semalam, hujan renyai-renyai turun membasahi tapak program. Mungkinkah itu hujan rahmat dariNya...? Alhamdulillah.

Turut hadir semalam ialah YB Haliza Talha, Adun Taman Medan yang turut memberikan ucapan sepatah dua kata sebagai aluan.

Di atas adalah sedikit foto album yang sempat dirakam semalam - ICT.

Wednesday, November 12, 2008

Transit 5Jam di Abu Dhabi...

Alhamdulillah...masih diberi kesempatan ber blog...bukan block! Actually ana dalam perjalanan musafir pulang ke tanah air tumpah darahku. Cuba-cuba online, dapat pula. Jadi sesaja je sebenarnya berblog.

Bergambar di tempat istirehat ~ tempat menunggu lah!

Sekarang ana berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi. Transit 5 jam sementara menunggu penerbangan seterusnya jam 2.40 pagi waktu Abu Dhabi. Pengalaman pulang kali ini agak mencabar. Barang terlebih ~ maklum lah pulang dan tidak tahu pula bila agaknya diri ini akan menjejakkan kaki ke Bumi Mesir. Teringat ketika awal keberadaan ana di Mesir. Abang-abang pesan banyakkan bersabar sepanjang berada di sini ( Mesir ). Terlalu banyak cabaran dan dugaan. Sehinggakan huruf ejaan Mesir dalam bahasa Arab diterjemahkan satu persatu seperti berikut :

Mim - Musibah
Sod - Sobar
Ro' - Redho

Begitulah hakikatnya, Musibah melanda bertalu-talu...mungkin penggunaan musibah kurang sesuai. Kita tukar kepada mehnah ~ ujian. Pelbagai ujian dilalui. Samada ujian muamalah dengan arab atau sebagainya. Nak tak nak, kena banyakkan bersabar. Dan seterusnya kesabaran diselitkan juga dengan redho atas ujian yang diberikan.

Buat adik-adikku, teruskan perjuangan antum. Ingat selalu tujuan asal keberadaan kita di sini. Di samping tidak melupakan tanggungjawab kita selaku hambaNya. Tanggungjawab kita terhadap sahabat-sahabat kita. Tanggungjawab kita terhadap diri sendiri. Kutiplah mutiara ilmu yang banyak terdapat di sini. Ana doakan kalian semua berjaya. Najah fi Kulli Halin Wa Waqtin...Ameen Ya Rabbal...

Buat sahabat-sahabat ku, Rahman, Ateng, Aziz, Topek, Azfar, Zaim, Hakim, Akmal, Hakimi, dan ramai lagi....doakan ana thabat dalam perjuangan! Ana juga medoakan kejayaan kalian semua. Teruskan Perjuangan.


Mohd Bakri Hashim
Abu Dhabi International Airport
1
2.40 malam.

Tuesday, November 11, 2008

Kenapa Korang Nak Sibuk-Sibuk Urusan Agama Kami?



Apasal pulak korang yang sibuk-sibuk urusan agama kami! Kenapa korang pulak terasa ditindas? Sedangkan fatwa yang dikeluarkan bukan untuk non-muslim! Fatwa tersebut hanya untuk wanita yang mengaku dirinya Islam. Korang senang-senang nak kondem ulama' kami. Kalau aku kata aku nak bunuh korang, korang marah. Kata mengugut dan sebagainya. Tapi korang tak fikir perasaan kami, orang Islam! Aku geram, sakit hati, bengang, nak penyepak, terajang jer korang nih!

Ini bukan masalah hak sama rata bodoh! Ini perkara hukum dalam Islam. Korang agama lain, ikutlah undang-undang agama korang. Yang sibuk-sibuk masuk campur hal 'rumah tangga' orang lain tu apa pasal? Menyirap betul darah aku nih. Argghhhhh....

Lakum Dinukum Waliyadeen - Bagi Kamu Agama Kamu, Bagi Kami Agama Kami~


*Sejak insiden kurang ajar nih? Kerajaan Barisan Nasional @ UMNO ada ambil tindakan tak? Memang Bapak Hadahri tak boleh harap!