Wednesday, December 10, 2008

Korban Di PJ Selatan Dalam Suasana Hujan

"Ustaz, esok bagi khutbah raya ya!" kata seorang yang boleh dipanggil abang kepada saya. Tergamam saya seketika. Almaklumlah, belum biasa! Kalau tazkirah tu acapkali jugak. Tapi kali ini khutbah.

"Macam mana ustaz?!"

"Boleh, insyaAllah..." jawab saya sepontan. Dan memang itulah niat yang saya simpan sejak sebelum pulang dulu. Terima saja permintaan. Jangan ditolak. Sekali tolak. Orang takkan mahu panggil lagi. Tapi pertama kali sahut, terserah kalau mahu undang lagi.

Samada penyampaian saya bersesuaian dengan 'selera' mereka atau tidak itu belakang kira. Yang pasti kewajipan saya adalah menyampaikan. Ialah, bukan semua orang ada kelebihan berceramah dan berpidato. Bahkan cara penyampaian itu berbeza-beza pula.

Ala kulli hal, alhamdulillah. Bantuan Allah membuatkan gementar itu hilang bersama kesejukan pagi Aidil Adha yang barakah dengan hujan turun mencurah-curah.

Usai solat sunat idul adha dan berkhutbah, terus ke markaz untuk menyempurnakan ibadah korban. Walaupun pagi itu hujan turun dengan lebat, namun orang ramai dan petugas tetap turun padang bagi menjayakan ibadah korban sebagaimana dituntut Allah swt.

Sebanyak lima ekor lembu berjaya dikorbankan dengan bantuan masyarakat setempat yang kemudian diagihkan kepada yang memerlukan selain sedikit daripadanya dibuat sup tukang bagi menjamu para petugas yang bertungkus lumus.

Lihat galeri sambutan korban peringkat PAS Kawasan PJ Selatan di sini

Tuesday, December 9, 2008

Memelihara Untuk Mengingati Yang Maha Perkasa

Antara cara-cara untuk mengingati Allah selain berzikir, membaca al-Quran, solat-solat sunat adalah dengan cara melihat kebesaran penciptaan makhluk Allah. Melihat gunung - ganang, langit yang terbentang luas, lautan dan lain-lain. Melihat keindahan ciptaan Allah swt dapat menambah keimanan dan kecintaan kepada Allah. Hati juga semestinya akan bertambah tenang ~ setenang air di kali.

Firman Allah swt yang bermaksud:

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi ulil albab, yaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Mahasuci Engkau, maka periharalah kami dari siksa neraka".

Dengan melihat keindahan ciptaanNya kita akan terfikir betapa HEBATnya Allah mencipta dunia dan isi ini dengan penuh warna warna ceria.

Antum minat memelihara ikan tak? Dulu-dulu masa kecil, suka bela ikan mas. Tapi sekarang dah kurang minat dengan ikan mas. Ikan hiasan yang sensitif. Mudah ter'golek' maut. Sekarang minat ikan-ikan sungai. Seperti kelah, tengas, lampam, sebarau, jelawat dan lain-lain. Aktif walaupun sensitif. Ialah, air kena jaga, oksigen sepanjang masa. Kalau silap sikit. 'Gol' lah kata orang. Apa pun, saya memelihara bukan saja-saja. Tetapi untuk melihat kebesaranNya.

Lihat galeri ikan peliharaan saya di sini.

Mara Menuju Cita

Mari mara menuju cita - cita menegakkan iman
Menjalinkan ukhuwah membangunkan ummah
Jihad jalannya, dakwah penyedarnya
Berkorban penegaknya, takwa bekalannya
Modal utama di dalam jihad

Mari susun barisan bergerak rentak yang sama
Bahu membahu menuju matlamatnya
Melangkahkan kaki menghayunkan tangan
Dengan semangat waja membelah rintangan
Dihadapan

Ayuh mari segera jangan pandang kiri kanan
Jangan berlengah lagi ~ buang angan-angan
Quran panduan sunnah ikutan
Kitakan tetap mendapat pimpinan

Bila jiwa lemah ingatlah Allah
Bayangkan nerakanya jiwakan subur semula
Menjadi tenaga perjuangan kita
Tetap akan mara inilah penyubur jiwa
Di dalam perjuangan

Janji Allah pasti akan tiba
Asalkan syaratnya dapat dipenuhi
Yakinlah jangan ragu-ragu lagi
Sabar menunggu kemenangan
Di hadapan mata

Mari mara menuju cita-cita menegakkan iman
Menjalinkan ukhuwah membangunkan ummah
Jihad jalannya dakwah penyedarnya
Berkorban penegaknya takwa bekalannya
Modal utama di dalam jihad

Ingatlah Allah (Laa Illaha Ilallah)
menjadi pelindung kita
Di dalam sebarang(Laa Illaha Ilallah)
mara dan bahaya

Allah membantu mengalah musuh kita
bertambah jiwa subur setiap masa