Friday, May 6, 2011
Di Sebalik Lapangmu - Saidina Al Krwh & Fatimah Az-Zahra'
Terjemahan Ayat 31-33 Surah As-Saba' - Di Hari Kiamat Manusia Saling Tuding Menuding Jari Di Atas Kemungkaran Yang Dilakukan
31. Dan orang-orang Yang kafir berkata: Kami tidak akan beriman sama sekali kepada Al-Quran ini dan tidak juga kepada Kitab-kitab ugama Yang terdahulu daripadanya". dan (sungguh ngeri) kalau Engkau melihat ketika orang-orang Yang zalim itu dibawa berdiri di hadapan Tuhan mereka (untuk dihisab), masing-masing tuduh menuduh antara satu Dengan Yang lain. orang-orang Yang tertindas berkata kepada orang-orang Yang sombong takbur (yang menjadi ketuanya): "Kalaulah tidak kerana kamu (menindas dan memperdayakan kami), tentulah Kami sudah menjadi orang Yang beriman".Thursday, May 5, 2011
SAYONARA UNIT KAUNSELING, SAYONARA HEP :(
Selasa dan Rabu saya bercuti dua hari kerana cuti dan urusan keluarga di Perak. Subuh Khamis macam biasa saya bertolak dari Seksyen 20 Shah Alam ke Kuala Kubu Bharu – naik BKM 9170 :) - untuk menyambung tugas ( masuk kerja laa…)
Kebetulan pagi Khamis ada bengkel di bawah seliaan Unit Kaunseling DQ. Masuk sekejap pejabat pentadbiran yang memang amat jarang saya jejakkan kaki…hehe. Semua mata memandang dengan senyum. Wah pelik nih… surprise…
Kak Midah tanya dah dapat surat belum? Ustaz Tahir ucap mabruk awal-awal lagi… CC Zainab senyum.. isyhh..ada apa nih? Ingat dapat surat pengesahan jawatan…rupa-rupanya…
ARAHAN PERTUKARAN JAWATAN PENOLONG PEGAWAI S27
Dari Unit Kaunseling ke Unit Komunikasi Koprat Darul Quran…berkuatkuasa 16 Mei 2011…huhuhu…mudahan saya mampu memikul jawatan baru nih dengan bantuan rakan sekerja…
Hampir dua tahun duduk di Unit Kaunseling, rasa seronok berpindah ada jugak. Rasa sedih pun ada jugak…tapi takpe, cari pengalaman baru… mesti ada perubahan suasana kerjanya. Walaupun hanya berpindah unit bukan jabatan...
Saya mohon maaf kiranya ada kesilapan dan kekurangan sepanjang berada di Unit Hal Ehwal Pelajar. Khususnya buat semua pelajar yang pernah berurusan dengan saya…
Wallahu ya'lamu wa antum la ta'lamun... pasti ada hikmah di sebalik segala sesuatu..
Belajar al-Quran
1Hari 1Ayat
Tidakkah mereka mengetahui Bahawa sesiapa Yang menentang (perintah-perintah) Allah dan RasulNya, maka Sesungguhnya adalah baginya neraka jahannam serta ia kekal di dalamnya? balasan Yang demikian adalah kehinaan Yang besar.