Wednesday, September 19, 2012

Manisnya Hikmah

Bismillah.

Ingin berkongsi catatan ringkas dari kuliah (9 minit) dari Dr. MAZA yang berkisar tentang Manisnya Hikmah di atas Ujian Allah SWT. Dari tajuk sudah terasa indah. :)

Saya cuma akan menaip kembali isi penting yang telah saya salin:

* Antara sebab ujian diturunkan adalah untuk meningkatkan darjat seseorang di sisi Allah. Sebagaimana yang kita tahu, ujian itu diberi Allah berdasarkan tahap keimanan. Dan tentunya ujian yang paling hebat adalah apa yang dialami oleh para nabi.

* Ingatkah kita bilakah saatnya kita mula memahami erti kehidupan beragama secara praktikalnya? Jawapannya: ketika ujian melanda, kerana ketika itulah:

1) kita mula belajar untuk menghafal doa-doa (utk menghilangkan kesedihan) yang diajarkan oleh Rasulullah Shollallahu Alaihi Wasallam.

2) kita mula belajar erti tawakkal kepada Allah satu-satunya.

3) Kita memahami erti khusyuk dalam ibadah.

4) Kita mula merasakan manisnya menitiskan air mata di tengah malam tatkala bermunajat kepada Allah lantaran terasa beratnya memikul dugaan.


* Kerana itu, kebiasaannya kita akan mula rasa kehilangan rasa khusyuk dalam ibadah apabila hidup dirasakan senang dan balaa' tidak lagi kelihatan.

Monday, June 25, 2012

PRU 13 : Apakah kamu tidak berakal?


Poster di atas cukup bagi orang2 yang berakal untuk memikirkan masa depan agama Islam, Bangsa dan Negara... cukuplah bagi mereka 50 tahun lebih menguruskan negara. Jom pakat kalih kepada PAS khususnya PR.

Monday, June 4, 2012

Alhamdulillah, Kerajaan yang Prinhatin

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengumumkan pemberian potongan 25 peratus cukai pintu kepada semua pemilik pangsapuri kos rendah di seluruh Selangor.

Potongan itu akan berkuatkuasa serta merta selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) mengesahkan pemberian diskaun berkenaan pada  Rabu ini, lapor Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar.

Bagaimanapun, potongan 25 peratus itu hanya layak kepada pemilik pangsapuri kos rendah yang mendiami rumah mereka manakala pemilik yang menyewakan kepada orang lain, tidak layak  menerima pemberian istimewa ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar)