Tuesday, February 26, 2008

Pilihanraya : SPR Malaysia, BertanggungJawab Di Dunia & Akhirat

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

Terkilan..tanpa dapat saya sembunyikan, rasa sakit hati. Mengapa dan sakit hati kepada siapa?
Sebagai rakyat Malaysia, rasa terkilan dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia amat tinggi berbanding biasa. Mengapa?

Banyak sebabnya dan saudara boleh membaca sendiri di web-web yang berkaitan. Namun kali ini saya merasa lebih lagi sakitnya dari biasa kerana salah satu bentuk 'kepelikan' itu telah berlaku kepada ahli keluarga saya.

Ia berlaku kepada isteri saya. Isteri saya sejak awal mendaftar, tempat mengundinya adalah Hulu Bernam, Ulu Selangor, iaitu dikampung kelahirannya. Bukan sekadar itu malah isteri saya juga telah pernah mengundi di Hulu Selangor pada tahun 1999, semasa pilihanraya yang ke 10.

Walaubagaimanapun, pada tahun 2004 kami sekeluarga gagal membuang undi kerana berada di luar negara. Namun sejak sebulan lepas, apabila membuat semakan daftar pemilih, entah bagaimana tempat mengundi isteri saya bertukar ke Demit, Kubang Kerian, Kelantan.

Keperitan Menghubungi SPR

Puas kami menghubungi nombor telefon SPR untuk mengadu hal dan mendapatkan penjelasan bagaimana pertukaran tempat mengundi boleh berlaku, tetapi talian SPR asyik sibuk dan tidak pernah diangkat (iaitu nombor 03-8885 6500) yang kami petik dalam web SPR berikut : http://www.spr. gov.my/index/ hubungi.htm hampir setiap hari dihubungi tetapi setiap hari jugalah tiada jawapan.

Disebabkan kesibukan saya dan isteri, kami mengambil keputusan untuk membuat surat rasmi dan menghantar faks ke (603)-8888 9117, juga nombor faks yang sama dari web di atas tadi. Dalam masa yang sama percubaan menelefon dibuat setiap hari, semuanya gagal.

Sehinggalah hari ini (24 Feb 08), muncul nombor baru di televisyen, iaitu 03-9274 62692, nombor ini muncul 3 saat sahaja, namun bila dihubungi, rupanya tersilap nombor.

Akhirnya, dapat juga kami hubungi nombor SPR yang ada manusia mengangkatnya iaitu 0326810280. Namun hasil aduan itu, kami menghadapi kepelikan, keajaiban jahat dan kekecewaan sahaja.

Kemuncak kepelikan

Pegawai wanita tersebut berkata; menurut rekod mereka, kononnya isteri saya ketika mula-mula mendaftar pada 10 Mac 1998 dahulu, alamat asal adalah di Kampung Demit, Kubang Kerian. Justeru itulah sahaja yang mereka tegaskan, Sedangkan ia tidak benar sama sekali dan isteri saya tiada sebarang urusan dengan negeri Kelantan, juga bukan orang Kelantan.

Namun yang lebih PELIK DAN AJAIB, pada tahun 1999 isteri saya telah pun membuang undinya di Hulu Selangor tanpa sebarang masalah. Bagaimana boleh diundur waktu dan didaftar di Kelantan pula.. kami tiada mesin ajaib masa Doraemon. So apa sebenarnya ini?!!!. Adakah ini penipuan dan penyelewengan yang sering digembar gemburkan oleh pembangkang ?? ! . Jika benar, hampir pastilah ia dilakukan oleh pihak yang tidak ada iman tentang alam barzakh dan neraka!!

Hasilnya, kemungkinan isteri saya tidak sempat mengundi tahun ini, kerana pelbagai kesukaran pengangkutan untuk ke Kelantan dan bayi kami pula yang masih berumur 2 bulan. Saya pula terpaksa membuang undi di Kedah pada hari tersebut. Banyak lagi sebab lain yang tidak memungkinkan saya untuk bertandang ke Kelantan dan Kedah dalam hari yang sama.

Saya masih berusaha mencari muslimah-muslimah Kelantan yang dipercayai untuk menumpangkannya ke Kelantan dan pulang ke KL pada hari yang sama, namun ia amat sukar...

Benar, kami juga ada salahnya kerana tidak membuat semakan lebih awal dan menukar dengan pantas (sebelum 60 hari dari pilihanraya) apabila terdapat kesilapan, tetapi apa yang berlaku mendedahkan "something wrong is happening". Yang penting pihak SPR wajib bertanggung jawab di akhirat kelak, kami akan tuntut semua hak-hak ini tanpa BELAS KASIHAN.

Kesimpulan

Semua kita perlu beringat-ingat selalu, sebarang kemenangan pilihanraya menggunakan penipuan, rasuah dan penyelewengan adalah haram serta dilaknat oleh Allah swt dan RasulNya, tiada keberkatan dalam pemerintahan dan rakyat serta negara, kemenangan sebegitu hanya akan memudahkan sesebuah masyarakat dan negara dipandu ke Neraka sebagaimana huraian 'hilang keberkatan' yang disebut oleh Imam Ibn Hajar Al-Haithami dalam kitabnya Az-Zawajir An Iqtiraf Al-Kabair. Justeru amat perlu dijaga unsur keberkatan dalam pilihanraya, pembelajaran, pekerjaan, pendapatan, perbelanjaan dan kehidupan seluruhnya.

Jangan kerana inginkan kuasa dan kerusi DUN dan Parlimen yang bersifat sementara manfaatnya iaitu sekitar beberapa puluh tahun di dunia, hingga sanggup menggadaikan masa depan di dalam kubur yang sempit itu dan di padang mahsyar yang berkumpulnya trillion trillion manusia dan disemak satu persatu perbuatannya.

Keadaan yang sama juga terpakai kepada pelajar yang meniru dalam peperiksaan, pelajar yang membeli sijil MA dan PhD, guru yang meniru dalam peperiksaan PTK, usahawan yang menipu, ahli politik yang menipu, pekerja yang menipu dalam amanah tugasan mereka dan lain-lain jenis penipuan, semuanya dinafikan oleh Nabi s.a.w dari kelompok ummatnya

Ertinya : "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pernah melalui seorang laki-laki yang sedang menjual makanan (biji-bijian) . Baginda sangat mengaguminya, kemudian memasukkan tangannya ke dalam tempat makanan itu, apabila dilihatnya makanan itu nampak basah, maka bertanyalah beliau: Apa yang dilakukan oleh pemilik makanan ini? Ia menjawab: Kena hujan. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Mengapa tidak kamu letakkan yang basah itu di atas, supaya orang lain mengetahuinya? ! barangsiapa menipu , bukanlah (mereka) dari golongan kami (Islam)" (Riwayat Muslim, 1/99)

Ia juga termasuk dalam umum hadis ini

Ertinya : Barangsiapa yang menipu Arab ( dan manusia lain) , mereka tidak termasuk dalam kalangan yang boleh mendpaat syafaatku, dan tidak layak mendapat belas kasihanku" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3928, 5/724 ; Hadis ghorib)

Imam al-Munawi berkata, salah satu maksud menipu arab adalah menghalang mereka dari menyampaikan kebenaran sehingga menjadikan orang ramai jauh dari Nabi s.a.w (Penjelasan Al-Munawi dipetik dari Tuhfatul Ahwazi, Al-Mubarakfuri, 10/296)

Berhati-hatilah wahai semua pembaca dari jatuh dalam kelompok ini.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin. net

Suasana Penamaan Calon Di Gombak dan Titiwangsa

Barisan Alternatif menamakan Pengarah pilihan raya dan Naib Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai calonnya untuk bertanding di Parlimen Gombak manakala AJK Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr. Lo Lo Datuk Haji Ghazali akan bertanding untuk Parlimen Titiwangsa.

Pemerhati politik negara berpendapat kedua-dua kerusi Parlimen tersebut mampu dimenangi oleh Barisan Alternatif dan berikut ialah video klip suasana penamaan calon bagi kedua-dua kawasan parlimen berkenaan.

SPR Terus Menerus Jadi Barua BN

Mohd Bakri Hashim All About PRU 12

Semalam mungkin adalah hari yang paling menyakitkan hati. Tak tahulah esok lusa bagaimana. Laptop saya mengalami sedikit kerosakan pada log in system. OS (Operating System) tak berfungsi. Nak log in tak boleh. Hampir dua kali saya setup windows baru. Setup pertama kali, windows tak complete. Aduh....letih rasanya. Dah siap install semua program. Tapi windows tetap tak complete. So, try repair windows. Tak jadi guna. Akhirnya dengan tekad yang jitu. Saya setup windows dengan fresh copy sekali lagi. Boleh dikatakan semalam saya hanya mengadap depan desk. Alhamdulillah sihat dah windows xp.

Namun penat lelah merawat windows tentu pasti tidak seletih penat lelah sahabat di Malaysia dua tiga hari ni. Musim pilihanraya kali ini pasti akan menjadi sejarah pilihanraya yang paling tidak telus dan paling jijik. Pembangkang bukan hanya berhadapan dengan kerajaan sementara Pak Lah. Tetapi PAS dan KeAdilan turut berhadapan dengan SPR yang terbukti berpihak kepada UMNO dan Barisan Nasional. Ditambah dengan media prima yang turut menjadi jentera pilihanraya bagi BN.

Isu-isu yang berlaku pada hari penamaan calon, menunjukkan tuntutan BERSIH terhadap SPR supaya pilihanraya berlangsung secara adil dan bersih terbukti bukan sahaja tidak diterima pakai, bahkan seolah-olah mencabar kredibiliti rakyat marhain yang mengharap supaya tuntutan tersebut dijalankan.

Saya katakan di awal tadi. Semalam mungkin adalah hari yang paling menyakit hati. Mana tidaknya, terdapat lim
a kes calon BN di Terengganu gagal untuk menyediakan duti setem semasa menghantar borang di hari penamaan calon. Apa kata SPR? Surat bertarikh 23hb telah membatalkan surat yang sebelum itu. Sedangkan apa yang terjadi di Selangor adalah sebaliknya. Calon KeAdilan yang tidak menyediakan duti setem dinafikan hak untuk menghantar borang dan akhirnya SPR mengumumkan Dato' Rahman Palil menang tanpa bertanding! Banyak lagi isu yang menunjukkan SPR terus menerus menjadi tali barut kepada BN. SPR bukan lagi satu badan yang telus. Yang tidak berpihak kepada mana-mana parti seperti apa yang sepatutnya SPR lakukan.

Namun, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya memastikan pilihan anda adalah tepat! Undilah calon PAS dan KeAdilan bagi memastikan kesejahteraan bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat negeri Abadi tempat kita akan kembali. Walaupun undi adalah rahsia tetapi ingatlah ALLAH mengetahui siapakah yang kita undi itu. Dan ianaya akan ditanya di akhirat kelak ketika kita menghadap Allah swt. Di waktu itu, bagaimanakah kita di hadapan Allah sekiranya kita memilih pemimpin negara seorang kaki judi. Seorang yang tahi rasuah. Seorang yang tidak mahu melaksanakan perintah Allah. Seorang yang baginya boleh buat maksiat dan boleh buat ibadat. Seorang yang menempah tiket ke neraka. bagaimana kita?

p/s : Mungkin maklumat ini terlalu ringkas. dapatkan maklumat anda di Harakahdaily selaku media rasmi pilihanraya 12.