Tuesday, May 6, 2008

Alfun Mabruk

Tiadalah kalimah yang lebih indah untuk dituturkan selain Alhamdulillah. Kalimah kesyukuran ke hadrat Allah subhanahu wata'ala. Kalimah menunjukkan betapa kerdilnya manusia di hadapan TuhanNya.

Alfun mabruk ana ucapkan kepada pasangan bait muslim selangor, Ustaz Ibrahim dan Ustazah Noraimi di atas kelahiran cahaya mata (puteri) sulong mereka. Zuriat yang bakal menyambung perjuangan warisan Nabi Muhammad saw. Semoga Allah swt mengurniakan rezeki yang mencurah-curah kepada kalian bertiga...Sewaktu melawat bayi comel ini, namanya masih belum diberi...semoga ayah bonda mu memberi nama yang cantik...sesuai dengan mu..Sempat merakamkan kenangan bersama mu....(",)

CintaMu Cinta Abadi

Diriku yang kegelisahan
tak pernah sujud pada-Mu
akibat ikutan nafsu
membutakan langkahku

Tangisan sayup kedengaran
Sayu pilu mengenangkan
diri tiada berhaluan
kelamku dalam sinaran

Tuhan...Wahai Tuhanku
ampunilah diriku yang tidak berdaya
TUhan.... Redhailah perjalananku
Agar tidak sesat berliku
Di penjuru waktu

Ar-Rahman....Kaulah Tuhanku
tetap Esa dan dirindu di sepanjang waktu
Ar-Rahim....Aku merayu
Sucikanlah hatiku
Untuk bersama-Mu

Bergetar bibirku syahdu
Melafazkan kalimah-Mu
kini baru aku sedari
cinta-Mu cinta abadi

Wednesday, April 23, 2008

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T


Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."