Sunday, December 28, 2008

Dataran Shah Alam Bergema Dengan Laungan Takbir

Alhamdulillah wa syukrulillah. Semalam (27 Dis) telah berlangsung dengan jayanya Majlis Pelancaran Kempen JOM SERTAI PAS - `PAS for ALL` di Dataran Shah Alam, Selangor. Majlis pelancaran yang dimulakan pada jam 3 petang itu telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Al-fadhil Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

Majlis telah dimulakan dengan persembahan oleh As-Saufee dan Muadz dengan nasyid yang berjaya memukau hadirin.

Anyway, thanks to MBSA - Majlis Bandaran Shah Alam atas komitmen yang diberikan. Bahagian Korporat MBSA... Juga kepada abang Sharani, juru teknik Perpustakaan Awam Tun Raja Uda, Shah Alam..(nice to meet you)...

InsyaAllah ana akan uploadkan gambar2 sekitar Majlis Pelancaran Kempen `JOM SERTAI PAS` pada entri yang akan datang... sekarang nih agak sibuk sedikit. So selalu-selalu lah ziarah blog ana yang tak seberapa nih... Jom kawan2, muslim or non-muslim, all of you are invited to join us! PAS for All.

Monday, December 15, 2008

Iktibar Bukit Antarabangsa : Adakah lagi 'pesta maksiat' tahun baru?

Manusia sering lupa! Manusia selalu alpa! Manusia acapkali leka! Walau saban tahun tragedi menimpa. Ingatan dan amaran Allah terus dibiar lepa. Mungkinkah tahun ini kita terus leka? Atau terus mengkambing hitamkan Islam atas nama 'Amal' dan kebajikan?

Setiap kali berlakunya tragedi. Setiap kali itulah pihak-pihak tertentu menggunakan kata manis amal untuk membantu mangsa. Konsert Amal, Malam Amal, bahkan tak kurang juga Malam Fesyen Amal diadakan untuk mengutip dana membantu mangsa-mangsa tragedi.

Islam tak ajar begitu!? Islam mengajar matlamat tak menghalalkan cara. Matlamat baik, tetapi kalau cara dan kaedah untuk sampai ke matlamat penuh najis dan bangkai mazmumah, Islam tak benarkan!

konsep Islam mudah! Buat disuruh, tinggal dilarang. Jadi sempena dengan tibanya tahun baru 2009 tak beberapa hari lagi, marilah kita setting sambutannya dengan kesyukuran kepada Allah. bersyukur dengan membaca doa, tahlil, tahmid, berazam meninggalkan segala dosa - dosa lalu. Meninggalkan segala amalan jahiliah yang sedikit pun tidak membawa faedah dan keberkatan dalam hidup di dunia. Apatah lagi di akhirat sana.

Koleksi foto tragedi Bukit Antarabangsa di sini

Wednesday, December 10, 2008

Korban Di PJ Selatan Dalam Suasana Hujan

"Ustaz, esok bagi khutbah raya ya!" kata seorang yang boleh dipanggil abang kepada saya. Tergamam saya seketika. Almaklumlah, belum biasa! Kalau tazkirah tu acapkali jugak. Tapi kali ini khutbah.

"Macam mana ustaz?!"

"Boleh, insyaAllah..." jawab saya sepontan. Dan memang itulah niat yang saya simpan sejak sebelum pulang dulu. Terima saja permintaan. Jangan ditolak. Sekali tolak. Orang takkan mahu panggil lagi. Tapi pertama kali sahut, terserah kalau mahu undang lagi.

Samada penyampaian saya bersesuaian dengan 'selera' mereka atau tidak itu belakang kira. Yang pasti kewajipan saya adalah menyampaikan. Ialah, bukan semua orang ada kelebihan berceramah dan berpidato. Bahkan cara penyampaian itu berbeza-beza pula.

Ala kulli hal, alhamdulillah. Bantuan Allah membuatkan gementar itu hilang bersama kesejukan pagi Aidil Adha yang barakah dengan hujan turun mencurah-curah.

Usai solat sunat idul adha dan berkhutbah, terus ke markaz untuk menyempurnakan ibadah korban. Walaupun pagi itu hujan turun dengan lebat, namun orang ramai dan petugas tetap turun padang bagi menjayakan ibadah korban sebagaimana dituntut Allah swt.

Sebanyak lima ekor lembu berjaya dikorbankan dengan bantuan masyarakat setempat yang kemudian diagihkan kepada yang memerlukan selain sedikit daripadanya dibuat sup tukang bagi menjamu para petugas yang bertungkus lumus.

Lihat galeri sambutan korban peringkat PAS Kawasan PJ Selatan di sini