Tuesday, March 27, 2012

Risau belum Khatam al-Quran 30 Juzu'

SAYA sudah berumur 21 tahun. Saya mula mengaji ketika berusia 7 tahun dengan bapa saudara. Namun pada usia 16 tahun saya masih tidak dapat menghabiskan 30 juzuk al-Quran kerana tinggal di asrama.
Jadi saya hanya sempat mengaji al-Quran hingga juzuk ke 16 saja. Apa hukumnya jika terjadi perkara sebegitu?


Setahu saya, untuk khatam al-Quran mesti ada guru yang menyemak keseluruhan bacaan kita.

MIE, Kedah


Jawapan :

KEDUDUKAN al-Quran dalam Islam begitu penting. Ia adalah wahyu Allah yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w sebagai panduan kepada umat Islam dalam menjalani kehidupan seharian.



Membaca al-Quran (tilawat al-Quran) dikira sebagai perbuatan sunat yang sangat digalakkan dalam Islam.

Menurut Rasulullah, secepat bacaan dalam menghabiskan bacaan al-Quran adalah dalam masa tiga hari selain seminggu atau sebulan.

Menurut Imam al-Ghazali, menghabiskan

Monday, March 26, 2012

Al-Quran Sebagai Modul Pendidikan Anak

29/3, Muhammad bakal mencecah 1 tahun. Alhamdulillah, kala ini Muhammad sudah mampu berdiri dan menapak 5-7 tapak. Seronok tak terhingga. Ye lah, ibu mana yang tidak gembira melihat anaknya berkembang dan menguasai satu-satu kemahiran.

Saya sendirian pernah terfikir. Apa yang berlaku apabila anak-anak saya sudah dewasa kelak? Bagaimana sikapnya, bagaimana pemikirannya, bagaimana imannya, bagaimana kehidupannya…?


Sesekali, terasa agak bimbang. Zaman sekarang pun dah punya banyak pengaruh negatif, apatah lagi zaman-zaman mendatang. Masa ini pun telah banyak kes-kes jenayah, apa lagi masa depan. Waktu ini pun dah ramai remaja yang menyimpang, apa lagi waktu akan datang.

Namun, kerisauan saya mula pulih apabila saya sedar bahawa kehidupan masa depannya di tangan Allah. Maka, apa yang perlu saya lakukan juga adalah kembali kepada Allah. Bagaimana?

Cuba kita fikirkan, dalam sehari, adakah kita membaca al-Quran? Berapa kali anak kita mendengar ayat-ayat Allah? Siapakah yang anak kita kagumi? Cerita apakah yang selalu anak kita tonton? Sikap apakah yang sering kita tunjukkan kepada anak?



Muhasabah…

Baiklah, cuba kita lihat satu per satu. Mengapakah al-Quran itu penting?

“Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi mereka yang mempunyai akal. Al-Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman”
(Yusuf: 111)

“Orang yang bijak, adalah orang yang selalu ingat perkara yang mematikan angan-angan (kematian)” kata-kata Saidina Ali bin Abi Thalib.

Al-Quran sudah menjelaskan mengenai kisah nabi-nabi terdahulu, kisah para

Ayat Makkiyah dan Ayat Madaniyyah

Kesyumulan Al-Quran dan keangungannya mengandungi 30 Juz, 114 Surah dan 6236 ayat telah yang diturunkan di dua (2) buah negeri iaitu Mekah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah.


Ayat-ayat yang diturunkan sebelum peristiwa hijrah Nabi Muhammad ke Madinah di namakan ayat-ayat Makkiyah. Manakala ayat yang diturunkan sesudah hijrah tersebut dinamakan ayat-ayat Madaniah, sekalipun turunnya ayat tersebut di Mekah.

Berikut merupakan tanda-tanda surah dan ayat-ayat Makkiyah :

  1. Semua surah atau ayat yang mengandungi perkara-perkara Tauhid dan membasmi faham syirik.
  2. Kebanyakkan surah-surahnya berupa surah pendek.
  3. Kebanyakkan surah-surah yang bermula dengan huruf-huruf tunggal seperti Yaasin, Taha, Alif Lam Ra' dan sebagainya.
  4. Kebanyakkan surah atau ayat yang bermula dengan seruan kepada manusia secara umum seperti [ Ya Ayyuha An-Nas ] atau [ Ya Bani Adam ].
  5. Semua surah yang mengandungu [ كلا ].
  6. Sema surah yang mengandungi perintah sujud ketika mebacanya seperti surah As-Sajadah.
Tanda-tanda surah atau ayat Madaniyah :
  1. Semua surah yang mengandungi hukum ibadah, mua'malat, jihad dan sebagainya.
  2. Semua ayat yang bermula dengan [ Ya Ayyuhallazina amanu ].
  3. Kebanyakkan surahnya panjang-panjang belaka seperti al-Baqarah, dan Ali-Imran.