Tuesday, April 1, 2008

Selamat Pengantin Baru


Assalamualaikum wbt,
Istimewa buat seluruh sahabatku yang telah mendirikan rumahtangga, semoga Allah memberkati kalian. Semoga ikatan perjanjian antara dua hati yang termeteri kukuh hingga ke akhirnya. Semoga kalian dikurniakan rezeki yang berlipat ganda dalam penuh keberkatan hidup. Selamat pengantin baru...

Rasulullah s.a w bersabda yang bermaksud:

"Wahai para pemuda, barang siapa di antara kamu ada yang telah sanggup berkahwin, maka berkahwinlah, kerana sesungguhnya berkahwin itu dapat , menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang
belum mampu, hendaklah ia berpuasa, sebab berpuasa itu sebagai benteng (dapat menahan nafsu)"

Penglihatan adalah antara punca berlakunya perbuatan maksiat. Bilamana pandangan tidak dikawal dan terlihat sesuatu yang menarik (wajah perempuan, dan lain-lain) nafsu akan meledak dan mendorong syahwat. Syaitan mula memainkan peranannya. Pandangan adalah umpama panah yang terlepas dari busar panah iblis, bila mengena pada sasaran, kesannya sangat merbahaya!

Oleh kerana itu Islam memerintahkan umatnya supaya menundukkan pandangan sebagaimana firman Allah swt dalam surah An-Nuur ayat 30 dan 31 yang bermaksud :

"Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.
Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka;..."

Supaya syahwat tidak bergelojak, individu yang tidak mampu berkahwin digalakkan berpuasa, kerana dengan berpuasa, 'meter' ukur gelodak nafsu dapat diturunkan. Sepertimana sabda Nabi saw di atas tadi.

Sekali...alfun mabruk buat semua sahabatku yang telah bergelar suami isteri. Semoga berbahagia selalu...

No comments: