Saturday, February 25, 2012

Bai'ah PAS selari dengan tuntutan Islam

KUALA LUMPUR, 25 Feb: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib (gambar) menegaskan sumpah taat setia atau bai'ah yang diamalkan parti itu adalah selari dengan ajaran Islam kerana pelaksanaannya tidak bertentangan dengan syariat dan hukum syarak.

Beliau berkata, amalan berbai'ah dalam PAS juga dilaksanakan berdasarkan kepada al-Quran dan hadis dan berteraskan ketaatan kepada Islam dan kesetiaan kepada pemimpin yang memperjuangkan Islam.

Menurut beliau lagi, perkara ini dapat dilihat melalui firman Allah s.w.t sepertimana yang terkandung dalam Al-Quran, aantaranya ialah sepertimana yang terkandung di dalam Surah Al-Fath.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada ayat 10 dan 18 daripada surah tersebut yang menceritakan tentang bai'ah dan akibat sekiranya tidak

Wednesday, February 22, 2012

Moga kejayaan milik antum semua :)


Kenangan bersama anak didik sejak awal kemasukan pada bulan Mei 2009 sampailah sekarang. Diorang semua dah khatam hafazan al-Quran 3- juzuk. Ustaz doakan kalian semua berjaya dalam imtihan yang akan bermula minggu depan. Tingkatkan amal dan taqarrub pada Allah, rajin iadah Quran, ulangkaji madah2 yang lain. InsyaAllah, kejayaan milik antum semua - Abduh, FakhrurRazi, Fakhruddin, Muhammad, Asyraf, Aizuddin Suafi, Aizuddin Yunus, dan Hakim.

Jangan lupa mohon restu ayah ibu dan juga para asatizah yang mengajar antum madah2 dari mula semester 1 hingga semester 6

Monday, February 20, 2012

Pengambilan Pelajar Baru Program Diploma Tahfiz Al-Quran Sesi 2012/2013

DARUL QURAN merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang Tahfiz Al-Quran yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia ( JPA ),
mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian Diploma Tahfiz Al-Quran.

KURSUS YANG DITAWARKAN
Kursus dijalankan mengikut sistem semester selama 3 tahun ( 6 semester ). Anda akan dibimbing dan dilatih sebagai seorang Hafiz dan Hafizah yang mampu menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Subjek yang ditawarkan meliputi bidang Pengajian Al-Quran, Qiraat, Dakwah, Syariah, Hadis dan Muamalat.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
i.     Berumur tidak melebihi 21 tahun dan belum berkahwin.
ii.    Lulus SPM dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran :
          a.    Bahasa Melayu
          b.    Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah  / Pendidikan Syariah   Islamiah / Pendidikan Islam /Tasawwur Islam
          c.    Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab Komunikasi dan
          d.    Lulus Bahasa Inggeris atau
Kelulusan yang diiktiraf setaraf dengan SPM.



Calon-calon yang sedang mengikuti

Sunday, February 19, 2012

Tips Sujud Syukur

 
Senang dilakukan tapi bilakah terakhir kita lakukan?

Sujud Syukur

Sujud syukur ialah satu sunnah yang ditinggalkan kepada kita untuk sujud dalam menunjukkan terima kasih atas nikmat yang dilimpahkan Allah s.w.t atau atas terhindarnya seseorang dari marabahaya dan malapetaka. Bila menerima sesuatu yang baik dan menggembirakan, maka kita diajarkan untuk sujud syukur.
Firman Allah yang bermaksud :
“……………………….Dan sesiapa yang bersyukur, maka sesungguhnya faedahnya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, (tetapi) sesiapa yang kufur ( tidak bersyukur)(maka tidaklah menjadi hal kepada Allah) kerana sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji. (Surah Luqman : 12)
Dan juga sabda Nabi yang bermaksud :
“Dari Abu Bakrah r.a.Bahawasanya Nabi s.a.w. apabila telah datang kepadanya suatu urusan yang menyenangkan atau beliau gembira kerana sesuatu, beliau sujud ke tanah sebagai berterima kasih kepada Allah SWT.”( Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi)
Cara untuk melakukannya tidaklah susah sangat nak buat sujud syukur ini.. Tak sampai lima minit atau kurang lagi.
Rukun sujud syukur adalah seperti berikut:-
1. Niat 2. Takbiratul Ihram 3. Sujud (sekali sahaja) 4. Salam
Dan syaratnya sama seperti hendak sembahyang fardhu, iaitu dalam wudhu, mengadap kiblat, menutup aurat dan sebagainya. Ini maknanya, anda boleh mulakan sujud syukur, dalam duduk (macam duduk antara dua sujud).
Takbiratul ihram dan niat, terus sujud. Selepas bangun dari sujud, beri salam. Mudahkan?
Sujud syukur seperti yang dijelaskan di atas merupakan satu ibadat yang tuntutannya adalah sunat. Cara melakukannya pun mudah tetapi nilainya tinggi di sisi Allah sepertimana yang dijelaskan oleh hadis Baginda tentang kelebihan sujud syukur ini.
Dari itu, Diingatkan supaya jangan dilepaskan peluang melakukan ibadat sujud ini, walaupun ia hanya merupakan tuntutan sunat tetapi dengan melakukannya bererti kita menghidupkan sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan dan tidak mengabaikan ajaran Islam.
Berikut adalah ayat yang digalakkan dibaca sewaktu sujud :
Maksudnya: ”Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta”.

Jika anda tak hafal yang ini, dan mahu mengerjakan sujud syukur, masih boleh.

Baca sahaja yang anda selalu baca waktu sujud. Ringankanlah badan kita untuk melakukan sujud syukur selalu, agar kita tidak lupa diri dengan kejayaan atau kecapaian sendiri.

Sumber : shakirshafie.com

Friday, February 17, 2012

Otak, Akal, Minda Kurniaan Allah

Segala syukur dan puji-pujian kepada Allah, Tuhan semesta alam. Dialah yang berhak disembah, dipuji dan dicintai. Kami berlindung kepada Allah daripada segala macam kejahatan dan tipu daya Syaitan. Daripada segala dosa dan noda yang telah kami lakukan.

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata-mata dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad S.A.W adalah pesuruh Allah. Selawat dan salam ke atas Baginda S.A.W. Sesungguhnya barang siapa yang diberikan oleh Allah petunjuk, maka tiada siapa yang dapat menyesatkannya dan barang siapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiada siapa yang dapat memberikannya petunjuk.

Otak, akal dan fikiran adalah suatu nikmat dan anugerah Allah S.W.T kepada manusia. Seringkali ketiga-tiga kurniaan ini diaggap sama namun hakikatnya otak, akal dan fikiran adalah suatu yang berlainan tetapi saling berkaitan. Otak ialah ciptaan Allah yang bersifat konkrit dan kelihatan. Bagi yang belajar subjek Biologi tentu biasa mendengar teori Roger Sperry yang menyatakan

Sunday, February 12, 2012

Kamu Ramai Tetapi Musuh Tidak Gentar!

Daripada Tsauban r.a. berkata : Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kanu pada hart itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'". Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".                     [ H.R. Abu Daud ]

Keterangan

Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggambarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Umat Islam walaupun mereka mernpunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.

Cakap Islam Tapi Tak Amal Islam

Ramai di kalangan kita boleh sembang pasal Islam tapi tak berupaya (lemah) dalam mengamalkan Islam hatta pada diri sendiri dan keluarga sekali pun.

Sembang pasal Islam berdegar-degar namun banyak larangan Allah masih dilakukan. Banyak juga perintah Allah diabaikan.

Banyak juga yang boleh memperkatakan keindahan Islam namun tak berjaya melahirkan keindahan Islam dalam amalan dan praktik seharian.

Ramai yang boleh huraikan Islam itu ‘Way of Life’ atau ‘Islam itu Cara Hidup’ namun mereka tidak ada kekuatan untuk hidup secara Islam atau secara yang dikehendaki Islam.

Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidur Rasul 1433H


Pabila hati hilang cahaya iman
Langkahnya hidup hitam tanpa penerang
Pabila jiwa jauh dari Al-quran
Langkahnya hidup bagai tanpa pedoman

Pabila mulut jauh dari Asma-Nya
Langkahnya hidup bagai hilang berkah-Nya
Pabila dunia tak berlandaskan jiwa
Siap-siap akhirat meninggalkannya

Di bayang-bayang fatamorgana
Berharap hidup khusnul khotimah
Di bayang-bayang fatamorgana
Diri memohon selamatkan hamba

Shollu Ala Muhammad
Shollu Ala Muhammad
Shollu Ala Muhammad