Sunday, August 17, 2008

Kami perlukan pemimpin yang mampu laksana Islam!

MUKTAMAR PAS kali ke 54 sedang berlangsung dalam suasana penuh harmoni dan kasih sayang. Tidak seperti lain-lain parti, Muktamar PAS dijalankan dengan menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai landasan serta panduan kayu ukur kepada setiap tekad yang diputus.

Banyak isu yang dibahaskan. Namun apa yang menjadi bualan hangat hari ini adalah berkenaan dengan siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 6.

Secara peribadi, saya menyokong 100% usul yang dibawa oleh perwakilan yang meminta agar Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri Malaysia ke - 6 sekiranya Pakatan Rakyat menerajui negara menjelang 16 September akan datang. Namun segalanya adalah di bawah pantaun dan perancangan Allah SWT.

Bagaimana dengan DSAI? Saya tidak menafikan kelayakan beliau sebagai Perdana Menteri. Namun bagi saya secara peribadi, saya lebih cenderung kepada Tuan Guru Haji Hadi. Walaupun ramai yang berharap DSAI yang akan di nobat (berdasarkan bacaan blog dan laman forum).

Terpulang. Bagi saya, saya mahukan pemimpin yang bukan sahaja boleh memimpin negara tetapi mampu melaksanakan Islam dan orang itu tidak lain tidak bukan adalah Presiden PAS!

*Islam itu sifatnya memerintah bukan diperintah. Segala arahan dilakukan dengan tunduk dan patuh. Begitu juga sebaliknya.

No comments: