Saturday, November 1, 2008

Cinta...

Carilah cinta yang sejati | yang ada hanyalah padanya | Carilah cinta yang hakiki |Yang hanya padanya yang Esa

Pasti ramai di kalangan kita tahu dan pernah mendengar alunan lirik nasyid di atas. Nyanyian hit oleh kumpulan Raihan dengan solonnya yang punya suara lunak. Siapa lagi jika bukan Nazrey Johani.

Namun saya tidaklah bermaksud untuk mengisahkan cerita citra sebalik keberadaan Nazrey di Mesir baru-baru ini. Akan tetapi lebih kepada mengajak kita semua menilai semula erti cinta. Dan tak perlu rasanya untuk saya menghuraikan secara panjang lebar Ada Apa Dengan Cinta. Saya yakin pasti semua memahami.

Cinta kan Allah cinta sebenarnya
Itulah cinta yang sejati

Kasihlah sesama manusia
Kerna cinta yang hakiki
Hanya untuk Tuhan yang Esa

Cinta pada Allah...selangkah kita rapat padaNya seribu langkah DIA rapat pada kita,
cinta manusia...selangkah padanya...mungkin manusia akan rapat atau sebaliknya. Cinta Allah letaklah di hati...kerana itu cinta HAKIKI. Cinta dunia dan isinya letaklah di tangan...agar mudah kita mengambil dan membuangnya...( baik buruknya...) Nilai semula cinta kita padaNya...

Friday, October 24, 2008

Hujan Oh Hujan ( Ambil feel Malaysia... )

Oleh chekamala
Adaptasi dari Tranungkite.net

Musim tengkujuh bakal menjelang tiba. Kadangkala terdengar bebelan orang-orang di sekeliling Kita, "Cuaca buruk je akhir-akhir ini ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramaikah di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?

1. Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je.
2. Alahai, hujan laaagiiii
3. Tiap-tiap hari hujan...susah la macam ini
4. Payah nak buat apa-apa kalau hujan
5. Tak boleh balik lagi, hujanlah!

Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA:

"Allahumma syaiyiban nafi'a"

Maksudnya : Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).


Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dialah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.

1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekalkan air sungai berterusan
4. Menjadi sumber minuman haiwan terutamanya di kawasan kontang
5. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ni?" Macam biasa dengar ayat tu, kan? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram. Kesian hujan.

Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab. Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap hari ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH.. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun Ada juga mengingatkan Kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud: "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada sebabnya, Ada sukatannya.. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)

Semoga ada iktibar untuk peringatan kita semua.

"Dan ALLAH jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), TUHANmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud: 123)

Alhamdulillah, lepas ini bila hujan janganlah bersungut. Berdoalah banyak-banyak...

Thursday, October 23, 2008

Alhamdulillah... Asykuruka Ya Allah


Alhamdulillah...konvokesyen dah selesai. Tinggal beberapa urusan yang perlu diselesaikan sebelum pulang...Sahabat-sahabat, doakan ya! Allahumma Yassir wala Tu'assir. Ameen