Saturday, June 21, 2008

Muhasabah Hati

Imtihan Dunia; Rebah sebelum bangkit?

Alhamdulillah ~ segala puji hanya bagi Allah. Imtihan syahadah telahpun berlalu. Ilmu yang telah dipelajari sebahagiannya telahpun diluahkan sepanjang tempoh imtihan lalu. Sebagai hamba Allah kita dididik untuk bertawakal sejurus ikhtiar yang sehabis mampu.

فاذا عزمت فتوكل على الله

Begitulah Islam mendidik kita. Setinggi mana pun usaha dan ikhtiar, hakikatnya kita tetap memerlukan Allah! Kita tetap mengharapkan ke'ajaiban berlaku. Ya, mana mungkin jika hanya setakat usaha yang kita ada, belum tentu kejayaan digenggaman. Apatah lagi jika mengharapkan keberkatan daripada kejayaan tersebut. Jika peperiksaan boleh dijadian medan perbincangan. Sedangkan tempoh perbincangan telah berakhir. Nah! Di manakah keberkatan daripada natijah yang bakal dikecapi. Fikirkanlah sendiri (wahai mereka yang meniru)…ADAKAH KITA REBAH TERSUNGKUR ATAU BANGKIT SELEPAS BERJUANG? Ingatilah sabda Nabi berikut :

من غشنا فليس منا
Maksudnya : "Sesiapa yang meniru bukanlah dari kalangan ku"

Tiada lagi Negotiate

Terbayangkah kita bagaimana keadaan kita seluruhnya pada hari perhitungan nanti? Setiap kita akan dihitung segala amalan. Baik percakapan, perbuatan dan sebagainya. Hari itu sebagaimana Allah jelaskan pada kita ~ tiada lagi perbincangan. Yang ada hanyalah pengakuan. Mulut akan dikunci rapat. Hanya tangan dibiar lantang berbicara menyaksikan pengakuan di mahkamah Allah tentang apa yang telah diperlakukan sepanjang di dunia. Kaki dan anggota lain begitu juga.

Tidak seperti di sini. Segalanya mungkin. Pelbagai helah boleh difikirkan. Hatta teknologi canggih pun disalah gunakan. `Maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan?` Lu fikirlah sendiri!

Doa sebagai senjata

Bagi orang mukmin, doa itu merupakan senjata yang paling ampuh. Para Anbiya' dan sahabat serta tabi' tabi'en tidak pernah lekang mulut mereka dari berdoa.

Allah berfirman :
ادعونى أستجب لكم
Maksudnya : Mintalah kepadaku nescaya akan ku perkenankan (permintaan)

Kepada sahabat-sahabiah yang pasti amalan kalian lebih dekat dengan Allah, yang saban malam bangkit tawadhuk di hadapanNya, jangan lupa doakan sahabatmu ini agar diberikan kejayaan serta keberkatan. Moga kejayaan milik kita bersama. Ameen Ya Rabbal 'Alameen.

*Artikel bukan bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak. Sekadar mengajak kita bermuhasabah diri. Wallahuta'ala 'alam.





1 comment:

bosz said...

saya sokong..betul3x