Antara keunikan Syariat Islam , bukan sahaja ahli diwajibkan taat kepada pimpinan , malah pimpinan mestilah telus dan sedia ditegur atau dikritik .
Sekalipun teguran atau kritikan tersebut amat pahit untuk ditelan , namun akhlak seorang pemimpin dan kepentingannya untuk parti / jamaah mengatasi segala – galanya.
Pemimpin yang sukar ditegur atau dikritik dan menampilkan imej elit dalam gaya kepimpinannya , akan melebarkan jurang antara pemimpin dengan ahli dan fenomena ini tidak selayaknya berlaku dalam sebuah organisasi yang berjuang untuk mendaulatkan syariat Islamiyyah.
Pada dasarnya , sikap kepimpinan yang sedemikian (sukar ditegur dan berketerampilan elit) tidak hanya melebarkan jurang antara kepimpinan dengan ahlinya , malah mengundang konflik dan krisis dalaman . Paling minima , ahli akan bersikap dingin dan tiada kerjasama yang baik terhadap pimpinan sedemikian .
Keadaan ini tentunya melemahkan jentera parti / jamaah dan ia melambatkan proses mencapai kemenangan . Mendengar dan menerima teguran bukanlah suatu sikap yang merosakkan imej kepimpinan kita , sebaliknya ia adalah sikap yang terpuji dan ia menjadi tanda bahawa ia menerima hidayah Allah swt. , apatah lagi teguran dan kritikan itu sangat membina . Allah swt. mengajar kita :
الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ أُوْلَئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمْ اللَّهُ وَأُوْلَئِكَ هُمْ أُوْلُوا الأَلْبَابِ
( الزمر 18 )
“ Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah ( petunjuk ) oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.”
Sebagai seorang pemimpin yang dipilih atau dilantik memegang amanah jamaah dan ummah / parti dan ahli sayugianya mempelajari dan menghayati apa yang dilafazkan oleh Saiyidina Abu Bakar rha. dalam khutbahnya sejurus diberi mandat sebagai khalifah .[1]
أَيُّهاَ الناَّسُ : قَدْ وُلِّيْتُ أَمْرُكُمْ وَ لَسْتُ بِخَيْرِكُمْ وَ لكِنْ نُزِلَ القُرْآنُ وَ سَنَّ النَّبِيَُ صَلَّى الله ُعَلَيْهِ وَسَلَّمَ السُّنَنَ فَعَلِمْنَا أَنَّ أَكْيَسَ الكَيْسُ التُّقَى وَ أَنَّ أَحْمَقَ الحَمْقَ الفُجُوْرِ وَ أَنَّ أَقْوَاكُمْ عِنْدِي الضَّعِيْفُ حَتَّى آخِذُ لَهُ بِحَقِّهِ وَ أَنَّ أَضْعَفَكُمْ عِنْدِي القَوِيُّ حَتَّى آخِذُ مِنْهُ الحَقّ . أَيُّهاَ النَّاسُ : إِنَّمَا أَناَ مُتَّبِعٌ وَ لَسْتُ بِمُبْتَدِعِ فَإِنْ أَحْسَنْتُ فَأَعِيْنُوْنِيْ وَ إِنْ زِغْتُ فَقَوِّمُوْنِيْ
“ Wahai manusia : Sesungguhnya aku dilantik untuk memimpin kamu sedang aku bukan yang terbaik dikalangan kamu , namun Al quran telah diturunkan dan Nabi saw. telah meninggalkan sunnahnya , justeru itu kita mengetahui bahawa yang paling pintar ialah kepintaran orang yang bertaqwa kepada Allah dan yang paling bodoh pula ialah kebodohan orang yang jahat .
Sesungguhnya orang yang paling kuat dikalangan kamu adalah lemah disisiku sehingga aku mengambil suatu yang menjadi hak ( yang mesti ditunai )bagi dirinya dan sesungguhnya orang paling lemah dikalangan kamu adalah kuat disisiku sehingga aku mengembalikan haknya ( yang mesti dimilikinya ).
1 comment:
This is a great poost thanks
Post a Comment