`Bacaan Al-Quran dengan lagu yang indah, suara yang merdu, menunjukkan dalam agama pun ada seni suara`
************
`Sekiranya kamu mendapati ada kelemahan dan kerosakan, maka maha mulialah siapa yang tiada langsung aib dan kekurangan`
:: [ Harakah Daily ] ::
:: [ Untukmu Srikandi] ::
:: [ Daftar Pemilih] ::
:: [ Yalla Beena ] ::
Assalamualaikum, Ahlan Wa Sahlan buat semua pengunjung. Semoga hari-hari dalam hidup kita dihiasi dengan keimanan & ketaqwaan. Setiap langkah hanya keranaNya. Begitulah kehidupan,
akan terlalu indah jika segalanya kerana DIA Yang Maha Penyayang.
| YALLA BIENA...bersama kita | Bersihkanlah diri dengan zikir Ilahi | Maniskan ilmu dengan seribu amalan | Suburkan jiwa dan hati ke jalan Allah | Kasih yang manis bersulam iman tercinta |
Perhatian :Untuk mendapatkan paparan yang baik, sila guna kan Mozilla Firefox sebagai browser.
HALUAN SISWA RAPATKAN JURANG ANTARA PELAJAR DARUL QURAN
Tuesday, June 2, 2009
HALUAN SISWA RAPATKAN JURANG ANTARA PELAJAR DARUL QURAN
Kuala Kubu Bharu, 2 Mei 2009: Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah menerima seramai 204 orang pelajar baru untuk mengikuti program Diploma Tahfiz al-Quran wa Al-Qiraat. Kesemua pelajar yang telah mendaftar diri pada pagi tersebut, kemudiannya telah mengikuti sesi suai kenal yang dikenali sebagai Minggu Haluan Siswa selama 6 hari bermula 2 Mei 2009 hingga 7 Mei 2009.
Sepanjang Minggu Haluan Siswa tersebut, pelajar-pelajar ini telah didedahkan dengan suasana pembelajaran di Darul Quran terutama perkara-perkara yang berkaitan dengan peraturan-peraturan di Darul Quran, teknik pengajian, kaedah hafazan, penggunaan perpustakaan, dan lain-lain.
Selain itu, beberapa aktiviti out door turut dilaksanakan dengan tujuan merapatkan hubungan antara sesama pelajar, memantapkan keyakinan diri, dan memupuk semangat kerjasama di kalangan pelajar. Antara aktiviti tersebut ialah ‘ice breaking’, 'mind setting,Learning Partnership, Hayya Bil 'Arabiah, kembara dan riadah.
Majlis Penutup Minggu Haluan Siswa ini telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Pendaftar Darul Quran, Ustaz Abdul Qadir Bin Sallah. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang berjaya diterima masuk ke Darul Quran. Selain itu beliau berharap agar para pelajar dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pengajian dan hafazan al-Quran. Tirai Minggu Haluan Siswa ini berlabuh dengan jayanya pada 7 Mei 2009.