Thursday, May 5, 2011

SAYONARA UNIT KAUNSELING, SAYONARA HEP :(

Selasa dan Rabu saya bercuti dua hari kerana cuti dan urusan keluarga di Perak. Subuh Khamis macam biasa saya bertolak dari Seksyen 20 Shah Alam ke Kuala Kubu Bharu – naik BKM 9170 :) - untuk menyambung tugas ( masuk kerja laa…)

Kebetulan pagi Khamis ada bengkel di bawah seliaan Unit Kaunseling DQ. Masuk sekejap pejabat pentadbiran yang memang amat jarang saya jejakkan kaki…hehe. Semua mata memandang dengan senyum. Wah pelik nih… surprise…

Kak Midah tanya dah dapat surat belum? Ustaz Tahir ucap mabruk awal-awal lagi… CC Zainab senyum.. isyhh..ada apa nih? Ingat dapat surat pengesahan jawatan…rupa-rupanya…

ARAHAN PERTUKARAN JAWATAN PENOLONG PEGAWAI S27

Dari Unit Kaunseling ke Unit Komunikasi Koprat Darul Quran…berkuatkuasa 16 Mei 2011…huhuhu…mudahan saya mampu memikul jawatan baru nih dengan bantuan rakan sekerja…

Hampir dua tahun duduk di Unit Kaunseling, rasa seronok berpindah ada jugak. Rasa sedih pun ada jugak…tapi takpe, cari pengalaman baru… mesti ada perubahan suasana kerjanya. Walaupun hanya berpindah unit bukan jabatan...

Saya mohon maaf kiranya ada kesilapan dan kekurangan sepanjang berada di Unit Hal Ehwal Pelajar. Khususnya buat semua pelajar yang pernah berurusan dengan saya…

Wallahu ya'lamu wa antum la ta'lamun... pasti ada hikmah di sebalik segala sesuatu..

2 comments:

motivasi5k said...

Tahniah kerana mendapat tugas baru. Pertukaran adalah satu rahmat. Buatlah kerja dengan betul krn akan mendapat satu pengalaman yang betul.. yang amat berguna apabila bersara kelak..

MBH Galleri said...

Ye betul abang din :) doankan saya mampu yer... :)