Monday, February 20, 2012

Pengambilan Pelajar Baru Program Diploma Tahfiz Al-Quran Sesi 2012/2013

DARUL QURAN merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang Tahfiz Al-Quran yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia ( JPA ),
mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian Diploma Tahfiz Al-Quran.

KURSUS YANG DITAWARKAN
Kursus dijalankan mengikut sistem semester selama 3 tahun ( 6 semester ). Anda akan dibimbing dan dilatih sebagai seorang Hafiz dan Hafizah yang mampu menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Subjek yang ditawarkan meliputi bidang Pengajian Al-Quran, Qiraat, Dakwah, Syariah, Hadis dan Muamalat.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
i.     Berumur tidak melebihi 21 tahun dan belum berkahwin.
ii.    Lulus SPM dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran :
          a.    Bahasa Melayu
          b.    Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah  / Pendidikan Syariah   Islamiah / Pendidikan Islam /Tasawwur Islam
          c.    Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab Komunikasi dan
          d.    Lulus Bahasa Inggeris atau
Kelulusan yang diiktiraf setaraf dengan SPM.



Calon-calon yang sedang mengikuti
pengajian di mana-mana Maahad Tahfiz Negeri yang menyertai pengajian bersama Program Diploma Tahfiz di Darul Quran adalah tidak layak memohon.

YURAN PENGAJIAN
Yuran pengajian tidak dikenakan. Elaun Pengajian akan dipertimbangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk pelajar-pelajar Darul Quran.

CARA MEMOHON
Permohonan secara atas talian (online) boleh diisi melalui laman sesawang :

          a)   www.islam.gov.my
          b)   www.darulquran.gov.my

UJIAN & TEMUDUGA
Calon-calon yang berkelayakan akan dipanggil untuk temuduga dan menduduki ujian bertulis. Sila semak senarai nama dalam talian dan bawa borang permohonan  yang telah dicetak  semasa temuduga.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan 10 hari selepas keputusan SPM diumumkan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
Telefon    :  03-60635333
                   03-60635349 / 5350 / 5351
Faks        :  03-60645497

MAKLUMAN
Calon-calon yang tidak menerima apa-apa makluman selepas 7 Mei 2012 adalah dianggap tidak berjaya.

No comments: