Tuesday, March 5, 2013

Tanpa Tarbiyah Pasti Rebah

Ucapan Presiden dlm Ijtimak Tarbawi Pilihanraya Selangor
3 Mac 2013, Dewan Jubli Perak, SUK.


Antara yang sempat dicatat. Mohon pembetulan jika ada kesilapan. 

1. Pilihan Allah
وعد الله الذين امنوا منكم وعملوا الصالحات....سورة النور
Sebahagian drp org Islam dipilih oleh Allah utk melakukan amalan soleh dalam ayat di atas. Amal soleh yang dimaksudkan ialah jihad. Kalimah jihad sangat luas. Tidak boleh diterjemah kepada bahasa lain secara tepat. Pilihanraya adalah satu jenis jihad yang diceburi oleh PAS. 

2. Islam adalah agama rahmat. Apabila berusaha dan menang maka kemenangan itu perlu diisi dengan rahmat. Bukan kebencian atau balas dendam.
Rujukan: Hadis peristiwa Khaibar yg terkenal. Nabi serahkan bendera kpd Ali. اقاتلهم ليكونوا مثلنا؟
Pesan Rasulullah saw kpd Ali antaranya: Jangan gopoh membunuh bila kamu tiba di medan mereka. Jalankan peranan dakwah. 

3. Jihad di negeri yang kita menang lebih payah. Lebih sukar mempertahankan kemenangan. Jihad dlm negeri demokrasi ialah jihad ilmu. Mengajak manusia kpd Islam dengan hujah dan fakta. Dua cabaran dihadapi, mengajak Muslimin yg tidak faham dan menjelaskan Islam kepada kelompok bukan Islam

4. Jawapan Presiden kepada Dr Mahathir yg menuduh perjuangan Islam secara negatif seperti dlm surat khabar Mingguan Malaysia hari ini (Ahad):

Islam bukan agama, tetapi ajaran yg merangkumi seluruh cabang kehidupan. Perjuangan Islam di Malaysia tidak bermula dgn Umno. Ia lbh awal drp Umno. Islam berkembang di Malaysia dgn dakwah. Juga ketika British menjajah. Apabila kebangkitan berlaku bagi menentang British. Persatuan Syarikat Islam ditubuh 1908. Lbh awal drp Umno...Presiden berjanji ingin menjawab lanjut dlm bentuk tulisan.

5. Isu Lim Kit Siang jadi TPM apabila ditanya seorang perwakilan.
PR belum buat keputusan lagi utk lantik sesiapa. Dapatkan dulu kuasa dan negara sebelum melantik. Dapatkan dulu kereta sebelum menentukan siapa yang akan memandunya. Apa yg penting ialah keadilan utk semua org. Bukan siapa memegang apa. Rujukan: Hadis Abu Bakar...sesungguhnya aku bukan yang terbaik drp kamu.

6. Isu ISMA ditanya wakil dari Klang.  Bagaimana menjelaskan orang ramai supaya terus mengundi calon PR di sana yang bukan Islam (Hindu kalau tak silap).
Isma hanya mengekalkan kemenangan BN. Bukan utk memerintah negara. Mengundi Isma walaupun calon mrk muslim, tidak memberi impak positif kpd Islam. Kita mengundi di atas konsep PR, bukan individu calon yg bertanding. PAS berjuang sekian lama untuk mendaulatkan Islam. Kerjasama dengan PKR dan DAP mempunyai kerangka siasah syariyyah yg lengkap bermatlamatkan pendaulatan Islam. Apabila ISMA tiba2 muncul, tidak perlulah berhenti menyokong PAS yang bersama PR dan beralih kpd ISMA. PAS perlu bersedia memerintah masyarakat majmuk. Ahli pula mesti ikut keputusan parti dan majlis syura ulama. 
Rujukan hadis: الجهاد واجب مع كل امير وان كان بارا او فاجرا

7. Marilah kita terus dengan jamaah ini tanpa was was.

No comments: