Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Surah Al-Ikhlas mengandungi 4 ayat. Merupakan surah Makkiyah (merujuk
kepada tempoh sebelum penghijrahan Nabi s.a.w). Dinamakan juga sebagai
Surah At-Tafrid, Al-Tajrid, Al-Tauhid, Al-Najah dan juga Al-Asas kerana merangkumi asas-asas dan prinsip Tauhid kepada Allah.
Antara kelebihan membacanya adalah merujuk kepada sebuah hadith yang
diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Tirmizi dan Nasa'i daripada Abu Ayub
Al-Ansari daripada Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud :
"Adakah di kalangan kamu ini orang tidak mampu membaca SATU PERTIGA
al-Quran pada satu malam? Sesungguhnya sesiapa yang membaca SURAH
Al-IKHLAS pada satu malam, maka dia telah membaca pada malam tersebut
SATU PERTIGA al-Quran"
Sebab turun Surah Al-Ikhlas, adalah
kerana orang-orang musyrikin telah berkata kepada Rasulullah s.a.w :
"Wahai Muhammad! Sifatkan kepada kami Tuhan anda!" Maka Allah menurunkan
surah Al-Ikhlas.
Secara umumnya Surah ini mengandungi dua perkara iaitu penafian dan pengisbatan sekaligus.
Penafian kepada dakwaan golongan musyrikin dan akidah batil bahawa Isa
itu anak Allah, dakwaan golongan Thanawiyyah yang mengiktiraf kewujudan
dua tuhan alam iaitu tuhan cahaya dan tuhan kegelapan dan lain-lain
dakwaan yang mengatakan Allah itu bersifat sama seperti makhluk
ciptaanNya.
Adapun isbat adalah penegasan terhadap akidah Islam yang tertegak di atas asas tauhid, tanzih dan penyucian.
Surah ini juga menjelaskan hak-hak Allah yang bersifat Esa, Tunggal,
tidak beranak dan diperanakkan. Sifat ini juga ditegaskan dalam Firman
Allah yang bermaksud :
"Pencipta Langit dan Bumi, bagaimana
mungkin Dia memiliki anak sedangkan tiada bagiNya teman, Dan Dia
Pencipta segala sesuatu" ~ Surah Al-An'am ayat 101.
Pernah
suatu hari Nabi s.a.w terlihat sekumpulan lelaki berkumpul di suatu
tempat. Lalu baginda bertanya : "Apakah yang sedang kamu lakukan? jawab
mereka : "Kami sedang berbincang tentang keadaan Allah" baginda bersabda
lagi "Berfikirlah tentang makhluk ciptaan Allah, dan janganlah kamu
memikirkan zat Allah, kamu akan binasa".
Dengan melihat dan
memikirkan ciptaan Allah seperti Langit, Awan, Gunung, Laut dan
lain-lain akan menzahirkan kehebatan penciptanya iaitu Allah.
Wallahu Ta'ala 'Alam.
Wednesday, June 5, 2013
Surah Al-Ikhlas : Pahalanya bersamaan membaca satu pertiga al-Quran
Published :
11:55 AM
Author :
MBH Galleri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Belajar al-Quran
1Hari 1Ayat
Tidakkah mereka mengetahui Bahawa sesiapa Yang menentang (perintah-perintah) Allah dan RasulNya, maka Sesungguhnya adalah baginya neraka jahannam serta ia kekal di dalamnya? balasan Yang demikian adalah kehinaan Yang besar.
No comments:
Post a Comment