Saturday, March 31, 2007

My_Sarah


Sudah dua bulan saya kembali semula ke bumi para anbiya' selepas bercuti dalam satu tempoh yang agak panjang. Mesir, bumi yang penuh dengan sejarah para nabi alaihimussolatuwassalam. Padanya terkandung seerah perjalanan pahit manis, suka duka perjuangan para nabi. bumi yang penuh barakah dengan mukjizat para rasul. tidak kurang juga keramat para wali Allah. Di dataran ini juga tinggalnya kesan sejarah kaum-kaum terdahulu sebagai pengajaran dan peringatan buat ummat manusia.


Dalam tempoh inilah telah saya tinggalkan anak buah kesayangan demi mengejar cita-cita di bumi yang suatu ketika dahulu terlalu asing bagi saya.


Maisarah. Apa khabar dia sekarang? Dah pandai menuturkan katakah dia? Sudah berlari dan seaktif aku suatu ketika dulu atau masih bertatih lagi? maisarah, walaupun dengan 1001 karenah, namun kasih dan sayang ini tidak terbendung lagi. Biarpun suara tangisnya di malam hari memecah kesunyian, tetapi itulah hiburan.


Hari ini perasaan rindu itu membuak. Terimbas peristiwa sewaktu maisarah menangis, puas paklang memujuk, diacu botol susu, tak mau, dibuai, tak sudi, didendang nasyid, tak endah, kau tetap dengan esakanmu. Akhirnya kau ku dukung dalam pelukan penuh erat. Dengan sekelip mata kau menyepi penuh ketenangan. Rupanya kau mahu didukung. Kalau Ahmad Albab, senyap bila diketuk pintu oleh datuknya, tetapi kau mahu didukung oleh pak lang mu...Paklang berdoa agar dikau membesar dan meningkat dewasa dalam suasana tarbiyah keluarga yang inginkan Islam tertegak kembali di muka bumi. Ameen.

No comments: