Friday, August 3, 2007

Renungan Pagi Jumaat

Berita ni mungkin dah lapuk, sebab tahun lepas. Tapi sengaja saya petik dan publish semula artikel ni, walaupun ianya copy n paste. Jauh di sudut hati saya supaya kita semua tidak melupakan Palestine...Kesengsaraan, Pengorbanan serta Perjuangan membebaskan agama dan negara ISLAM dari belenggu penjajah dan pengganas Yahudi...

"Tidak pernah berlaku dalam sejarah perjuangan Palestin menentang tentera Yahudi Israel , pasukan kereta kebal Israel mengalah bila diserang dengan sengit oleh pasukan Mujahidin Palestine yang gigih dengan semangat Jihad. Perkara luar biasa ini berlaku di Beit Lahiya , utara Gaza apabila pasukan mujahideen Palestine bersatu dan memberi tentangan sengit selama 3 hari berterusan , menyebabkan kereta kebal israel berundur secara tergopoh gapah dengan meninggalkan kad pengenalan diri , lari ke kampung Yahudi bersebelahan. Semuanya bermula dengan serangan bersama mujahedeen Tentera Islam ( Jaisj al Islam ) , Brigade Izzudin al Qassam ( sayap tentera Hammas ) dan brigade Al Naser Salehudiin ( sayap tentera popular resistance movement ) keatas pasukan kereta kebal Israel . Dalam serangan itu , 2 askar Yahudi di bunuh , 1 di tawan .Seorang tentera yahudi Corporal Gilad Shalit di tawan untuk di jadikan tebusan bagi membebaskan beratus wanita dan kanak kanak yang berada dalam penjara israel. Wanita yang di penjara ini telah di noda tanpa belas kasihan oleh tentera yahudi yang memang jahat dan ganas. Perkembangan menarik yang mengerunkan Israel dan Barat ialah wujudnya kumpulan gerakan islam bersenjata baru yang bernama Jaish al Islam.


BOIKOT BARANGAN ISRAEL JANGAN RAGU-RAGU LAGI!

No comments: