Monday, July 30, 2007

MURTAD : Ummat Islam Jangan Mudah Lupa!

Fenomena riddah (murtad) sebenarnya bukanlah suatu yang baru dalam perkembangan sejarah Islam. Ia menjadi rancak selepas dari kewafatan Rasulullah s.a.w di bawah seruan dan pimpinan Musailamah Al-Kazzab. Pada hari ini murtad menjadi virus utama kepada umat Islam Malaysia. Kita pernah digemparkan dengan kes menyayat hati keluarga En Bukhari di Perak. Begitu juga dengan kes Hartina Kamaruddin dan banyak lagi. Terbaru (walaupun isu ini telah lama, tetapi dibangkitkan semula) kes Lina Joy yang menggugat ketuanan Islam. Benarlah tangan yang menghayun buaian bias menggegar dunia.

Mungkin ramai yang menganggap isu ini sudah basi justeru selepas keputusan mahkamah menolak rayuan Lina Joy dalam permohonannya untuk membuang perkataan Islam dalam kad pengenalan dan seterusnya keluar dan bebas sebagai seorang yang bukan Islam.

Apakah kita merasa kemenangan tersebut meletakkan Islam dan penganutnya dalam sikon yang selesa dan selamat? Sejarah membuktikan golongan ini tidak akan berdiam diri selepas apa yang mereka alami. Usaha untuk memurtadkan orang Islam tidak pernah berakhir di dalam sejarah panjang umat ini. Di era penjajahan kuasa Barat seperti British, Perancis, Sepanyol, Belanda Italy. German dan Portugal, golongan ini sentiasa memalingkan umat Islam daripada deen yang suci ini. British dengan slogan keangkuhan untuk mewujudkan Pax-Britanica melaungkan "The sun is never set in the British" telah menjajah Tanah Melayu dan beberapa kawasan lain.

Saya tidak bermaksud untuk memanjangkan penulisan ringkas ini. Sekadar ingin meletakan mind set bahawa Islam dan penganutnya di akhir zaman ini akan berhadapan dengan cabaran yang tidak kurang hebatnya. Kuasa-kuasa Barat dan yang sefikrah dengannya akan bersatu membina nisan kubur buat penganut Islam. Justeru, apakah kita bercadang untuk hanya menjadi penonton atau terlibat sama dalam perjuangan yang maha hebat ini?

Firman Allah s.w.t.:

"Wahai orang-orang Yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (Keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?" mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!" (setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang Yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang Yang menang."

[As-Sof – 14]

**Link video di bawah ini amat penting untuk kita tontoni dan fahami apakah impak yang akan dihadapkan ke atas Islam dan umatnya kesan daripada beberapa kes murtad yang berlaku terutamanya kes Azalina Jailani atau Lina Joy. Selamat menonton dan seterusnya menjadi pejuang kepada agama Islam meneruskan kerja dakwah suci Rasulullah s.a.w. TAKBIR!!! Sila Download.

-
Video1 -
Video2 -
Video3 -
Video4 -
Video5 -
Video6 -
Video7 -
Video8 -
Video9

No comments: