Monday, July 30, 2007

MURTAD : Ummat Islam Jangan Mudah Lupa!

Fenomena riddah (murtad) sebenarnya bukanlah suatu yang baru dalam perkembangan sejarah Islam. Ia menjadi rancak selepas dari kewafatan Rasulullah s.a.w di bawah seruan dan pimpinan Musailamah Al-Kazzab. Pada hari ini murtad menjadi virus utama kepada umat Islam Malaysia. Kita pernah digemparkan dengan kes menyayat hati keluarga En Bukhari di Perak. Begitu juga dengan kes Hartina Kamaruddin dan banyak lagi. Terbaru (walaupun isu ini telah lama, tetapi dibangkitkan semula) kes Lina Joy yang menggugat ketuanan Islam. Benarlah tangan yang menghayun buaian bias menggegar dunia.

Mungkin ramai yang menganggap isu ini sudah basi justeru selepas keputusan mahkamah menolak rayuan Lina Joy dalam permohonannya untuk membuang perkataan Islam dalam kad pengenalan dan seterusnya keluar dan bebas sebagai seorang yang bukan Islam.

Apakah kita merasa kemenangan tersebut meletakkan Islam dan penganutnya dalam sikon yang selesa dan selamat? Sejarah membuktikan golongan ini tidak akan berdiam diri selepas apa yang mereka alami. Usaha untuk memurtadkan orang Islam tidak pernah berakhir di dalam sejarah panjang umat ini. Di era penjajahan kuasa Barat seperti British, Perancis, Sepanyol, Belanda Italy. German dan Portugal, golongan ini sentiasa memalingkan umat Islam daripada deen yang suci ini. British dengan slogan keangkuhan untuk mewujudkan Pax-Britanica melaungkan "The sun is never set in the British" telah menjajah Tanah Melayu dan beberapa kawasan lain.

Saya tidak bermaksud untuk memanjangkan penulisan ringkas ini. Sekadar ingin meletakan mind set bahawa Islam dan penganutnya di akhir zaman ini akan berhadapan dengan cabaran yang tidak kurang hebatnya. Kuasa-kuasa Barat dan yang sefikrah dengannya akan bersatu membina nisan kubur buat penganut Islam. Justeru, apakah kita bercadang untuk hanya menjadi penonton atau terlibat sama dalam perjuangan yang maha hebat ini?

Firman Allah s.w.t.:

"Wahai orang-orang Yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (Keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?" mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!" (setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang Yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang Yang menang."

[As-Sof – 14]

**Link video di bawah ini amat penting untuk kita tontoni dan fahami apakah impak yang akan dihadapkan ke atas Islam dan umatnya kesan daripada beberapa kes murtad yang berlaku terutamanya kes Azalina Jailani atau Lina Joy. Selamat menonton dan seterusnya menjadi pejuang kepada agama Islam meneruskan kerja dakwah suci Rasulullah s.a.w. TAKBIR!!! Sila Download.

-
Video1 -
Video2 -
Video3 -
Video4 -
Video5 -
Video6 -
Video7 -
Video8 -
Video9

Wednesday, July 25, 2007

Bila Hidayah Menyapa, Tiada Siapa Menyangka...

'Lena Diulit Intan' dan 'Semalam Yang Hangat'. Masihkah anda ingat dengan dua buah lagu ini? Bagi Penggemar muzik rock tempatan, lagu-lagu ini merupakan antara lagu 'berhantu' dan masih diputarkan di corong-corong radio. Peminat kumpulan Wings pasti tidak akan dapat melupakan lagu-lagu ini apatah lagi suara penyanyi yang menyampaikannya...... Tapi itu dulu... sekarang segalanya berubah bila mana hidayah Allah datang menyapa tanpa sesiapa menyangka... YA ALLAH TETAPKAN HATI KAMI TERUS BERADA DI JALAN MU, AMIN.

Bukan Cacat Hatinya

Adik pulang dari sekolah. Baju putihnya berdebu macam semalam. Kasut rabaknya nampak selekeh. Wajahnya membayang lesu. Penatberjalan dua batu pulang dari sekolah. Adik muram macam semalam. "Apa halnya dek?" Tanya Azam pada adiknya.
"Cikgu tanya lagi tentang duit yuran. Adik kena berdiri di luar kelas tadi. Masa senaman, cikgu marah, adik tak ada t-shirt putih yang diminta sejak bulan lepas".
"Abang…adik malulah nak ke sekolah".
"Sudahlah dek. Nanti kita cakap lagi. Pergi mandi, sembahyang, lepas tu makan sama abang di dapur." Adik patuh. Dia melangkah longlai. Kasut rabak macam mulut buaya itu ditinggalkan dengan mudah. Diletaknya baik-baik di clah dinding rumah yang robek. Tak lama kemudian terdengar cebur-cebur air telaga di belakang rumah. Adik mandi. Kemudian adik pakai kain pelekat usang peninggalan ayah dan hampar sejadah daun mengkuang anyaman ibu.
"Allahu Akbar". Suara Adik bertakbir. Adik sembahyang dengan tenang.
Azam ke belakang. Dibukanya periuk nasi yang telh dimasak oleh ibu sebelum turun ke kebun. Tinggal separuh lagi. Hanya dia dan adik yang belum makan. Kak Milah dah makan sama ibu sebelum turun ke kebun.
Mereka empat beranak sajalah yag tinggal di rumah sobek peninggalan arwah ayah. Ayah meninggal sebulan yang lalu setelah dua tahun terlantar sakit dala perut. Sejak itu, ibulah yang mencari nafkah buat mereka. Azam berusia sepuluh tahun. Kak Milah dua belas tahun dan adik baru dalam darjah dua.
"Bang…dah siap."
"Ha…mari makan. Lauk macam biasa dek."
"Bang …adik malulah nak ke sekolah. Malu dengan cikgu, malu dengan kawan-kawan." Adik bersuara menyambung cakapnya tadi.
"Sabarlah dek. Teruskan belajar. Nanti emak dapat duit boleh beli semuanya. Adik mesti terus belajar. Abang cacat, Kak Milah terpaksa tolong emak, adik saja harapan kami."
Mata adik merenung lembut pada mata abangnya. Direnung muka Azam yang cacat. Direnungnya kaki Azam yang pincang dan tangannya yang kudung sebelah. Azam abangnya…abang yang cacat sejak dilahirkan.
"Abang, jangan cakap macam tu. Abang, Kak Milah, emak semua susah. Dik nak tolong…adik nak berhenti sekolah, nak tolong emak di kebun."
"Jangan! Adik ingat tak pesan ayah dulu? Kan ayah minta adik terus belajar. Walau apa pun terjadi adik mesti belajar."
Wajah ayah yang kurus – cengkung menjelang kematiannya kembali tertayang di mata Azam. Masih basah dalam ingatannya bagaimana ayah mengusap mukanya yang cacat. Ayah kuat ibadah. Dalam sakitnya dia tetap sembahyang. Sembahyng wajib dan sunatnya dikerjakan sambil berbaring. Wirid ayah sentiasa di bibir. Badan ayah sakit tapi hatinya tidak. Doanya tetap panjang. Tapi nasib ayah memang malang. Hidup sebatang kara. Ayah tiada saudara mara. Ayah cuma pendatang dari seberang. Harta tiada, saudara mara tiada.
"Azam…jaga adikmu baik-baik. Bila emak kau ke kebun jaga rumah. Tengok-tengokkan makan minum adik kau. Kak Milah Bantu emak. Tinggal kau sorang saja nanti di rumah." Begitu pesan ayah.
"Ayah?"
"Ayah akan pergi Zam…"
Pesan ayah lagi: "Jaga sembahyang adik kau, jaga makan minumya dan tegur salah silapnya…" Azam tunduk. Air mata mengalir dari pipinya yang menggerutu.
"Engkau dengar Zam?"
"Dengar ayah." Sahutnya perlahan.
Wajah adik memang mirip wajah ayah. Azam perhatikan adiknya menyuap nasi. Penuh selera walaupun Cuma berkuah kicap. Berlauk ikan masin. Melihat adik menyuap nasi, Azam teringat ayah…sejak dua tahun sakit menjelang kematiannya ayah tak selera makan lagi. Suapanibu selalu ditolaknya. Kalau dipaksa-paksa ayah akan muntah.
"Bang, kenapa tak makan?
"Makanlh asampai kenyang, nanti abang makan lebihnya." Sahut Azam lebut. Begitulah selalunya. Adik dah faham benar sikap Azam. Azam tetap akan mengalah. Nasi yang sedikt akan didahulukannya buat adik. Biar Azam makan sedikit asal adik kenyang.
Lepas makan Azam dan adik menyapu du laman rumah. Biar rumah kita buruk asal bersih, begitu pesan arwah ayah mereka.
Tak lama kemudian Kak Milah dan ibu pulang dari kebun. Ibu seperti biasa, tetap senyum melihat mereka. Dialah ibu yang sabar. Pewaris derita ayah. (Bersambung...(",)