Tuesday, February 26, 2008

SPR Terus Menerus Jadi Barua BN

Mohd Bakri Hashim All About PRU 12

Semalam mungkin adalah hari yang paling menyakitkan hati. Tak tahulah esok lusa bagaimana. Laptop saya mengalami sedikit kerosakan pada log in system. OS (Operating System) tak berfungsi. Nak log in tak boleh. Hampir dua kali saya setup windows baru. Setup pertama kali, windows tak complete. Aduh....letih rasanya. Dah siap install semua program. Tapi windows tetap tak complete. So, try repair windows. Tak jadi guna. Akhirnya dengan tekad yang jitu. Saya setup windows dengan fresh copy sekali lagi. Boleh dikatakan semalam saya hanya mengadap depan desk. Alhamdulillah sihat dah windows xp.

Namun penat lelah merawat windows tentu pasti tidak seletih penat lelah sahabat di Malaysia dua tiga hari ni. Musim pilihanraya kali ini pasti akan menjadi sejarah pilihanraya yang paling tidak telus dan paling jijik. Pembangkang bukan hanya berhadapan dengan kerajaan sementara Pak Lah. Tetapi PAS dan KeAdilan turut berhadapan dengan SPR yang terbukti berpihak kepada UMNO dan Barisan Nasional. Ditambah dengan media prima yang turut menjadi jentera pilihanraya bagi BN.

Isu-isu yang berlaku pada hari penamaan calon, menunjukkan tuntutan BERSIH terhadap SPR supaya pilihanraya berlangsung secara adil dan bersih terbukti bukan sahaja tidak diterima pakai, bahkan seolah-olah mencabar kredibiliti rakyat marhain yang mengharap supaya tuntutan tersebut dijalankan.

Saya katakan di awal tadi. Semalam mungkin adalah hari yang paling menyakit hati. Mana tidaknya, terdapat lim
a kes calon BN di Terengganu gagal untuk menyediakan duti setem semasa menghantar borang di hari penamaan calon. Apa kata SPR? Surat bertarikh 23hb telah membatalkan surat yang sebelum itu. Sedangkan apa yang terjadi di Selangor adalah sebaliknya. Calon KeAdilan yang tidak menyediakan duti setem dinafikan hak untuk menghantar borang dan akhirnya SPR mengumumkan Dato' Rahman Palil menang tanpa bertanding! Banyak lagi isu yang menunjukkan SPR terus menerus menjadi tali barut kepada BN. SPR bukan lagi satu badan yang telus. Yang tidak berpihak kepada mana-mana parti seperti apa yang sepatutnya SPR lakukan.

Namun, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya memastikan pilihan anda adalah tepat! Undilah calon PAS dan KeAdilan bagi memastikan kesejahteraan bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat negeri Abadi tempat kita akan kembali. Walaupun undi adalah rahsia tetapi ingatlah ALLAH mengetahui siapakah yang kita undi itu. Dan ianaya akan ditanya di akhirat kelak ketika kita menghadap Allah swt. Di waktu itu, bagaimanakah kita di hadapan Allah sekiranya kita memilih pemimpin negara seorang kaki judi. Seorang yang tahi rasuah. Seorang yang tidak mahu melaksanakan perintah Allah. Seorang yang baginya boleh buat maksiat dan boleh buat ibadat. Seorang yang menempah tiket ke neraka. bagaimana kita?

p/s : Mungkin maklumat ini terlalu ringkas. dapatkan maklumat anda di Harakahdaily selaku media rasmi pilihanraya 12.

No comments: