Jadi saya hanya sempat mengaji al-Quran hingga juzuk ke 16 saja. Apa hukumnya jika terjadi perkara sebegitu?
Setahu saya, untuk khatam al-Quran mesti ada guru yang menyemak keseluruhan bacaan kita.
MIE, Kedah
Jawapan :
KEDUDUKAN al-Quran dalam Islam begitu penting. Ia adalah wahyu Allah yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w sebagai panduan kepada umat Islam dalam menjalani kehidupan seharian.
Membaca al-Quran (tilawat al-Quran) dikira sebagai perbuatan sunat yang sangat digalakkan dalam Islam.
Menurut Rasulullah, secepat bacaan dalam menghabiskan bacaan al-Quran adalah dalam masa tiga hari selain seminggu atau sebulan.
Menurut Imam al-Ghazali, menghabiskan
bacaan al-Quran dalam masa sebulan sudah dikira kurang baik. Bagi Imam al-Ghazali, khatam al-Quran yang terbaik adalah dalam masa seminggu.
Secara umumnya itulah sikap masyarakat Islam awal yang begitu mengambil berat mengenai al-Quran ini.
Justeru saya menyeru supaya saudara menamatkan atau mengkhatam bacaan al-Quran itu dengan berguru.
Ini kerana guru dapat membetulkan bacaan dan tajwid. Sekarang ini terdapat kelas-kelas membaca al-Quran.
Seterusnya saudara boleh mengamalkan membaca al-Quran sama ada seperti di atas atau sekadar yang mampu.
Ini kerana banyaknya ganjaran sunat apabila mengamalkan bacaan al-Quran secara berterusan.
Sumber : HMetro
No comments:
Post a Comment