Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Surah Al-Ikhlas mengandungi 4 ayat. Merupakan surah Makkiyah (merujuk
kepada tempoh sebelum penghijrahan Nabi s.a.w). Dinamakan juga sebagai
Surah At-Tafrid, Al-Tajrid, Al-Tauhid, Al-Najah dan juga Al-Asas kerana merangkumi asas-asas dan prinsip Tauhid kepada Allah.
Antara kelebihan membacanya adalah merujuk kepada sebuah hadith yang
diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Tirmizi dan Nasa'i daripada Abu Ayub
Al-Ansari daripada Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud :
"Adakah di kalangan kamu ini orang tidak mampu membaca SATU PERTIGA
al-Quran pada satu malam? Sesungguhnya sesiapa yang membaca SURAH
Al-IKHLAS pada satu malam, maka dia telah membaca pada malam tersebut
SATU PERTIGA al-Quran"
Sebab turun Surah Al-Ikhlas, adalah
kerana orang-orang musyrikin telah berkata kepada Rasulullah s.a.w :
"Wahai Muhammad! Sifatkan kepada kami Tuhan anda!" Maka Allah menurunkan
surah Al-Ikhlas.
Secara umumnya Surah ini mengandungi dua perkara iaitu penafian dan pengisbatan sekaligus.
Penafian kepada dakwaan golongan musyrikin dan akidah batil bahawa Isa
itu anak Allah, dakwaan golongan Thanawiyyah yang mengiktiraf kewujudan
dua tuhan alam iaitu tuhan cahaya dan tuhan kegelapan dan lain-lain
dakwaan yang mengatakan Allah itu bersifat sama seperti makhluk
ciptaanNya.
Adapun isbat adalah penegasan terhadap akidah Islam yang tertegak di atas asas tauhid, tanzih dan penyucian.
Surah ini juga menjelaskan hak-hak Allah yang bersifat Esa, Tunggal,
tidak beranak dan diperanakkan. Sifat ini juga ditegaskan dalam Firman
Allah yang bermaksud :
"Pencipta Langit dan Bumi, bagaimana
mungkin Dia memiliki anak sedangkan tiada bagiNya teman, Dan Dia
Pencipta segala sesuatu" ~ Surah Al-An'am ayat 101.
Pernah
suatu hari Nabi s.a.w terlihat sekumpulan lelaki berkumpul di suatu
tempat. Lalu baginda bertanya : "Apakah yang sedang kamu lakukan? jawab
mereka : "Kami sedang berbincang tentang keadaan Allah" baginda bersabda
lagi "Berfikirlah tentang makhluk ciptaan Allah, dan janganlah kamu
memikirkan zat Allah, kamu akan binasa".
Dengan melihat dan
memikirkan ciptaan Allah seperti Langit, Awan, Gunung, Laut dan
lain-lain akan menzahirkan kehebatan penciptanya iaitu Allah.
Wallahu Ta'ala 'Alam.
Wednesday, June 5, 2013
Tuesday, March 5, 2013
Kenyataan Media Pimpinan Pakatan Rakyat
Published :
8:50 AM
Author :
MBH Galleri
DATO’
SERI NAJIB RAZAK SEWAJARNYA MENUMPUKAN USAHA MEMASTIKAN KEDAULATAN
WILAYAH NEGARA, KESELAMATAN RAKYAT SABAH DAN ANGGOTA PASUKAN KESELAMATAN
Setiap
pimpinan mana-mana negara sekalipun bertanggungjawab mempertahan
kedaulatan wilayah negara, keselamatan rakyat dan anggota pasukan
keselamatan.
Kegagalan
mempertahankan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat merupakan satu
pengkhianatan serta menodai amanah rakyat. Justeru Pakatan Rakyat
berhasrat mengingatkan pimpinan negara agar tegas mempertahankan
kedaulatan wilayah negara dan tidak alpa memastikan keselamatan setiap
rakyat Malaysia, terutamanya di Sabah ekoran dari insiden pencerobohan
sekumpulan bersenjata warga asing di sekitar Lahad Datu serta Semporna.
Setiap inci tanah Sabah dan keselamatan rakyatnya wajib dipertahankan.
Pencerobohan
di Lahad Datu telah mengorbankan dua nyawa perwira negara manakala
insiden terbaru di Semporna pula mengorbankan enam nyawa perwira negara.
Kita merakamkan ucapan takziah buat keluarga mereka dan rakyat Sabah
serta berdoa moga roh mereka dicucuri rahmat.
Tanpa Tarbiyah Pasti Rebah
Published :
8:42 AM
Author :
MBH Galleri
Ucapan Presiden dlm Ijtimak Tarbawi Pilihanraya Selangor
3 Mac 2013, Dewan Jubli Perak, SUK.
Antara yang sempat dicatat. Mohon pembetulan jika ada kesilapan.
1. Pilihan Allah
وعد الله الذين امنوا منكم وعملوا الصالحات....سورة النور
Sebahagian drp org Islam dipilih oleh Allah utk melakukan amalan soleh dalam ayat di atas. Amal
soleh yang dimaksudkan ialah jihad. Kalimah jihad sangat luas. Tidak
boleh diterjemah kepada bahasa lain secara tepat. Pilihanraya adalah
satu jenis jihad yang diceburi oleh PAS.
2. Islam adalah agama
rahmat. Apabila berusaha dan menang maka kemenangan itu perlu diisi
dengan rahmat. Bukan kebencian atau balas dendam.
Rujukan: Hadis peristiwa Khaibar yg terkenal. Nabi serahkan bendera kpd Ali. اقاتلهم ليكونوا مثلنا؟
Pesan Rasulullah saw kpd Ali antaranya: Jangan gopoh membunuh bila kamu tiba di medan mereka. Jalankan peranan dakwah.
3. Jihad di negeri yang
kita menang lebih payah. Lebih sukar mempertahankan kemenangan. Jihad
dlm negeri demokrasi ialah jihad ilmu. Mengajak manusia kpd Islam dengan
hujah dan fakta. Dua cabaran dihadapi, mengajak Muslimin yg tidak faham
dan menjelaskan Islam kepada kelompok bukan Islam
Subscribe to:
Posts (Atom)
Belajar al-Quran
1Hari 1Ayat
Tidakkah mereka mengetahui Bahawa sesiapa Yang menentang (perintah-perintah) Allah dan RasulNya, maka Sesungguhnya adalah baginya neraka jahannam serta ia kekal di dalamnya? balasan Yang demikian adalah kehinaan Yang besar.
(Surah At-Taubah : 63)
Waktu Solat
Jom Chat!
Motivasi






