Wednesday, July 25, 2007

Kebesaran Ayat Kursi Dalam Kisah Ka'ab

Ka'ab pernah bercerita tentang stor tempat menyimpan buah-buahan yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Setiap hari stor ini dijaga dengan rapi agar tiada barang yang hilang. Namun lain pula hal yang berlaku. Setiap hari ada saja barang yang hilang. Pada suatu malam dia menjaga stor itu dengan teliti. Dia mengelilingi stor itu beberapa kali dan akhirnya menjumpai seekor haiwan kecil dan aneh bentuknya. Lalu bertanya kepada haiwan itu: "Apakah engkau manusia atau jin?" Haiwan itu mengakui bahawa dirinya adalah jin.

Ka'ab betanya lagi kepada jin itu: "Mengapa engkau mencuri harta milikku?" Ia menjawab: "Telah sampai berita kepadaku bahawa engkau adalah orang yang suka bersedekah. Aku ingin sekali mendapat bahagian daripada sedekahmu itu."
Kemudian Ka'ab bertanya lagi: "Apakah yang dapat menyelamatkan kami daripada gangguanmu?" Jawab jin itu: "Ayat Kursi yang terdapat dalam surah Al-Baqarah ayat 255."

Pada pagi hari esoknya Ka'ab pergi ke rumah Rasulullah s.a.w. dan menceritakan kejadian tersebut. Rasulullah s.a.w. mengakui kebenaran apa yang diucapkan oleh jin itu.

(Riwayat Abul Qasim daripada Ubai bin Ka'ab).

No comments: