Wednesday, December 3, 2008

Ratusan banjiri Markas PAS PJ Selatan

Khusyuk mendengar...

Gerai jualan  cd-cd dan pakaian muslim

Penyokong veteran PAS...turut memasarkan produk parti (Harakah, Jus, Kurma dan lain-lain..)

Selasa, 2 Disember 2008 - Sejarah berulang kembali. Mungkin itulah ungkapan yang sesuai dilafazkan apabila ratusan masyarakat Dun Taman Medan membanjiri laman Markaz PAS kawasan PJ Selatan semalam.

Markaz PAS yang terletak berhampiran tapak pasar malam itu, kembali mengimbau sejarah 5 tahun dahulu. Jika di zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN), permit untuk menganjurkan ceramah perdana amat sukar diperolehi. Berbanding hari ini bilamana negeri Selangor diperintah oleh Pakatan Rakyat yang terdiri daripada parti komponen PAS, PKR dan DAP.

Ceramah Perdana anjuran Pemuda PAS Kawasan PJ Selatan semalam mendapat sambutan memberangsangkan dengan kehadiran ratusan masyarakat tempatan termasuk kaum india dan china.

Program yang bermula pada jam 9.15 malam itu telah menampilkan Al-Fadhil Ustaz Haji Abdul Ghani Abdul Rahman, Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka sebagai panel yang pertama. Dalam ceramah tersebut, beliau telah menyatakan bahawa sejak 50 tahun pemerintahan BN, UMNO telah menanamkan aqidah kepada rakyat bahawa wajib meletakkan kepercayaan 200% kepada BN.

"UMNO - BN sejak 50 pemerintahannya, telah menanamkan kepercayaan sekiranya tiada BN, jalan raya tak berturap. Kalau BN tiada, kita nak makan apa. Kalau BN tiada, anak- anak tak boleh ke sekolah...itulah UMNO" katanya pada sidang ceramah semalam.

Panel kedua pula ialah Tuan Haji Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS Pusat. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Abang Mat telah memukau hadirin dengan pidato beliau yang sememangnya diiktiraf masyarakat pelbagai.

Antara isu utama yang dibawa oleh Abang Mat ialah berkenaan Akta Kezaliman ISA. Beliau yang juga merupakan Pengerusi Penggerak Demokrasi & Mobilisasi menyeru semua lapisan masyarakat agar berganding bahu, bersatu hati membantah Akta Kezaliman ISA.

Sejurus laungan TAKBIR dilaungkan bagi mengakhiri program semalam, hujan renyai-renyai turun membasahi tapak program. Mungkinkah itu hujan rahmat dariNya...? Alhamdulillah.

Turut hadir semalam ialah YB Haliza Talha, Adun Taman Medan yang turut memberikan ucapan sepatah dua kata sebagai aluan.

Di atas adalah sedikit foto album yang sempat dirakam semalam - ICT.

No comments: